Assalamualaikum,

"Hello.... Firdaus... Aku nak tanya, ayam yang kau bela kena cucuk tak?" seorang sahabat menghubungi saya.

"Mana ada. Ayam aku mana ada cucuk. Ayam orang lain aku tak tahu la," saya membalas.

"Ayam kau ada bubuh vaksin tak?" beliau terus bertanya kepada saya.

"Vaksin, semua orang bubuh. Mana ada orang bela ayam tak bubuh vaksin. Lain la ayam organik," saya menjawab.

"Ubat antibiotik ada bubuh tak?" beliau bertanya lagi.

"Aku rasa, ubat antibiotik pun semua orang bubuh. Tapi, aku bubuh ubat yang dibenarkan saja la. Yang tak dibenarkan tak guna la," saya membalas lagi.

"Ubat apa lagi yang kau guna untuk ayam?" beliau terus bertanya.

"Segala mak nenek ubat aku guna. Ubat antibiotik. Tylosin, Doxy, Amoxicylin, Norfloxicin, Nephryl, Biovit, Cosamix Plus, Amprol, Sulphurqunaxilin. Macam macam la.. Kenapa kau tanya ni?" saya bertanya kembali kepadanya.

"Ooo. Tak boleh ke kalau kau tak bagi ayam makan ubat-ubat ni?' tanya beliau lagi.

"Hmm...kalau tak bagi ubat, nanti ayam mudah jatuh sakit. Macam baby baru lahir la, kan ada banyak vaksin nak kena ambil, untuk elak daripada penyakit tertentu. Nanti kalau ayam banyak yang sakit dan mati, tak cukup bekalan ayam pulak untuk customer." jawab saya.

"Aihhhh... yang kau tanya panjang panjang ni kenapa? Nak bela ayam ka?" saya bertanya kepadanya.

"Bila kau free. Aku nak pergi rumah kau. Di rumah kau, ada lagi tak stok ayam?" beliau bertanya.

"Ada la. Rumah aku ada stok ayam untuk dua bulan. Makan tak habis. Rumah tauke ayam la katakan. Yang baru sembelih pun ada" saya membalas.

"Ok. Kalau macam tu, simpan ayam yang paling baik yang kau ada. Nanti aku pi rumah kau," beliau membalas.

Suspen

Suspen rasanya. Apa yang member saya ni nak buat?  Kenapa yang dia teruja sangat nak datang rumah saya.

Pada hari yang dijanjikan, beliau meminta saya memilih dan defrost ayam terbaik yang ada dalam simpanan saya. Kemudia beliau datang ke rumah saya sambil membawa sebuah Biozone Food Purifier. Beliau mahu menunjukkan saya sesuatu.

Saya maklumkan. "Ayam yang aku simpan untuk rumah aku biasanya ayam yang terbaik. Ayam ni dah seminggu aku tak bagi makan ubat sebelum sembelih. Kiranya, free from any medicine."

"Bagus, kau rasa ayam kau free dari ubat. Nanti aku tunjukkan" beliau membalas.

Bibik saya mengeluarkan ayam dari peti ais. Dibersihkan ayam ini. Dibuang kulit. Dibuang segala lendir. Dibuang lemak. Dicuci sekali lagi. Kemudian, direndamkan bersama air di dalam bekas kaca. Kemudian ayam ini dirawat dengan Biozone Food Purifier.

Selepas setengah jam......

Kesannya

Dan apa yang beliau tunjuk kepada saya amat mengejutkan.Terlalu banyak 'BUIH-BUIH BERLENDIR BUSUK' keluar dari ayam saya. Dan bila dikumpulkan lendir lendir ini. Ia bergumpal seperti PLASTIK.

Bila dibakar, ia tidak terbakar. Bahkan, ia mengeras. Bila ditekap pada tisu. Ia tidak hilang. Bahkan ia semakin menjadi pejal.

"Inilah yang masuk dalam badan kau setiap kali makan ayam. Dan aku nak bagi tahu kau. Inilah salah satu punca kanser kepada masyarakat Malaysia hari ini," beliau menjelaskan.

Saya tergamam. Terkejut. Dan apa yang berlaku dihadapan saya adalah sesuatu yang tidak pernah saya sangka. Mustahil ayam yang saya ternak sendiri. Mustahil ayam yang saya tak bagi makan ubat selama seminggu sebelum sembelih masih ada banyak 'lendir' macam tu.

Penjelasan

Rupa rupanya, Biozone Food Purifier itu berfungsi untuk 'detox' atau mengeluarkan bahan bahan toksid dari dalam isi ayam keluar dalam bentuk buih yang berlendir. Dan bila terkena kulit. Kulit terasa gatal jika tidak dibasuh segera.

Sharing is Caring

Beliau memaklumkan saya, since saya dah tahu pasal produk ini. Dan kalau saya tak share dengan orang. Berdosa saya. 'Berdosa' kerana tidak berkongsi perkara perkara baik dengan orang lain.

Bila saya bertanya, "Adakah apa yang ada ini hanya pada ayam?"

Jawapannya. "Tidak. Ia ada pada semua makanan yang kita makan."

"Misalnya, dalam daging. Dalam ikan. Dalam sayur sayuran. Daging pun macam ayam juga. Sebab, semua lembu sekarang ni dah makan ubat. Lembu sekarang pun dah makan pellet. Dan daging sebenarnya mengeluarkan lebih banyak lendir berbanding ayam," beliau menjelaskan.

"Tahu tak, kenapa sayur sekarang bila kita beli tengok macam tak ada kesan ulat. Kenapa nampak macam segar? Sebab sayur dan buah buahan sekaran dah dibubuh racun. Bila dibubuh racun. Binatang pun tak sanggup nak makan. Kemudian di bubuh ubat pula untuk bagi sayur tu nampak segar. Sebab tu kena guna benda ni untuk 'bersihkan' atau "detox" sayur sayur yang kita makan"

Hmmm. Saya macam tak percaya. Tak sangka tergamam seketika.

Sekarang, saya macam tersedar. Baru saya macam tersedar. Kenapa ramai orang sekarang kena KANSER... Dan salah seorang yang paling rapat dengan saya yang terkena kanser adalah arwah kakak saya sendiri, yang baru meninggal dunia tak sampai pun setahun yang lepas.

Kebanyakan penyakit berpunca daripada apa yang kita makan. Kalau kita makan makanan yang sihat. Insya Allah. Kita akan sihat. Tapi kalau makan makanan yang 'tidak sihat'. Macam macam boleh jadi.

Business

Saya lihat kepada Maria. "Maria you have to do this. You have to share this with others. Setiap rumah patut ada Biozone Food Purifier ni, terlalu banyak toxic yang masuk dalam badan kita sekarang ni. And I think. This will be your business."

Maria rasa gembira. Kerana sekarang dia berpeluang untuk 'berkongsi' dan memberi manfaat serta menambah nilai hidup orang lain.

Insya Allah info bergambar selanjutnya dan cara untuk mendapatkan Biozone Food Purifier ini akan kami kongsikan dalam entri seterusnya di Testimonial - Part 2. Semoga ianya bermanfaat untuk anda juga.

Wassalam.

Jika anda rasa info ini bermanfaat untuk anda. Harap anda dapat "Like" entri ini. Satu "Like"  daripada anda adalah tanda anda menyokong Maria dalam perniagaan yang dijalankan ini. Terima kasih atas sokongan anda.

1 ulasan:

  1. Salam Tuan Haji,
    Terima kasih utk info yg bermanfaat ni. Saya dan isteri ada soalan utk produk ni. Cuba buat experiment dgn daging ayam kampung yg tak makan dedak atau ayam hutan ke ataupun ikan sungai yg mmg fresh. Bukan apa, kami macam skeptical sedikit sbb tak kan dalam daging ayam byk sgt toksik sampai macam tu sekali. Nak tau juga lebih mendalam sedikit bagaimana dgn tindak balas oksigen tu shj bole menyebabkan toksik2 dalam badan tu semua keluar? Bole ke kita letak food purifier ni dalam bathtub dan kita berendam dalam air tu utk buang toksik? Terima kasih atas info yg bermanfaat ni.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top