Assalamualaikum,
Pertama sekali, Maria bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sentiasa mencari peluang untuk belajar, belajar dan terus belajar.

Pertengahan tahun ni, kami sama-sama ada sertai Kursus Marketing Power yang percuma dia Seberang Jaya anjuran Richwork (Dr Azizan Osman). Pada waktu tu Maria saje je nak dengar, dan belum terfikir pun nak buat business apa. Selepas kursus percuma tu, Firdaus ambil keputusan nak join kursus Advance Marketing Power, dengan yuran penyertaannya RM997.

Pada mulanya Maria rasa agak mahal yuran tu. Dan Maria rasa business ternakan ayam yang Firdaus jalankan sekarang ni pun takdelah memerlukan marketing power knowledge pun.

Tapi rupa-rupanya, inilah yang dikatakan rezeki ilmu dari Allah yang tak disangka-sangka. Sejak balik dari kursus tu, Maria tengok Firdaus banyak berubah. Ternyata kursus yang disampaikan oleh Dr Azizan Osman merubah mentaliti Firdaus tentang business.

Firdaus lebih banyak berkongsi ilmu business dengan orang lain. Kalau tengok di blog pun, Firdaus semakin 'suka' memberi motivasi kepada para pembaca untuk buat business.

Dan kami tak sangka yang Firdaus boleh terima 4 jemputan ceramah dalam tempoh 10 hari. Sesuatu yang Firdaus jarang buat dahulu. Dia sanggup travel sampai ke Johor Baharu, Taiping, Kuala Terengganu.

Bila Maria tanya kenapa dia sanggup buat macam ni, dia cakap nak cari 'pencen kubur'. Dan kursus Dr Azizan menyedarkan dia betapa penting untuk membantu orang lain. Lagi ramai yang kita bantu, lagi cepat kita akan kaya. Kita kurang menerima sebab kita kurang memberi.

Di sebabkan banyak kali dengar 'ceramah' Firdaus, Maria pun mula berjangkit. Maria mula tersedar betapa pentingnya kita buat business walaupun secara part time. Dan bila dah berjaya kita boleh jadikannya full time.

Firdaus terangkan, di Malaysia, potensi terbaik untuk menjalankan perniagaan adalah Business Makanan, kemudian Kecantikan, kemudian Kesihatan, kemudian Pendidikan dan Perlindungan. Ini yang dia belajar dari Kursus Dr Azizan di Kuala Lumpur.

Sebab itu lah, bila kawan datang ke rumah dan cadangkan Maria untuk join business berkaitan Biozone dan kesihatan hari tu, Maria setuju. Syukur rasanya. Maria rasa Maria buat pilihan yang tepat.

Dan Maria juga sebenarnya suka bidang kecantikan. Dan bila kawan ajak buat business berkaitan kecantikan, Maria rasa Maria mampu lakukan. Sebab, rasanya semua wanita di Malaysia sukakan kecantikan. Termasuklah anda yang membaca blog Maria Firdaus ni.

Insya Allah, dalam entri seterusnya, Maria akan berkongsi dengan para pembaca satu lagi produk yang berkaitan kecantikan dan kesihatan.

Untuk business ni, Maria dah ada mentor yang dah berjaya dalam bidang ni sendiri, di samping suami Maria yang banyak bagi moral support dan teknikal pemasaran.

Untuk memulakan business, memang banyak yang Maria nak kena belajar dan buat. Sekarang ni Maria baru je habis tempoh berpantang. Sebelum ni 24 jam jaga and breasfeed Fateh, dan Fateh dah pandai, nak selalu didukung dan dipegang. Ni lah sebabnya Maria agak slow update blog.

Firdaus selalu juga 'bising' sebab Firdaus ni jenis aggresif dalam business. Kalau dalam business, dia memang serius. Dia selalu cakap, "Fast Action Fast Result". "Kalau terhegeh hegeh action, terhegeh hegeh result" :p .

Bila Maria bagi alasan kena jaga Fateh, dia kata... "Tinggal lagi di Pulau Alasan". "Jangan bagi alasan, cari jalan penyelesaian". Hmm..cuba bagi dia jaga Fateh selama 24 jam, baru tau…tengok berapa banyak kerja dia boleh siapkan..heheh..

Tapi, bila difikir fikirkan... Sebab tu lah Maria nampak Firdaus memang sesuai buat business. Sikap yang ada pada Firdaus ni memang sikap yang sepatutnya ada pada seorang usahawan.

Maria selalu tengok, kalau Firdaus yang pergi deal sesuatu business. Insya Allah.... Mesti jadi. Hmmm.. Ayat aper lah yang dia guna. Kadang kadang, dia cakap sikit je, orang dah percaya. Maria nak kena belajar banyak lagi lepas ni.

Oklah, panjang pulak entry ni. Nanti Maria akan kongsikan satu lagi produk yang Maria dah guna, dan Maria sendiri rasa keberkesanannya. Dan rasanya 'berdosa' kalau tak kongsi dengan anda semua.

Di sini kami (Firdaus, Maria, Farees & Fateh) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada warga pembaca blog Maria Firdaus. Semoga Allah memberkati kita semua di hari yang mulia ini. Amin.

Wassalam.

* Alhamdulillah, produk Biozone mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Jutaan terima kasih kepada para pelanggan yang menyokong dan kepada mereka yang telah menghubungi Maria untuk bertanya pasal Biozone. Kepada yang ingin maklumat lanjut tentang Biozone, sila lah contact Maria ye.

HP: 019-2592731
Emel : come_maria@yahoo.com
FB : Kam Maria

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top