Assalamualaikum,

Tahukah anda? Panggilan haji, telah tiba lagi.


Cuba dengar lagu ini. Agak menarik. Rasanya, anda mungkin tak pernah dengar lagu ini. Ia menceritakan perjalanan lengkap perjalanan haji. Tak tahu pula ada nasyid ni. Best... Dengar dengar.

Allah Allah. Rasa nak menangis dengar lagu ini. Terkenang perjalanana haji saya tahun lepas.

Seriously, perjalanan haji saya tahun lepas benar benar mengubah sempadan iman saya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa bersyukurnya saya dapat menunaikan haji tahun lepas.

Ia perjalanan terindah dalam sejarah hidup saya. 45 hari yang benar benar indah. Ia sesuatu yang tidak akan berulang lagi lepas ini. Tanyalah mereka yang sudah menunaikan haji, apa perasaan mereka?

Anda yang belum menunaikan haji, anda tak akan dapat menyelami perasaan menunaikan haji ini. Hanya Allah yang tahu. Pergilah. Kemudian anda akan berkata, betulllah apa yang Firdaus katakan ini.

Abang Menunaikan Haji

Insya Allah. Kedua dua abang saya akan menunaikan haji pada tahun ini. Abang saya yang sulung, insya Allah akan menunaikan haji dengan Syarikat Ash Har bersama isterinya.

Abang saya yang kedua akan menunaikan haji dengan Syarikat Zahafiz. Juga bersama isterinya. Zahafiz, syarikat yang sama saya pergi tahun lepas.

Mudah mudahan Allah menerima amal ibadah mereka sepanjang berada di sana. Dan semoga dipermmudahkan segala urusan mereka di sana nanti.

Kepada para pembaca, mohon doakan kesejahteraan mereka ok.

Haji 1434H

Jika ada di antara anda atau ahli keluarga yang bercadang hendak menunaikan haji pada tahun hadapan. Anda boleh memaklumkan kepada saya. Sekarang ini, saya pun dah jadi agen kecil Zahafiz.

Jika anda mendaftar melalui saya, saya akan mendapat RM400 bagi setiap orang yang pergi.

Kemudian, saya akan gunakan duit RM400 ini untuk diberikan kepada sebuah Rumah Anak Yatim An Nur / At Taqwa di Ipoh.

Anda tidak perlu membayar duit kepada saya. Apa yang anda perlu lakukan, maklumkan saya melalui emel di mfms1981@yahoo.co.uk

Kemudian, saya berikan nombor telefon Zahafiz Taiping. Dan anda hanya perlu menelefon mereka, dan buat pendaftaran dengan mereka. Katakan kepada mereka, anda sahabat saya. Kemudian, anda perlu pos segala detail yang mereka perlukan.

Insya Allah, pihak Zahafiz akan buat rayuan untuk anda daripada Tabung Haji. Berdasarkan rekod terdahulu, hampir 80% - 90% yang mendaftar dengan Zahafiz dapat menunaikan Haji.

Dan bagi saya, servis mereka di Tanah Suci juga amat baik.

Apabila anda pergi menunaikan haji, saya akan memperoleh RM400. Dan duit itu bukan untuk saya. Tapi duit itu untuk Rumah Anak Yatim yang saya maksudkan tadi.

* Pendaftaran Haji 1434H iaitu pada tahun hadapan sudah boleh dibuat mulai sekarang. Siapa tempah awal, tempatnya lebih terjamin.

Wassalam

1 comments:

  1. As Salam Haji & Hajjah,

    Saya berpeluang mengerjakan Haji pada tahun lps (2012M/1433H). Satu pengalaman yang yg sy kira cukup indah dan tidak dpt digambarkan dgn kata-kata. Hanya yang pernah melaluiya dpt memahami perasaan sepanjang berada di sana. Sy pergi dgn muasassah. Terima kasih pd ayah sy yg dg mendaftar nama kami anak beranak sejak 8 tahun yg lps. Sy bersyukur dpt mengerjakan haji dlm usia yg muda dan masih bujang. Sy berdoa semoga sy berpeluang membuat haji lagi dgn pasangan pulak nanti. Apa-apa2 pun, sebelum sy pergi haji sy byk menimba ilmu dari blog haji ini. Alhamdulillah byk ilmu yg sy dpt selain dari mengikuti kursus2 yg disediakan oleh TH. Semoga segala ilmu yang dikongsi oleh Haji & Hajjah
    di blog ini digunapakai sebaik3nya dan semoga Haji & Hajjah serta keluarga sentiasa di bwh lindungan Allah swt, in sha allah, ameen..

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top