Assalamualaikum,

Saya ingin menjemput para pembaca blog ini ke rumah saya untuk Majlis Akikah Muhammad Fateh Bin Mohd Firdaus.

Majlis Akikah ini juga akan diadakan secara bersama dengan Muhammad Fateh Bin Mohd Dzuha.

Mereka berdua adalah sepupu. Muhammad Fateh Mohd Firdaus berusia 48 hari dan Muhammad Fateh Mohd Dzuha berusia 4 bulan.

Biarlah nama mereka sama. Kami mahu mereka menjadi sehebat Sultan Muhammad Al Fateh.

Majlis Akikah

Majlis akikah akan diadakan pada hari raya pertama, selepas Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha. Di rumah saya.

Di F330 Simpang 4, Kg Kedah, 34200 Parit Buntar, Perak

Majlis berlangsung sehingga tengah hari.

Petang tadi, lembu sudah pun disembelih untuk majlis akikah esok hari. Daging dan tulang sudahpun dihantar kepada tukang masak. Insya Allah. Pagi esok akan sampai.

Kehadiran anda pasti menyerikan lagi majlis kami pada esok hari.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top