Assalamualaikum,

Seorang pembaca blog ini telah PM saya di Facebook:

"Salam sheikh...sy xxxxx dari k trg...yg selalu duk kacau sheikh..hik hik hik...tq for accept me dlm fesbuk...skrg tgh lagi duk tambah ilmu pasal ayam..keputusan belum dibuat samada nak proceed atau tak...isthikarah dulu..tq sheikh..."

Ingin saya kongsi pengalaman saya.

Sebelum saya memulakan perniagaan saya. Sebelum menceburi ternakan ayam daging. Saya bekerja sebagai seorang engineer.

Tahukah anda?

Saya menunaikan Solat Istikharah memohon petunjuk daripada Allah selama SETAHUN. Saya berdoa kepada dan menunaikan Solat Istikharah hampir setiap hari.

"Ya Allah, jika Kau takdirkan aku ternak ayam yang terbaik untukku, untuk kehidupanku pada masa kini dan masa akan datang, hidupku di dunia dan diakhirat. Permudahkan urusanku. Jika kau takdirkan ternakan ayam bukan yang terbaik untukku. Aku mohon kepada Mu, Kau gantikanlah ia dengan sesuatu yang lebih baik dari itu. Aku mohon kepada Mu. Berilah petunjuk Mu kepadaku"

Alhamdulillah.

Allah perkenankan doa saya. Allah menggerakkan hati saya untuk memulakan kerjaya baru ini.

Saya berhenti kerja pada gaji RM3000. Dan bos saya menawarkan gaji RM4000 kepada saya untuk tidak berhenti. Usia saya 24 tahun pada waktu itu.

Disebabkan saya dah solat Istikharah selama setahun. Maka, saya tidak was was lagi untuk berhenti kerja. Dihati saya terdetik...

"Allah dah tentukan hidup aku untuk buat business. Semoga Allah permudahkan"

Alhamdulillah. Saya tidak pernah sesekali menyesal memilih jalan ini.

Ia jauh lebih baik daripada kerjaya saya sebagai engineer. Saya dapat memberi lebih nilai dalam kehidupan orang lain selepas saya berniaga.

Allah Allah.. Nikmat mana lagi yang hendak saya kufurkan... Semoga Allah terus membantu saya dalam perniagaan ini. Semoga saya dapat menambah nilai hidup orang lain.

Kepada sahabat saya yang sedang beristikharah. Teruskanlah. Mohon petunjuk daripada Allah. Semoga Allah memberi petunjuk kepada anda.

Wassalam

1 ulasan:

  1. Salam tuan...
    Sangat setuju dengan apa yg tuan bagitahu tu.

    Dengan siapa lagi kita nak mengadu, nak menangis, nak dpt kasihan belas kalau bukan dengan Allah.

    InsyaAllah, berkat doa tuan dan sahabat sahabat,kita semua dipermudahkan segala urusan.

    Tq tuan dan wassalam.


    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top