Assalamualaikum,

Bekas guru saya di MRSM Taiping, Cikgu Norah Hassan amat baik dengan saya. Beliau merupakan guru Prinsip Akaun saya di sana dahulu.

Beliau 'berbangga' dengan saya sebab saya buat business. Sekurang kurangnya, banyaklah ilmu yang beliau curahkan kepada saya yang saya gunakan.

Seingat saya, lebih dari sepuluh kali beliau menjemput saya untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar beliau. Namun, sukar untuk saya penuhi permintaan beliau.

Ini kerana, beliau sudah berpindah ke MRSM Mersing. Dan beliau menjemput saya ke Mersing. Masya Allah. Perjalanan ke sana terlalu jauh. Tak mampu saya nak tempuh perjalanan sejauh 10 jam dari Parit Buntar.

Sekarang, beliau berpindah lagi. Kali ini ke MRSM Johor Baharu.

Dan buat sekalian kalinya. Beliau tanpa jemu meminta saya datang ke MRSM Johor Baharu. Untuk beri motivasi kepada para pelajarnya.

Dan kali ini, saya tidak dapat menolak permintaannya.

Pengalaman Lepas

Saya pernah memberi ceramah motivasi. Sudah beberapa kali.

Di MRSM Taiping. "Keusahawanan Kerjaya Pilihan"
Di MRSM Merbok. "Insan Cemerlang Insan Berjaya"
Di MRSM Kepala Batas. "Adab Pergaulan Pelajar Lelaki & Wanita"

Dan beberapa kali ceramah motivasi usahawan secara terbuka di beberapa program di sini.

4 Slot

Memandangkan perjalanan saya ke Johor Baharu dijangka mengambil masa sekitar 8 jam. Saya mahu tenaga saya digunakan sepenuhnya di sana nanti.

Saya mengatur 4 slot ceramah kepada para pelajar MRSM Johor Baharu.

1) Slot 1 : 12/10/12 : Tazkirah Maghrib. "Batas Batas Pergaulan Lelaki & Wanita"
2) Slot 2 : 13/10/12 :   8.30 Pagi "Motivasi : Insan Cemerlang Insan Berjaya"
3) Slot 3 : 13/10/12 : 10.30 Pagi  "Keusahawanan Kerjaya Pilihan"
4) Slot 4 : 13/10/12 :   2.30 Ptg   "Rahsia Hidup Luar Biasa"

Saya tidak pernah buat begini. Ia program yang panjang. Namun. Golongan sasarannya berbeza.

Slot 1 untuk semua pelajar. Slot 2-4 pula khusus untuk pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 1. Cikgu saya mahu saya 'reset' minda para pelajar supaya bekerja keras dari awal. Tidak menunggu sehingga 'last minute' untuk belajar.

Saya 'terpaksa' mengatur 4 program ini dalam masa yang dekat kerana saya mahu memanfaatkan sepenuhnya perjalanan saya ke sana. Perjalanan 8 jam. Kalau saya hanya bercakap satu tajuk, ia 'merugikan' masa saya.

Alang alang bercakap, biar sampai habis.

Saya biasa bercakap untuk slot 1-slot 3. Cumanya, saya perlu modify sedikit sebanyak slide yang pernah saya gunakan dahulu.

Dan saya tidak pernah bercakap topik untuk slot ke 4. Bahkan, "slide"nya pun belum ada. Saya perlu merangka dari awal topik ini.

Allah Allah. Saya mohon kerahmatan Allah. Saya mohon pertolongan Allah. Saya mohon Allah permudahkan saya untuk urusan ini.

Memandangkan masa masih jauh. Saya mahu membuat persiapan terbaik untuk mereka. Saya mahu mengubah cara para pelajar ini berfikir. Saya mahu mereka reset minda mereka untuk melakukan sesuatu perkara semata mata kerana Allah. Bukan atas niat yang lain.

Bayaran

Cikgu saya bertanya, "Firdaus, berapa yang pihak maktab perlu bayar Firdaus untuk bercakap 4 topik ini?"

"Cikgu, saya tak kisah bab bayaran. Kalau saya ke sana sebab bayaran, saya rasa mungkin saya tak pergi. Sebab terlalu jauh. Dan pasti meletihkan saya. Saya ke sana semata mata kerana Allah. Sekadar nak berkongsi dengan adik adik di sana sedikit pengalaman yang Allah berikan kepada saya," saya menjawab.

"Mana boleh macam tu. Mesti ada bayaran. Cikgu tahu Firdaus ikhlas. Tapi, Firdaus kenalah cakap berapa nak bayar?" cikgu saya membalas.

"Cikgu, kalau ikut Prof Kamil. Dia akan bagi ceramah ni free. Sebab tu saya tak kisah. Saya tak meletakkan sebarang harga untuk saya pergi bercakap di sana. Bagi saya, cukuplah rezeki yang Allah berikan kepada saya melalui business saya. Dan kalau pihak maktab nak beri juga. Saya tak akan menetapkan sebarang harga. Terpulanglah kepada pihak maktab. Saya betul betul tak kisah" saya membalas.

Benar

Kalau saya mahu minta bayaran.

Rasanya, lebih mudah saya buat di MRSM sekitar sini. Di utara ini pun banyak MRSM. MRSM Transkrian. MRSM Taiping. MRSM Balik Pulau. MRSM Lenggong. MRSM Gerik. MRSM Kepala Batas. MRSM Merbok. MRSM Baling.

Ia lebih dekat.

Saya hanya perlu menghantar proposal kepada pihak maktab. Nyatakan bayaran. Dan saya amat yakin, pihak maktab akan bersetuju.

Ini kerana, apa yang saya cakap adalah berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri. Sebagai bekas pelajar Mara. Belajar di MRSM Taiping. Kemudian ke Kolej Mara Banting. Kemudian ke UK. Semuanya di bawah tajaan MARA.

Lagipun, ramai bekas guru guru saya sekarang yang menjadi Pengetua, Penolong Pengetua di MRSM MRSM sekitar sini. Lebih memudahkan saya.

Insya Allah

Jika program di MRSM Johor Baharu ini berjaya memberi kesan kepada pelajar. Saya bercadang untuk ke MRSM di utara ini. Untuk berkongsi pengalaman dengan mereka pula.

Inilah peluang terbaik saya untuk mencari pencen kubur. PELUANG TERBAIK. Semoga, apa yang saya cakapkan. Akan dapat memberi sedikit inspirasi kepada mereka.

Semoga Allah permudahkan urusan saya. Semoga Allah memberi kelancaran, kefasihan dan kesihatan yang baik kepada saya. Semoga saya dapat memberi 100% komitmen kepada mereka.

Kepada para pembaca. Tolong doakan saya.

Wassalam

3 ulasan:

  1. Salam sejahtera,

    Semoga usaha Firdaus dipermudahkan Allah. Semoga seluruh khalayak pelajar yang mendengar terbuka pintu hati mereka melalui Firdaus.

    Contoh dan pendekatan yang realistik sangat diminati pelajar. Untuk pelajar MRSM tentu tiada masalah kerana mereka anak-anak terpilih. Mudah-mudahan ia menjadi usaha yang diberkati , Ameen

    BalasPadam
  2. Salam ya akhi,

    Insya Allah moga dipermudahkan segala urusan Firdaus dalam berkongsi ilmu dan pengalaman kepada warga "pemburu impian" untuk menggapai mahkota insan cemerlang di dunia dan akhirat.Kalau boleh sudi-sudikan diri juga untuk berkongsi pengalaman anak-anak di Sekolah Berasrama Penuh(SBP)juga.Insya Allah, Barokallahulakom wa maa'ssalam.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. semoga usaha ikhlas Firdaus berkongsi ilmu dapat diambil manfaatnya oleh anak2 ini.

    Saya nak cadang pd syarikat saya untuk jemput Firdaus pulalah bercerita tentang pencen akhirat; transformasi minda dll.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top