Assalamualaikum,

Siang tadi, saya mengikuti Seminar Fesbuk Power 2012. Anjuran Richwork Sdn Bhd. Ia percuma.

Sekitar 1000 orang menghadiri seminar ini di Sunway Convention Centre, Penang yang diadakan pada jam 8.30 pagi -12.30 tengah hari.

Alhamdulillah. Banyak yang saya belajar.

Terutama sekali, mendengar pengalaman mereka yang sudah berjaya melalui perniagaan yang mereka jalankan menggunakan facebook sahaja.

Jadi, kepada anda yang berniaga. Ataupun bercadang hendak memulakan perniagaan.

Saya mohon kepada anda, hadirkan diri anda ke Seminar Fesbuk Power yang akan diadakan secara percuma ditempat tempat berikut:

1) 22/9/12 - Hang Tuah Hotel, Melak
2) 23/9/12 - De Palma Hotel, Shah Alam
3) 30/9/12 - Wisma MCA, KL.

Anda boleh mendaftar di www.fesbukpower.com

Hadirlah ke seminar ini. Mungkin, ia akan merubah hidup anda. Dan anda boleh menjadi jutawan dalam tahun hadapan. Siapa tahu....


Tiada komisyen untuk saya untuk promote seminar ini. Saya hanya ingin berkongsi dengan anda. Dan ingin mengatakan yang seminar ini memang best.

Untuk anda yang belum tahun, seminar ini hanya menceritakan surface sahaja pasal perniagaan facebook. Jika kita mahu mengetahui dengan lebih detail, kita perlu menghadiri Seminar Advance Fesbuk Power. Yang ini kita perlu bayar. RM997 untuk 3 hari kursus di KL.

So, keputusan di tangan anda.

Semoga, kita sama sama dapat merubah hidup kita ke arah yang lebih baik. Semoga dengan kekayaan yang bakal kita peroleh, kita dapat mengeluarkan zakat dengan banyak dan dapat membantu hidup orang lain.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top