Assalamualaikum,

Sudahkah anda mendaftar untuk menunaikan haji?

Walaupun sekarang ini, belum terdetik untuk pergi menunaikan haji dalam masa terdekat. Daftar dahulu. Anda tak rugi apa pun kalau daftar sekarang.

Jika anda mendaftar menunaikan haji tahun lepas, anda akan menunaikan haji pada tahun 2043.

Tapi, jika anda pergi mendaftar haji hari ini di Tabung Haji, anda hanya akan boleh menunaikan haji pada tahun 2053.

Bayangkan dalam tempoh setahun sahaja. Tempoh menunggu bertambah kepada sepuluh tahun.

Jika anda masih lagi bersikap mengambil mudah. Tak apa, nantilah. Bila senang daftar. Sampai bila pun anda tak akan mendaftar.

Sedar sedar, anda dah tua pada masa itu. Dan bila mendaftar, baru tersedar. Pada usia 50 tahun, anda mendapat giliran menunaikan haji lagi 40 tahun. Hmmm..

Waktu tu, baru anda akan teringat.. Kenapa la aku tak daftar haji masa baca blog MariaFirdaus dulu?

Hmm.. Waktu itu. Dah tak guna nak menyesal.

Bertindaklah sekarang.

Daftarlah menunaikan haji HARI INI. Ajak kawan kawan, ahli keluarga, saudara mara dan seluruh rakyat Malaysia. Kita semua DAFTAR HAJI hari ini.

Sekurang kurangnya, ditakdirkan Allah kita meninggal dunia sebelum sempat menunaikan rukun yang ke 5 ini. Kita sudah daftar haji. Tapi, belum mendapat panggilan haji daripada tabung haji.

Tapi, kalau kita meninggal dunia sebelum sempat daftar haji sekalipun. Walaupun kita berkemampuan. Apa kita nak jawab dihadapan Allah nanti.

Semoga. Entri kali ini simple dan mudah. Semoga ia memberi kesan kepada kita semua.

* Ada sesiapa yang nak kongsi pengalaman mengenai waktu menunggu untuk pendaftaran haji. Boleh tulis di komen. Sedarkan mereka yang belum tersedar. Betapa pentingnya mendaftar haji hari ini.

Wassalam

9 comments:

  1. Salam.. Daftar hanya rm1300, yg ada kwsp boleh ambil penyat di kwsp dan bw ke tabung haji. automatik tabung haji boleh buat pendaftaran dengan mudah. tabung haji akan bagi satu borang untuk kita sign. kita hanya bawa IC dan Penyata KWSP.. tak susah dpt kan penyata kwsp. Pergi ke kwsp ,cari kioas (mcm mesin atm tu) kemudian masuk kan ic.. penyta akan keluar dlm ms 2 minit.. dah dpt penyata cepat2 g Tabung Haji. makna nya kita tak perlu keluarkan wang rm1300.. Hanya dengan menggunakan penyata kwsp shja.. Wasalam

    ReplyDelete
  2. As salam.Marilah kita daftar kan Haji anak-anak kita sekali. Saya sudah daftarkan semua anak-anak saya yg berumur 5 hingga 15 tahun.InsyaAllah mereka akan berpeluang menunaikan Hj 40 tahun lagi. Biarlah mereka terus menabung di Tabung Haji sedikit demi sedikit dari kecil.

    ReplyDelete
  3. Assalamu alaikum.
    Rezeki saya dan suami mendaftar sewaktu tiada niat hendak mengerjakan Haji lagi, pada tahun 2006. Ajakan pegawai Tabung Haji ketika itu: "Tak apa, daftar dulu, bukan nak pergi sekarang pun. Nanti bila dah sampai giliran tu insha Allah dah bersedia. Kalau belum, boleh tolak dengan alasan munasabah."
    Kalau tak silap masa mendaftar dulu giliran kami 2017. Sekarang dah 2013, panggilan ke Baitullah mula terasa semenjak tahun lepas lagi. Tahun ni merayu untuk pergi, kursus Haji sudah dihadiri, barang keperluan kebanyakannya sudah tersedia, passport pun kami dah renew. Namun tiada jawapan positif lagi, kuota tambahan tiada nampaknya. Terus bedoa dan berharap. Insha Allah pilihanNya adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Saya mendaftar tahun 2008, secara online, hujung bulan update buku, terus dah ada potongan utk pendaftaran..sekejap sangat proses nya...insyallah dapat giliran 2024, moga panjang umur..murah rezeki dapat jadi tetamu Allah.
    Moga Allah kekalkan rasa rindu utk ke sana lagi..Amin

    ReplyDelete
  5. Salam
    Saya dan suami daftar 2 thn lepas. Tahun ini saya daftarkan juga anak usia 3 tahun dan 8 bulan (masa register) setelah cukup jumlah minimum dlm akaun.

    ReplyDelete
  6. saya, suami & anak register tahun 2009 & dijangka giliran tahun 2026...
    tapi awal tahun ini berdaftar dgn th travel utk haji 2012, sbb hati terasa nak buat haji awal..buat rayuan..
    kita merancang Allah tentukan..kuota tambahan utk pakej 2012 tak dapat..
    Tahun 2013, merayu lagi..

    ReplyDelete
  7. daftar segera insyaallah

    ReplyDelete
  8. daftar pd feb 2007, giliran yg tercatat 2016. Rezeki Allah yg beri, akhir 2013 dapat offer letter haji 2014 alhamdulillah. Tetapi terpaksa tolak kerana sedang ada rezeki ALLAH di dlm rahim.... isi borang penolakan, mohon utk dipanggil semula pada 2016...

    ReplyDelete
  9. jika daftar tahun ni then tahun depan nak gi guna pakej agak2 mudah tak ye? dengar cerita perlu menunggu giliran juga ye

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top