Assalamualaikum,

Dalam entri yang lepas, ada pembaca blog saya yang menghantar komen. Dan diletakkan link di blog saya. Saya pun buka dan baca blog itu.

Allah Allah.... Bila saya baca, satu entri ke satu entri, saya terasa 'keikhlasan' penulis semasa beliau menulis. Ayat ayat yang beliau tulis amat menyentuh hati.

Rasanya, saya perlu lebih banyak belajar cara cara menulis. Supaya cara penulisan lebih baik...

Melihat penulisan Prof Kamil, Kak Roza. Allah Allah... Saya memang tak pandai menulis. Tapi, bila saya menulis. Walaupun tak berapa sedap di baca, kalau ia mampu mengetuk hati seorang dua pembaca. Ia sudah cukup bermakna buat saya.

Sekurang kurangnya, saya ada usaha untuk mengajak orang lain untuk berbuat baik. Sama ada orang itu buat atau tidak, itu hak Allah untuk memilihnya.

Buat anda yang berkelapangan, saya mohon anda buka blog di bawah ini. Dan baca sendiri. Insya Allah. Hati anda akan tersentuh.

http://misabammas.wordpress.com/

Kepada akak yang menulis, tahniah diucapkan. Teruskan menulis. Semoga Allah merahmati usaha kita yang sedikit ini.

Wassalam

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Mudah-mudahan usaha inilah sebahagian pencen kita nanti. Saya tiada ilmu, lalu saya kongsikan rasa hati.

    Saya juga mendapat inspirasi dari Firdaus, semoga bertambah ilmu dengan sedikit perkongsian.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top