Assalamualaikum,

Saya ada menerima satu emel dari pembaca. Berkaitan dengan Pakej Haji Bersama Zahafiz Travel Sdn Bhd.

Emel Pembaca
 

Assalammulaikum Hj Firdaus,

 Saya berhajat mengerjakan haji pada tahun 1434H.


 Bila terbaca notis Hj Firdaus di blog utk pendaftaran & rancangan utk
 dermakan komisen ke Rumah anak yatim. Jadi terpanggil utk mendaftar
 melalui Hj Firdaus.

 1. Semakan saya di web TH, Zahafiz masih lagi senarai Agensi Pelancongan haji
 bagi tahun 1432H.


 2. Saya tinggal di Setia Alam, Shah Alam dan satu-satunya agen  beralamat di Shah Alam adalah Zahafiz.


 3. Saya & 1steri baru saja mendaftar haji pada tahun 2012 dan giliran
 yang kami dapat agak jauh dimasa depan, tahun 2043.


 4. Simpanan kami di TH setakat ini RM15K seorang.

 Amat berbesar hati andai kami dapat masuk dalam mereka yang diberi  peluang kerja haji tahun 1434H, dapat dorong Hj Firdaus beramal dgn komisen. Insya'allah.

 Apa yang kami perlu sediakan (jika menepati pakej agen) utk mendaftar  melalui Hj Firdaus.

Terima kasih.


Jawapan Saya

Waalaikumsalam,

Zahafiz adalah syarikat yang saya gunakan semasa saya menunaikan haji pada tahun 1432H. Pada tahun lepas. Dari segi servis dan perkhidmatan, Alhamdulillah. Saya berpendapat pihak syarikat telah menjalankan tugas dengan begitu baik semasa kami para jemaah menunaikan haji pada tahun lepas.

Zahafiz adalah antara tiga syarikat terbaik yang menguruskan jemaah haji setiap tahun. Jika diikutkan, ini 3 syarikat terbaik yang menguruskan jemaah haji dalam kapasiti yang besar.

1) Andalusia
2) Rayhar
3) Zahafiz

Pada tahun lepas, pihak Zahafiz membaca sekitar 800 jemaah haji yang menggunakan pakej. Pada tahun ini, dijangka mereka membawa jumlah jemaah yang sama.

Kelebihannya, pihak Zahafiz akan merayu daripada Tabung Haji kuota sekitar 1000 orang. Dan setelah menerima bilangan kuota jemaah, semua jemaah yang mendaftar dengan Zahafiz akan dimasukkan dalam kuota yang diterima oleh pihak Zahafiz.

Maka, mereka ini secara automatik akan diterima oleh pihak Tabung Haji untuk menunaikan haji pada tahun itu. Walaupun gilirannya adalah pada tahun 2042 nanti.

Sebab itulah saya agak selesa menunaikan haji dengan syarikat Zahafiz pada tahun lepas.

Agen

Untuk makluman, saya merupakan agen kecil bagi Syarikat Zahafiz di Taiping. Berdasarkan perjanjian dengan Zahafiz Taiping, mereka akan memberikan komisyen kepada saya sebanyak RM400 bagi setiap jemaah haji yang mendaftar melalui saya di Zahafiz Taiping.

Website Zahafiz : http://www.zahafiz.com/

Tak kira walau dimana pun anda tinggal. Anda boleh mendaftar melalui saya.

Caranya, hubungi saya dahulu. Saya akan hubungi Zahafiz Taiping. Saya berikan nombor telefon Zahafiz Taiping, kemudian, anda boleh menghubungi Zahafiz Taiping dan maklumkan mereka anda mahu menunaikan haji bersama Zahafiz.

Anda tidak perlu membuat pembayaran kepada saya. Anda tidak perlu berjumpa saya. Anda tidak perlu serahkan sebarang dokumen kepada saya.

Semua urusan anda akan berhubung dengan mereka secara direct.

Selepas anda pergi menunaikan haji tahun hadapan, barulah pihak Zahafiz akan berikan komisyen kepada saya.

Sumbangan Komisyen

Komisyen yang diterima sebanyak RM400 bagi setiap jemaah itu, akan saya serahkan kepada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Baitul Aini di Ipoh Perak.

Untuk makluman, pihak rumah anak yatim akan selalu datang ke reban ayam saya untuk membuat kutipan derma bagi menampung perbelanjaan rumah anak yatim mereka.

Tengah hari semalam pun mereka ada datang ke reban ayam saya. Mereka akan datang setiap 2 bulan. Sebab mereka tahu saya jual ayam dua bulan sekali.

Tapi, saya tak dapat beri sumbangan yang banyak. Setiap kali, saya sumbangkan sebanyak RM200 sahaja. Ada lagi tempat tempat lain yang juga turut memerlukan bantuan. Maka, saya sumbanglah setakat yang saya mampu.

Jangan Takut

Walau pun anda mendaftar dengan Zahafiz Taiping, anda boleh membuat pembayaran, serahan dokumen, passport, berkursus, mengambil beg di semua cawangan Zahafiz yang lain. Zahafiz ada cawangan di Taiping, Terengganu, Kelantan dan pejabat utama di Shah Alam.

In fact, anda tak perlu ke Taiping pun.

Macam abang saya, beliau juga mendaftar di Zahafiz Taiping. Tetapi semua urusan dan kursus dibuat di Shah Alam.

Setakat ini. Inilah sahaja perkongsian daripada saya.

Jika anda ingin membaca perjalanan haji yang saya lalui bersama Zahafiz pada tahun 2011. Anda boleh klik bahagian Labels. Dan klik Travelog Haji. Ada 99 episod perjalanan haji saya pada tahun lepas.

Moga kita semua sama sama dapat terus berfikir...... "Apa lagi yang aku boleh sumbangkan untuk Islam selepas ini"

Wassalam

5 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum,
    Tuan Hj, sangat berterus terang, mudah difahami, . . . .tergenang air mata membacanya. . . .

    Jazakallah.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Saya & isteri juga telah menggunakan pakej Zahafis untuk haji tahun 2011 yang lepas. Pada saya kelebihannya para pembimbing haji/ustaznya yang sangat bertanggungjawab. Saya rasa mereka ikhlas untuk menbimbing semua jemaahnya untuk mendapat haji mabrur.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Saya telah puas mencari satu rujukan untuk saya guna buat persediaan menjalankan ibadah haji. Blog travelog haji tuan sangat membantu. Ribuan terima kasih saya ucapkan! Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan haji kerana sudi berkongsi pengalaman.

    BalasPadam
  4. As Salam Haji & Hajjah,

    Semoga Haji & Hajjah sekeluarga berada di bwh lindungan Allah SWT sentiasa.

    Alhamdulillah, sy dan ibu berpeluang mengerjakan haji pd thn lps 2012M/1434H. kami pergi dengan pihak muasassah.. Sebelum mengerjakan haji, sy byk membaca travelog yg Haji ceritakan di sini. Byk membantu, Syukur.

    Pengalaman mengerjakan fardhu haji mmg tak dpt sy lupakn. Hanya yg pernah melalui dpt memahami apa yg sy rasakan. Sy bersyukur kerana sy berpeluang mengerjakan haji pd usia yg masih muda. BErdoa semoga dpt mengerjakan haji dgn pasangan hidup pula nanti. In sha Allah, ameen..

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top