Assalamualaikum,
 
Ayam Mula Dijual
 
Sejak 2 hari lepas, ayam ayam saya mula dijual. Hari Ahad, jualan sekitar 6500 ekor ayam. Hari Isnin sekitar 10,000 ekor ayam. Dan hari ini sekitar 9000 ekor ayam.
 
Ada baki sekitar 20000 ekor lagi. Insya Allah. Jika tiada aral melintang, hari Khamis habis. Dan mungkin hari Jumaat kutip kutip mana yang tertinggal.
 
Syukur kepada Nya. Segalanya dipermudahkan Allah pusingan kali ini.
 
 Lori dihadapan akan menuju ke Alor Setar. Lori yang sedang isi ayam ini akan ke Perlis. So, mungkinkah anda yang tinggal di Alor Setar dan Perlis memakan ayam saya esok hari..
 
Gambar menunjukkan pekerja saya sedang menimbang ayam di dalam bakul. Setiap bakul, akan diisi antara 8-10 ekor ayam. Dan satu lori sebanyak 171 bakul.

Ujian Kesabaran

Ketika saya menimbang bakul di lori ketiga. Driver lori keempat menurun dan memasukkan bakul ayam ke dalam reban.

Biasanya, pekerja saya yang akan turunkan bakul. Tapi, entah mengapa driver lori ni 'kalut' sangat nak balik awal. Dia turunkan bakul sendiri. Tanpa menunggu pekerja saya.

Disebabkan dia tidak biasa buat kerja ini. Dia dah tersilap cara. Dia menghalau ayam saya ke suatu sudut yang sempit. Kesannya, banyak ayam ayam ini yang terhimpit dan kelemasan. Akibatnya, ayam ayam ini mati.

Selepas habis timbang ayam di lori ke tiga, pekerja pekerja saya pergi ke tempat itu dan mereka lihat ayam bergelimpangan mati.

Mereka terus memberitahu saya.

Saya bergegas ke tempat itu dan memanggil driver lori keempat.

"Kandaq, mai sini. Tengok apa hang dah buat!", saya memanggil driver.

"Buat apa haji?" sambil berjalan ke arah saya.

"Hang tengok ayam ayam ni mati. Macam mana hang turun bakul tadi? Siapa suruh hang turunkan bakul? Habis ayam ni terhimpit. Semua mati," saya 'memarahi' dia dengan suara yang sederhana.

Beliau melihat dan mengutip ayam ayam yang mati terhimpit tadi. Semuanya berjumlah hampir 30 ekor. Beliau tergamam dan hanya mampu memandang saya.

Sekitar 30 ayam yang mati kelemasan. Terhimpit antara satu sama lain.

Tiada satu kalimah pun yang mampu dia ucapkan. Dia takut saya marahkan dia.

"Ayam 30 ekor ni, kalau ikut harga dah dekat RM300. Free free aku rugi hari ni. Lain kali, kalau nak turun bakul, jangan halau ayam sampai terhimpit. Ayam mati macam ni," saya memaklumkan dia.

Dalam hati, sebenarnya saya marah.

"Kandaq, hang nasib baik. Lepas aku balik haji tahun lepas, aku dah kurang marah. Aku dah jadi penyabar. Kalau tak, aku rasa teruk hang kena ngan aku," Kandaq terus memerhati saya tanpa berkata apa apa. Dia benar benar takut.

Kalaulah ini berlaku sebelum saya pergi menunaikan haji, rasanya Kandaq dah kena maki dengan saya. Mungkin siap kena 'mencarut' dengan saya.

Dan mungkin saya akan 'claim' ayam mati ini dari majikan dia. Last last, majikan dia akan potong duit dia juga.

Tapi, itu dahulu. Alhamdulillah. Sekarang, saya dah berubah. Saya mampu mengawal 'minda' saya.

Saya cuba menenangkan hati saya. Saya duduk di tepi reban dan ingat Allah banyak banyak....

Terus saya berdoa di dalam hati, "Ya Allah, Kau gantikanlah apa yang aku hilang hari ini dengan sesuatu yang lebih baik untuk ku. Aku redha dengan apa yang berlaku. Jadikanlah aku seorang yang bersabar"

Saya berdoa dua tiga kali doa yang sama. Untuk menenangkan hati saya.

Kemudian, saya serahkan kepada kerani CP untuk timbang ayam.

Dan saya terus balik ke rumah. Mandi. Dan terus ke surau untuk menunaikan Solat Asar. Di surau, saya menyatakan kesyukuran saya kepada Allah. Kerana Allah beri ketenangan kepada saya untuk mengawal perasaan tadi.

Dan saya rasa gembira, kerana saya dapat sabar. Saya gembira kerana saya tak marah dia.

Saya bersyukur kepada Allah.

Saya berterima kasih kepada Prof Muhaya kerana banyak ceramah ceramah beliau yang saya dengar yang mengajar saya untuk mengawal minda untuk bersabar. Syukur syukur.

Juga, saya berterima kasih kepada Sheikh Yaseer Al Dosry, Imam di Riyadh yang kadang kadang turut menjadi imam di Masjidil Haram yang secara khusus menasihatkan saya untuk "Bila berurusan dengan manusia, berurusanlah dengan cara yang terbaik"

Terasa tahap kesabaran saya meningkat sedikit lagi.

Pengajaran

Satu pengajaran yang saya ingin kongsi dengan anda.

Setiap hari, kita akan diuji dengan pelbagai ujian. Ada yang berjaya menghadapi ujian itu. Ada yang gagal. Ada yang mampu mengawal kesabaran. Ada yang tertewas...

Ayuh sama sama kita meningkatkan tahap kesabaran kita ke satu tahap yang lebih tinggi. Kawal minda kita. Reset minda kita untuk mengatakan yang kita seorang yang penyabar.

Semoga, kita termasuk dalam golongan orang yang bersabar.

Amin...

4 comments:

  1. Salam Aleyk Haji,

    innalillahi wainnailaihirojiun... kalau nak bandingkan nikmat Allaah beri kepada haji dengan terjualnya ayam 27*** ekor berbanding dengan 30 ekor yg mati amat2x lah sedikit kerana tiada tiada ujian yg lebih besar yg pernah tertimpa ke atas Nabi Ayub

    Setiap rezeki itu sudah tertulis disisi Allaah sebaik mana pun kita menjaganya kalau sudah bukan rezeki pasti ianya akan terlepas dari mulut kita

    Tiada tegukan yg disukai oleh Allaah melainkan tegukan air liur menahan kemarahan yg mampu memadam api neraka.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum, Tuan Hj. . . .tergenang air mata bila membaca perenggan dibawah ini ; ( Nikmat BERSABAR. semoga do'a tuan itu makbul, dan tulis lagi. . . .)

    'Saya cuba menenangkan hati saya. Saya duduk di tepi reban dan ingat Allah banyak banyak....

    Terus saya berdoa di dalam hati, "Ya Allah, Kau gantikanlah apa yang aku hilang hari ini dengan sesuatu yang lebih baik untuk ku. Aku redha dengan apa yang berlaku. Jadikanlah aku seorang yang bersabar" '

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Abang Firdaus, bukan semua orang akan menyukai atau menghayati setiap yang kita cuba sampaikan. ada juga yang akan cuba untuk menjatuhkan kita. apapun semoga Allah gantikan yang lebih baik. insyaAllah. bersabar saat diuji..anyway perkongsian yang baik untuk mengajak pembaca menghayati konsep bersabar-naim

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum tuan haji..saya amat memerlukan pertolongan dan nasihat tuan haji dalam bidang penternakan ayam ni.sy berbesar hati dan bertrima kasih jika tuan boleh hubungi saya di no. 0179993224 or email shukri_alam@yahoo.com
    sya bangga dengan org islam yg berjaya macam tuan.terima kasih.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top