Assalamualaikum,

Semalam, saya ada menerima wang sebanyak RM500 untuk disumbangkan kepada Masjid Hijau, Kampung Kedah. Beliau berikan kepada saya kerana ayah saya merupakan pengerusi masjid di situ.

Dan, sumbangan ini daripada seorang businessman Cina.

Saya bertanya kepadanya, "Lu mau kasi ini duit sama sapa?"

"Sama masjid la" ringkas beliau menjawab.

"Apasal lu mau kasi masjid?" saya bertanya lagi.

"Lu tau ka, wa kasi ini RM500. Nanti tuhan Allah kasi saya lagi banyak lorrr... Lagi banyak wa kasi.. Lagi banyak nanti tuhan Allah kasi..... Tak pa, nanti lain bulan wa cari lu lagi. Mau kasi banyak lagi," beliau menyambung.

Beliau menjalankan perniagaan menjual kereta terpakai. Dan katanya rezekinya semakin bertambah sejak selalu menderma kepada masjid.

Kisah hari ini, pendek. Ringkas. Tetapi, mempunyai maksud yang mendalam kepada kita semua.

Macam mana, seorang Cina boleh buat macam ni. Tapi, kita sendiri mungkin tidak mempunyai mentaliti yang sama.

Sama sama kita fikir.....

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top