Assalamualaikum,

Saya sebenarnya teringin nak tonton filem Ombak Rindu.

Saya pernah baca Novel Ombak Rindu. Saya sebenarnya tak pernah layan pun buku buku novel cintan ni. Tapi, masa saya kerja dulu, seorang kawan perempuan saya 'paksa' saya baca novel ini.

Buat pertama kali saya rasakan, macam best la pulak novel ni. Tapi itu cerita 10 tahun lepas.

Tetiba, hujung tahun lepas keluar filem Ombak Rindu. Masa keluar filem ini, saya tak tahu pun yang ia berkaitan dengan buku yang pernah saya baca. Sebab saya sendiri dah tak ingat tajuk buku yang saya baca.

Entah macam mana, saya ada terbaca sinopsis cerita Ombak Rindu di surat khabar. Dan terus saya teringat novel yang saya baca dulu.

Hati saya rasa teringin nak tengok filem Ombak Rindu ni. Nak tengok macam mana mereka memfilemkan penceritaan daripada sebuah novel.

Tapi, dah dua kali saya buka internet dan klik nak tengok filem Ombak Rindu. Dan dua kali ini juga, saya 'berperang' dengan nafsu saya untuk tidak menonton filem Ombak Rindu ini.

Alasan

Alasannya mudah. Pertama, saya tahu ia sesuatu yang lagha. Dan dalam filem itu, kebanyakan pelakon wanita tidak menutup aurat. Jadi, kalau saya tonton mesti ia sudah menjadi 'haram' kepada saya.

Saya bersyukur. Syukur dengan 'perasaan' yang Allah kurniakan kepada saya ini.

Alhamdulillah. Inilah 'tarbiah' yang saya peroleh selepas pulang menunaikan haji tahun lepas.

Di sana, saya berdoa.

"Ya Allah, hilangkan perasaan di hatiku untuk melakukan perkara perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak memberi manfaat kepadaku"

Doa ini sebenarnya mudah. Tapi, kesannya amat besar dalam kehidupan saya selepas pulang dari menunaikan haji.

Percayakah anda. Hampir setahun, selepas saya pulang dari menunaikan haji hingga kini. Saya tidak pernah menonton sebarang drama, filem di TV. Bahkan, saya tak pernah menonton berita di TV1 dan TV3 secara penuh. Kalau saya tengok pun, mungkin sebab ia terbuka. Ia bukan satu pilihan untuk saya tengok.

Saya berpendapat, rancangan yang disiarkan di TV1 dan TV3 kebanyakannya tidak 'syariah compliance'.

Maka, saya dan Maria lebih gemar memilih untuk menonton TV Al Hijrah. Ia lebih Syariah Compliance. Di TV ini, semuanya bertudung. Dan pilihan rancangannya lebih bermanfaat dan menjuruskan ke arah akhirat.

Berbanding rancangan di TV1 dan TV3 yang lebih menjurus ke arah mencari publisiti.

Lihat saja rancangan berbentuk hiburan. Bersepah sepah. Saya rasa ia amat berbahaya.

Apabila kita melihat rancangan berbentuk hiburan setiap hari, setiap minggu. Ia akan menjadi 'blue print' di otak kita. Ia tidak dilihat sebagai satu kesalahan. Walaupun hakikatnya ia amat melaghakan.

Berapa ramai di antara kita yang tak rasa bersalah menonton Akademi Fantasia? Berapa ramai tak rasa bersalah menonton Mentor? One In A Million? Melodi? Kilauan Emas? Bintang RTM?

Hinggakan hari itu rancangan Kilaun Emas ada di TV Astro. Dan pada malam yang sama adalah sambutan Maulidur Rasul. Pihak penerbit langsung tidak prihatin dengan sensitiviti agama dalam rancangan mereka.

Dan Alhamdulillah. Allah mendengar doa saya.

Saya tidak lagi bernafsu nak menonton tv, drama, filem di televisyen.

Dan Maria pun sama. Dia tak lagi bernafsu nak tengok drama drama di televisyen yang melaghakan. Bila saya tanya, kenapa tak tonton. Jawapannya, Buang Masa.

Alhamdulillah.

Saya mohon maaf kalau apa yang saya ceritakan dalam entri kali ni macam 'budget bagus'. Saya tidak berniat begitu. Saya cuma ingin berkongsi perasaan gembira saya kerana Allah 'hilangkan perasaan' saya untuk menonton rancangan televisyen yang tidak berfaedah.

Ia sekadar berkongsi apa yang saya rasa dengan anda. Dan mahu anda berfikir. Adakah rancangan televisyen yang kita tonton di rumah 'syariah compliance'? Jika tidak, fikir fikirkanlah.

Cuma, yang memeningkan kepala saya sekarang ini. Macam mana saya nak kurangkan Farees menonton kartun. Sebab hari hari dia akan menonton kartun, kartun dan kartun. Masya Allah. Sesiapa ada pengalaman, minta kongsi dengan saya.

Wassalam

4 ulasan:

  1. Salam brother Firdaus,

    Saya juga mempunyai anak lelaki (4 thn) yg gemarkn kartun.

    Kaedah saya dan suami:

    1. Hanya boleh tengok kartun di saluran Disney Junior shj (astro ceria---kartoon nya bad effect).

    2. Kami sediakan sebuah bilik yg dihias ala-ala tadika moden @ fun nursery. Anggap jihad pengorbanan wang ringgit demi pembangunan sahsiah anak.

    3. Setiap hari luangkn masa buat aktiviti bersama anak di bilik tersebut. Colourings, susun blocks, iqra, play dough, reading etc. Pastikn semua aktiviti berlaku di bilik ni. Sebab klu depan tv tidak ber kesan.

    Alhamdulillah setakat hari ini berhasil.

    BalasPadam
  2. Thanks. Really like ur suggestions.

    Will consider. Skrg pun farees tonton disney world only. Yg lain x leh.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Kami pun dah setahun lebih kansel Astro. Di kawasan rumah kami, reception TV agak teruk jikalau tiada Astro, makanya dah setahun lebih lah juga menonton tv hanya ketika di mamak atau rumah saudara-mara sahaja. Rasa lebih teratur hidup tanpa tv.

    BalasPadam
  4. Salam Firdaus,
    Cuba download kartun2 bermesej baik dari Youtube sebagai alternatif. cth: Upin Ipin & Satu Masa Dahulu. Untuk elakkan anak terus tengok kartun2 mengarut di tv channel tu, guna lah setting block channel. InsyaAllah.. mudah2an Allah permudahkan.
    Tini

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top