Assalamualaikum,

Sejak saya mohon para pembaca add saya sebagai friends anda di facebook. Alhamdulillah. Saya menerima berpuluh puluh Friend Request.

Syukur Alhamdulillah. Ramai yang sudah boleh menghubungi saya secara direct selepas ini.

Dan ramai yang dah mula PM saya di facebook. Untuk manfaat lebih luas, saya jawab sahaja di sini.

PM Pertama

Asalamualaikum wbt,

Didoakan semoga Tuan sekeluarga berada dalam Lindungan Allah. InsyaAllah. Amin.

Tertarik dengan blog Tuan. Saya Abdul kahar. Salah seorg Pengarah dalam Must Read Sdn Bhd. Saya adalah penerbit buku. Ingin mempelawa Tuan jika berminat untuk menghasilkan buku?..mungkin motivasi ..

Jawapan Saya:

Waalaikumsalam.

Terima kasih atas jemputan yang diberikan. Buat masa ini, saya masih belum rasa saya layak menghasilkan buku untuk diterbitkan secara formal.

Insya Allah. Jika diizinkan Allah. Mungkin selepas saya dah bersedia nanti.

Ada juga cita cita nak buat buku suatu hari nanti. Tapi selepas saya bergelar jutawan nanti. Saya cadang nak tulis buku ala ala 'Rahsia Jutawan - Dunia & Akhirat'.

Saya cadang nak cerita macam mana nak berjaya dalam perniagaan. Dan yang penting, saya nak selit unsur unsur keislaman dalam buku itu.

Misalnya, nak cerita keseluruhan pengalaman saya dari mula berniaga hingga berjaya.

Mula dengan solat istikharah. Sentiasa bergantung kepada Allah. Konsep Solat Hajat. Konsep Berdoa. Konsep Bersedekah. Konsep Hubungan Sesama Manusia. Konsep Amanah Dalam Perniagaan. Konsep Berniaga Untuk Mencari Redha Allah. Konsep Semata Mata Kerana Allah. Dan pelbagai konsep lagi. Yang saya rasa wajar diterapkan dalam jiwa seorang peniaga.

Semoga kita semua yang berniaga sentiasa mencari redha Allah.

Semoga kita dapat berjumpa suatu hari nanti En Abdul Kahar.

Kepada para pembaca, doakan saya ya. Doa anda tanpa pengetahuan saya amat mustajab. Doakan saya menjadi jutawan yang bertakwa ya.

PM Kedua:

Saya juga ada 'angan angan' berniaga. Sebab itu baca blog saudara ni, memotivasikan diri saya utk menceburkan diri dlm business, insyaallah suatu hari nanti..moga Allah mudahkan.

Saya juga pengikut blog ustaz hasrizal...boleh kata ustaz mentor saya..hehe. Saya juga pembaca setia blog prof kamil. Saya dah jumpa prof kamil dan saya berkesempatan juga bertandang kerumahnya di Madinah pada 1 syawal tadi. Saya juga berkongsi minat mengagumi karektor dan personality prof muhaya. Saya ceritakan ini kerana rasa teruja bila membaca blog saudara, yg saudara juga mengenali mereka ini.

FYI, sekarang saya berada di Prince Court KL. Wife saya ada appoinment dgn prof muhaya. Berhajat nak buat lasik. Tadi wife saya sempat bersalaman dgn prof muhaya..saya juga rasa teruja. Seronok berjumpa org yg saling mengasihi kerana Allah.

Itu saja dahulu. Sekadar salam perkenalan dari saya...wasalamu..

Jawapan Saya:

Allah Allah. Ustaz Hasrizal kawan saya di UK dahulu. Sama sama berjuang dahulu. Prof Kamil, Prof Muhaya. Semuanya idola saya. Saya cuba menjadi baik seperti mereka. Saya cuba buat apa yang mereka buat. Dalam ruang lingkup yang saya mampu.

Satu persamaan di antara mereka. "Erti Hidup Pada Memberi". Lebihkan memberi. Jangan meminta-minta.

Semoga isteri selamat ber'lasik' dengan Prof Muhaya.

PM Ketiga

Saya terbaca di blog, yang haji nak ke JB ye? Bole tahu bila? Saya tgh dalam cuti panjang lepas operation appendix ni, ingat kalau haji ke JB, dapat ajak tuan haji 'mengeteh' (minum2), sambil bertanya tentang business ayam ni, tu pun kalau haji free laa.

Untuk pengetahuan haji, saya tinggal di Seremban, tapi umah orang tua di JB. So kalau tuan haji rasa ada kelapangan, saya boleh balik JB utk ni. Bukan senang nak dapat peluang jumpa orang berjaya dan 'bakal jutawan' muda ni, insya-Allah :)smile

Apa2 nanti bagitau la ye haji, kalau saya masih cuti, insya-Allah saya boleh ke sana.

Jawapan Saya:

Macam ni la bang. Saya masih lagi terfikir fikir cara saya akan pergi  ke Johor Baharu. Antara dua:

1) Berkereta. Drive all the way from Parit Buntar ke JB. 7-8 jam. Nak bercakap di sana 7 jam. Nak drive balik lagi pulak 7-8 jam. Saya sedang berfikir fikir ni. Saya tak yakin saya mampu drive 7 jam. Berceramah 7 jam. Kemudian drive balik 7 jam. Sedang berfikir fikir nak mencari teman untuk temankan saya all the way dari Parit Buntar - JB - Parit Buntar. Antara 12/10 - 14/10.

2) Kalau malas nak drive. Saya guna driver sahaja ke sana. Naik bas la tu. Naik bas ke JB pada 12/10 pagi dan pulang pada 13/10 malam. Pilihan ini nampak lebih praktikal. Saya boleh berehat dalam bas. Tak perlu stress nak drive. Boleh tidur dan tenangkan fikiran.

* Pihak Maktab minta saya naik bas aja. Mungkin mereka mahu mengurangkan kos saya ke sana.

Setakat ni. Saya belum buat keputusan. Sedang beristikharah. Mohon Allah beri yang terbaik.

Jika saya drive ke sana. Kita boleh jumpa. Kalau saya naik bas. Saya takut tak leh jumpa sebab time constraint. Nak kena rushing kejar bas.

PM Ke Empat

Sy anak peneroka felda...atas dorongan blog tuan sy dah lawat 4 buah reban ayam di sekitar felda termasuklah reban en.habib jgka 11 yg terbakar baru2 nie tp sy pergi masa tu belum terbakar lg ....

sy dah jumpa agro bank untuk buat loan tp jwpan dia kurang memuaskan memandangkan sy masih belum mulakan projek.....sy cuma ada dlm rm60k je...
sini ramai yg buat dgn CP...

mntak pandangan tuan...sekian.

Jawapan Saya:

i) Selamat membaca blog saya. Semoga ia dapat membakar semangat anda yang mahu menceburi bidang ini.

ii) Nanti hubungi saya. Nanti saya bagi no phone di facebook ok.

PM Ke 5

asalamulaikum...sy XXX dari shah alam...harap kita dapat bertukar2 fikiran dan pengalaman di sini.

Jawapan

Insya Allah. Sama sama kita berkongsi pengalaman di sini. Amin..

Wassalam

5 ulasan:

  1. you are my SUPER HERO haji...may Allaah bless You

    BalasPadam
  2. Maaf..PM tu apa ye..

    BalasPadam
  3. PM tu Private Message

    BalasPadam
  4. Asalamualaikum
    Saya baru je follow tuan haji
    Saya minat sangat2 nk blajar ttg ilmu
    Usahawan yg tuan haji jlnkan ini
    Cuma c tahu cm mane nk berhubung je
    Kalu boleh tuan haji sent kan no tel pade emel saye seng
    Nk deal...
    Remrockes@gmail.com

    BalasPadam
  5. Yup! penulisan yang layak dibaca... sepanjang saya baca blog ni, sy yakin tuan punya blog boleh menghasilkan aset dengan buku.:)

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top