Assalamualaikum,
 
Saya ada menerima satu emel daripada pembaca:
 
Sebahagian Dari Emel Yang Ditulis:
 
Minta Tuan Haji tolong doakan saya di dalam doa Tuan Hajii, saya dan anak berjauhan dengan suami, saya berhajat berpindah dan tinggal bersama2 suami. TQVM

Tanpa pengetahuan Tuan Haji, saya juga telah mendoakan Tuan Haji untuk menjadi jutawan mukmin yang berjaya. Kata DR Maza, bila kita doakan org lain, bermakna kita juga doakan untuk diri kita sendiri. Saya dan suami mau jdi kaya dan berjaya mcm Tuan Haji. Saya yakin dan percaya kepada DOA
 
Jawapan Saya
 
Terima kasih kepada akak yang menghantar emel kepada saya. Jutaan terima kasih kepada akak yang sudi mendoakan saya.
 
Cuma saya ingin memperbetulkan sedikit konsep mengenai doa untuk kita semua lebih faham.
 
Doa yang lebih makbul untuk saudara kita yang lain adalah doa yang tidak diketahui oleh orang itu yang kita sedang mendoakannya.
 
Dalam erti kata yang lain. Apabila kita berdoa untuk sahabat kita. Kita tidak perlu memberitahunya yang kita mendoakannya. Bukan salah kita beritahu. Tapi, kurang afdhal.
 
Sekiranya kita tidak memberi tahu kepadanya yang kita mendoakannya. Doa itu lebih makbul.
 
Saya sengaja mengutarakan isu ini agar kita semua faham dengan lebih jelas konsep doa. Tak perlulah kita memberitahu orang itu yang kita sedang mendoakannya.
 
Saya mohon maaf jika entri saya ini 'agak keras'. Tiada niat untuk mengenakan sesiapa. Detail pengirim juga tidak saya nyatakan di sini.
 
Ia sekadar peringatan umum untuk kita semua.
 
Wassalam
 
 
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top