Assalamualaikum,

Dalam entri saya yang terdahulu, "DOAKAN MEREKA" berkaitan suami isteri yang tinggal berjauhan. Ada pembaca yang menulis di ruangan komen:

"Ya tuan..beginilah kisah hidup saya sekarang..saya kerja di Gua Musang,kelantan dan isteri saya mengajar di Kuala lipis,Pahang..jarak antara Gua Musang dan Kuala lipis lebih kurang 140KM...disebabkan x sanggup berjauhan dengan isteri dan anak saya sanggup berulang-alik sejauh 280km sehari dengan menaiki motosikal untuk ke tempat kerja.perjalanan lebih kurang 2jam sehala.hujan panas,lenguh sakit badan tu xpayah cerita lah..janji saya dapat lihat wajah isteri dan anak saya.. "

Allah Allah...

Mencabar sungguh kehidupan ini. Kepada para pembaca, ayuh kita doakan agar Allah memberi kekuatan kepada mereka sekeluarga.

"Ya Allah, bantulah mereka sekeluarga. Permudahkan hidup mereka dan berikan mereka yang terbaik di dunia dan di akhirat"

Mungkin, ada di antara kita yang doanya ikhlas. Allah akan mendengar dan membantu sahabat kita ini.

Dan saya yakin, beliau tidak seorang begini. Ramai lagi yang menghadapi masalah yang sama.

Allah Allah...

Antara nasihat Prof Muhaya dalam ceramah beliau Celik Mata Reset Minda - Pengguna Jalan Raya adalah seperti berikut:

1) Sebelum menaiki kenderaan, niatkan menaiki kenderaan untuk ke tempat kerja semata mata kerana Allah. Insya Allah. Keseluruhan perjalanan kita pergi dan balik akan dikira sebagai ibadah. Dan andai kata terjadi apa apa dalam perjalanan kita, kita sedang mencari rezeki untuk keluarga kita. Ia di kira sebagai ibadah. Berbanding seseorang yang tidak ada apa apa niat. Amat rugi.

2) Baca doa. "Ya Allah, aku pergi kerja ini semata mata kerana Mu ya Allah. Aku mencari rezeki yang halal untukku dan anak isteriku. Bantulah aku. Permudahkanlah aku. Peliharalah keselamatanku pergi dan balik"

3) Sepanjang perjalanan. Sama ada menaiki motor atau kereta. Dengar ceramah agama. Pasanglah CD ceramah di dalam kereta.

Ada sahabat saya yang menaiki motor setiap hari berulang alik sekitar 150km. Beliau mendownload al quran dalam handphone nya. Kemudian, bila naik motor. Beliau akan pasang ayat ayat al quran di dalam handphone dan mendengarnya melalui earphone sambil menunggang motorsikal. Alhamdulillah. Katanya, sentiasa teringat Allah sepanjang perjalanan.

4) Jangan membazir waktu dalam kereta dengan mendengar muzik muzik dan siaran radio yang melaghakan. Misalnya, Hot FM, Sinar FM, Hitz FM dan seangkatannya. Sebaliknya, dengarlah siaran radio yang penul ilmiah seperti IKIM FM.

Hampir keseluruhan inti pati siaran radio Hot FM, Sinar FM, Hitz FM hanya menyiarkan lagu lagu yang melaghakan. Sesuatu yang tidak memberi perkembangan kepada minda ke arah  kebaikan. Misalnya, "Panggilan Hangit". Saya tak nampak satu pun yang boleh meningkatkan minda kita dengan sessi itu.

Sebaliknya, IKIM FM sentiasa memberi pelbagai bentuk program ilmiah yang meningkatkan minda kita. Di dunia dan di akhirat.

Sooo... Kepada para sahabat yang buat 'long distance' hari hari.. Ayuh kita sama sama, jadikan kenderaan kita sebagai 'tikar sejadah'  kita. Jadikan ia tempat kita menimba ilmu dan ladang pahala kita.

Dah la kita tiada masa untuk mendengar ceramah di surau dan masjid..... Takkan kita tak boleh luangkan masa dalam kenderaan kita untuk dengar ceramah.

Semoga peringatan ringkas ini memberi inspirasi kepada kita untuk terus berubah. Berilah peluang kepada diri kita untuk berubah. Insya Allah. Allah akan bersama kita. Di dunia dan di akhirat.

Wassalam

* Kepada para pembaca, kongsikan pengalaman "Apa yang anda buat ketika memandu dan apa yang anda dapat dari apa yang anda dengar?"

* Mungkin, sedikit perkongsian anda membuka hati pembaca lain untuk buat apa yang anda buat... Wah wah... Pencen kubur tu...

* Kongsikan ia.....

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Firdaus,
    Setiap hari saya commute dr kepala batas ke bayan baru (38km), satu perjalanan mengambil masa 1-1 1/2 jam, kalau jumaat petang boleh sampai 2-3 jam, jadi saya mengisi masa 3 jam setiap hari di dalam kereta dengan mendengar kuliah/ceramah. Antara kuliah yang saya rasa amat bagus untuk di kongsi di sini adalah kuliah Dr Abdul Basit :
    1. Kuliah Perisai Muslim(bacaan doa dan zikir dari hadis sahih, hasan).
    2. Pondok warisan IKIM (mengenai solat - kitab Munyatul Musalli).

    Boleh download kuliah ni di http://www.mymaktabaty.com/2008/08/ceramah-mp3-dr-abdul-basit-abdul-rahman_06.html

    Semoga bermanfaat.

    BalasPadam
  2. Waalikumsalam,

    Tahniah. Kerana menjadikan kereta anda 'ladang pahala' anda.

    Terima kasih atas perkongsian.

    Semoga rakan pembaca yang lain dapat mengambil iktibar.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum

    Saya memang sentiasa memilih IKIM ketika memandu. Banyak Ilmu yang saya dapat dari stesen radio ini. Namun kadang-kadang saya perasan ada juga lagu2 yang tak menepati terlepas siar di IKIM.

    Menurut seorang ustaz, berhibur memang boleh. Contohnya lagu, tak salah kalau penyanyinya lelaki, tidak melaghakan dan tidak memuja makhluk. Banyak sekali lagu-lagu yang memuja wanita. Nasyid pun ada.

    Berhati-hati memilih hiburan.

    BalasPadam
  4. Assalam tuan haji,

    Selalunya dalam kereta saya akan berinteraksi dengan anak.. sebab dalam perjalanan ke/dari tempat kerja saya akan hantar anak sekolah..
    Masa nilah nak tanya aktiviti, masalah, dll dia kat sekolah...

    Amelia

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top