Assalamualaikum,
 
Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk anda semua para pembaca blog Maria Firdaus. Semoga, kita semua mendapat keberkatan yang Allah kurniakan pada hari ini.
 
Ini laporan hari raya Maria Firdaus untuk hari ini.
 
 
 Di awal pagi, kami sekeluarga menunaikan solat di surau di hadapan rumah saya. Dan saya diamanahkan untuk membaca khutbah di surau saya. Saya sebenarnya tak berapa 'gemar' dengan teks khutbah yang disiapkan oleh JAKIM. Bahasanya skema. Ayat panjang panjang. Dan rasanya banyak lagi boleh diperbaiki.  

 
Antara tetamu yang hadir ke rumah saya untuk Majlis Akikah Muhammad Fateh. Mereka bertakbir, bertahmid, bertahlil dan berdoa. Yang bestnya, saya sendiri yang membaca doa dalam bahasa Melayu.

Dan selepas habis berdoa, salah seorang yang hadir datang kepada saya dan berkata, "Saya suka la doa yang adik baca. Unik dan terkesan di hati". Saya tak kenal dengan dia pun.

Rasanya, doa selamat yang saya baca dalam bahasa Melayu menyentuh hati dan perasaannya. Dan saya juga pernah membaca doa ini di rumah kawan saya. Dan saya mendapat respon yang sama daripada hadirin.

Insya Allah. Saya akan cuba cari masa untuk nak taip doa yang saya baca. Mungkin anda boleh gunakan untuk majlis di rumah anda.

 
Ini adalah tetamu wanita. Secara keseluruhannya, saya anggarkan hampir 300 tetamu yang hadir. Alhamdulillah. Kenduri ini amat meriah.
 

 Para tetamu mula mengambi lauk. Seekor lembu ditumbangkan untuk program akikah hari ini. Dikongsi dengan saudara mara saya yang lain yang turut membuat akikah anak mereka.

Tetamu mengambil tempat di meja makan.
 
Agenda untuk esok pula adalah acara Korban di Surau An Najah Spg 4, Kg Kedah. Insya Allah, saya telah diamanahkan untuk menyembelih salah seekor lembu di surau ini.
 
Ya... Saya yang akan menyembelih lembu. Nanti saya ceritakan kepada anda kenapa saya belajar sembelih lembu. Dan pengalaman saya menyembelih lembu 2-3 tahun lepas.
 
Semoga Allah permudahkan urusan saya untuk menyembelih lembu esok pagi.
 
Wassalam
 
Firdaus
 
* Tahniah to Maria. Sebab dah mula 'pandai' nak update blog. Dah pandai nak buat karangan. Semoga Maria terus berjaya dalam business yang diceburi. Amin.

1 ulasan:

  1. Salam...

    Bang Hj..maaf kalau x silap saya, masa berkhutbah...tangan kiri pegang tongkat. Tanya2lah imam lain kok saya silap..

    Wassalam.

    abi55-K.trg

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top