Assalamualaikum,

Insya Allah. Petang ini saya akan pulang ke kampung Maria di Keramat. Saya dan Maria akan berada di sana sehingga hari Sabtu ini.

Perjumpaan Untuk Tanya Pasal Ayam

Ramai yang hubungi saya dan bertanya pasal ayam. Dan rasanya, agar sukar untuk saya nak entertain setiap seorang secara individu. Saya perlukan banyak masa kalau nak cerita A-Z pasal ayam satu persatu.

Cuba anda bayangkan, anda hanya bertemu dengan saya sekitar 2 jam. Dan hanya sekali. Tetapi, saya pula terpaksa berjumpa dengan ramai orang. Dan setiap seorang itu saya perlu bertemu dua jam. Banyak masa terpaksa diluangkan dengan cara ini.

Bagi memudahkan saya, dan dalam masa yang sama membantu anda yang berminat dalam bidang ini. Saya bercadang untuk buat satu perjumpaan dengan pembaca blog ini yang berminat untuk menceburi bidang ternakan ayam ini.

Syarat Syaratnya:

1) Anda betul betul berminat nak buat ayam. Bukan sekadar nak tahu sahaja. Anda mesti dah ada 'determination' sebelum ini lagi untuk nak buat ayam.

2) Setiap pembaca hanya boleh datang 2 orang. Dia dengan seorang lagi partner atau pasangan dia.

3) Hubungi saya di Facebook : FIRDAUS MAT SAAD. PM saya secara personal dan katakan anda berminat nak berjumpa dengan saya.

4) Memandangkan saya tidak mempunyai banyak masa, dan saya yakin anda juga bekerja di siang hari. Saya bercadang untuk buat pertemuan di Al Rawsha Restaurant. Berhampiran Round About Bulatan Pandan pada WAKTU MALAM. Setakat ini, cadangannya adalah pada hari Rabu, 31 Oktober 2012. Jam 8.30 malam di Restauran Al Rawsha.

5) Anda hanya perlu bawa pen dan buku nota sahaja. Untuk catat apa yang perlu.

6) Bayaran : PERCUMA. Anda tak perlu bayar sebab saya tak bercadang nak 'caj' anda. Ini kali pertama saya buat meeting macam ini. Saya sekadar nak bantu anda untuk mengetahui lebih detail pasal ayam.

7) Perbincangan ini akan dibuat secara santai. Tidak formal. Dan lebih banyak perkongsian pengalaman saya dalam industri ini selama 7 tahun. Saya akan cerita, macam mana saya mula. Macam mana nak buat loan bank. Kenapa buat ternakan ayam. Cabaran cabaran dalam ternakan ayam. Dan segala 'mak nenek' pasal ayam.

8) Dan maksimum yang saya rasa boleh saya jumpa adalah 10 orang. Makanya, 5 pembaca terawal yang menghubungi saya melalui Facebook akan hadir. Insya Allah. Anda bersama sahabat/pasangan anda boleh berjumpa saya di situ.

9) Untuk diterima, syaratnya anda mestilah Friend saya di Facebook. Dan kedua, anda sudah LIKE fan page MARIA FIRDAUS USAHAWAN AYAM DAGING  di facebook. Jika belum jadi Friend saya, cepat Add saya sebagai Friend. Jika belum LIKE fan page tu, cepat LIKE. Itu sahaja syarat syaratnya. Ia mudah.

Peluang ini hanya akan ada sekali. Selepas ini, saya akan menganjurkan KURSUS TERNAKAN AYAM DAGING di Parit Buntar. Pada waktu itu, ia tidak lagi percuma. Bayaran untuk menyertai Kursus Ternakan Ayam Daging di Parit Buntar ini mungkin di caj. Dan rasanya, ia TIDAK MURAH. 

2) Pertemuan Dengan Mereka Yang Dah Nak Start Ternak Ayam

Anda dah nak memulakan ternakan ayam. Anda sudah tahu sedikit sebanyak pasal ayam. Anda sudah ada modal, anda sudah ada tanah untuk tapak projek. Dan hanya menunggu masa untuk memulakan ternakan ayam ini dalam masa terdekat.

Dan anda rasa anda perlukan "Personal Couch" dari saya.

Anda boleh berjumpa dengan saya secara personal. Hubungi saya di Facebook. Berikan no phone anda. Saya akan hubungi anda untuk set waktu pertemuan. Lokasi pertemuan di sekitar KAWASAN KERAMAT.

Bayaran : PERCUMA. Hehehe..  Anda belanja saya minum cukuplah....

3) Mereka Yang Tercari Cari Nak Buat Business Dan Minat Nak Buat Business Online

Anda pun tahu, Maria sekarang sedang buat Businesss Online.

1) Biozone Purifier

2) Premium Beautiful

Anda rasa berminat nak mengetahui lebih detail mengenai BIOZONE PURIFIER? Anda nak tengok demo sendiri di rumah anda?

ATAU

Anda rasa berminat nak membentuk kembali bentuk badan anda kepada bentuk 'ideal' seperti anda belum kahwin dulu? Dan berminat nak mencuba Corset Premium Beautiful.

ATAU

Anda nak mengetahui lebih detail mengenai perniagaan internet yang Maria jalankan sekarang ini. Dan anda rasa nak belajar cara menjalankan perniagaan internet menggunakan Facebook. Dan anda rasa anda perlu berubah. Untuk memulakan perniagaan internet.

Inilah masanya. Kami akan membantu anda secara 'personal' bagaimana untuk memulakan perniagaan di internet pada MODAL PERMULAAN yang amat rendah. Tetapi, pulangannya pasti 'MENGEJUTKAN' ANDA.

Anda hanya perlu luangkan masa 1 jam sehari di hadapan komputer untuk buka Facebook dan Blog. Dan insya Allah. Dalam tempoh 6 bulan -1 tahun. Pendapatan anda melalui internet akan melebihi sebulan gaji yang anda peroleh. Dah ramai pun yang dah berjaya. Kini, kami hanya menunggu giliran anda untuk berjaya.

Anda boleh menghubungi Maria. PM dia di Facebook. KAM MARIA. Atau hubungi Maria di 019-2592731. ( Jangan hubungi dia pasal ayam )

Insya Allah. Kami ada banyak masa di Kuala Lumpur. Kita cuba aturkan masa untuk berjumpa sekitar 1-2 jam. Kita cuba aturkan tempat dan masa yang terbaik untuk kita berjumpa. Lebih ramai yang nak berjumpa, lagi kami suka. Kerana kami nak bantu lebih ramai dikalangan kita untuk berjaya.

Bayaran? PERCUMA.

* Jika kami tidak sempat bertemu dengan anda semua. Insya Allah. Kami akan aturkan dengan wakil kami di Kuala Lumpur untuk bertemu anda.

Perniagaan Kini Lebih Mudah Dengan Internet Marketing Dan Facebook

Rasanya, cukup dahulu untuk entri kali ini. Cepat... Buka Akaun Facebook. Hubungi kami.

Harap dapat bertemu dengan anda. Kerana kami benar benar mahu membantu anda.

Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.

Wassalam

Maria Firdaus

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top