Assalamualaikum,
 
Pagi tadi, pihak surau menganjurkan korban di surau saya. Semuanya 4 ekor lembu yang dikorbankan.
 
Dan pihak surau memutuskan untuk memilih 4 orang bagi menyembelih lembu ini. 2 orang dari kalangan senior yang dah selalu menyembelih lembu.
 
Dua lagi penyembelih di kalangan orang muda. Saya salah seorang yang dipilih dikalangan orang muda untuk menyembelih lembu ini.
 
Matlamatnya mudah, pihak surau mesti mempunyai barisan pelapis dari kalangan orang muda untuk menyembelih lembu.
 
Alhamdulillah. Ini tahun ke tiga saya menjalankan tugas menyembelih lembu ini.
 
Saya dah biasa sembelih ayam. Dan sembelih ayam memang mudah.
 
Tapi, sembelih lembu lain pula caranya. Alhamdulillah. Pengalaman yang lalu banyak memudahkan saya menjalankan tugas hari ini. 

 
Saya menerima wakil untuk menyembelih lembu dari imam yang bertugas.


Saya menjalankan tugas menyembelih lembu. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar.


Lembu dilapah.

 
Tulang dicincang
 
Alhamdulillah. Segalanya berjalan  lancar. Jam 10 pagi, makanan siap dihidangkan.
 
Cukup untuk perkongsian hari ini. Insya Allah. Berjumpa lagi dilain kali.
 
Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top