Assalamualaikum,
 
Baru baru ini, saya ada singgah kedai cendol di Parit Buntar.
 
Saya suka cara akak ni berniaga. Saya suka berkongsi dengan anda konsep berniaga yang akak ni amalkan.
 
Dan walaupun ia hanya perniagaan kecil, tapi saya nampak ada pontensi untuk berkembang lebih jauh.
 
Dr Azizan selalu menasihatkan.
 
“You can have anything you WANT in life if you will help enough other people get what they WANT!”
Ia konsep yang mudah dalam perniagaan.
Memberi Yang Terbaik
Saya bersembang dengan akak ni, "Gula naik harga tak da kesan ka kepada perniagaan. Cendol ni tak naik harga pun?"
"Ada la kesan sikit. Tapi, selagi boleh untung. Tak pa lah. Tak perlulah akak naikkan harga," akak itu membalas dengan ikhlas.
"Sekarang ni, semua dah naik. Cendol dah naik, gula merah dah naik, semua bahan mentah ni dah naik. Dan akak pula, beli yang terbaik. Akak beli yang mahal. Akak nak customer makan sedap. Biar untung sikit, tapi bagi orang puas makan. Nanti orang mai lagi," balas akak.
"Bagus ka. Insya Allah. Perniagaan akak akan berkembang," saya mendoakan dia.
Teknik Pemasaran
"Bagus la akak, buat cendol tapi promosi guna facebook. Macam mana respond orang lepas promosi guna facebook?" saya bertanya lagi kepadanya.
"Oh.. adik pun tahu juga kat facebook. Alhamdulillah. Ramai customer baru yang datang. Sejak iklan di facebook. Suami akak la yang promosi di situ," beliau membalas.

Bismillah Dee Cendol. Sedap. Anda kena try kalau datang Parit Buntar.
 
Semoga pernigaan akak ni berkembang maju. Semoga murah rezeki mereka sekeluarga.
 
Ayuh kepada para peniaga di luar sana, bila kita berniaga. Konsep memberi yang terbaik perlu diutamakan kepada pelanggan kita. Insya Allah. Perniagaan kita akan maju.
 
Semoga kita semua diberkati Allah.
 
Wassalam

1 comments:

  1. Memang sedap cendol nya..kalau dah singgah kat situ...jgn lupa order sekali ABC nya..memang tak mengecewakan...harga pun murah. Kuih pau juga jangan tak cuba...pasti rasa sekali..nak lagi..saiz besar...harga hanya RM1..mana nak dapat harga tu sekarang ni..tapi bila tanya...di jawab harga RM1 pun dah ada untung...

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top