Assalamualaikum,

Setelah dibuat penilaian, ditimbang antara satu sama lain. Pertimbangan antara keperluan mendedahkan aurat kepada orang lain, doktor muslimah, staff muslimah, kelengkapan yang ada dan sebagainya.

Saya dan Maria membuat keputusan, jika diizinkan Allah. Maria akan bersalin di DBM Hospital, di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Ini kerana, di sini doktor yang akan menyambut kelahiran baby ada dua orang doktor muslimah. Dan nurse yang bertugas juga semuanya muslimah. Dan saya dimaklumkan, ibu bersalin akan diberi kemudahan untuk bersolat sehingga sampai waktu bersalin.

Dan diajar ketika hendak bersalin untuk perbanyakkan berselawat. Perbanyakkan zikir. Dan dalam masa yang sama, akan dipasang audio zikir dan selawat semasa pesakit melahirkan anak.

Kemudahan di sini juga agak lengkap. Mereka boleh melakukan pembedahan jika keadaan memerlukan. Cumanya, pembedahan akan dilakukan oleh Doktor lelaki bukan muslim. Ini jika keadaan 'terdesak' dan memerlukan akibat tidak boleh lahir secara normal.

Saya sudah tiada pilihan lain yang lebih baik. Di hospital lain, walaupun kelengkapannya mungkin lebih baik. Tapi, jika difikirkan bab keperluan mendedahkan aurat kepada orang lain.

Rasanya, Dewan Bersalin Muslimah adalah pilihan TERBAIK yang saya ada.

Walaupun Hospital KPJ Perda, Hospital Columbia Asia mungkin mempunyai kemudahan yang lebih baik dan lebih selesa.

Saya rasa, kami perlu meletakkan keutamaan dalam mencari redha Allah dalam membuat keputusan. Ia mudah. Tidak perlu bersusah payah. Selebihnya, serahkan kepada Allah. Tugas kita hanya untuk mencari yang terbaik mengikut lunas lunas yang ditetapkan oleh Islam.

Moga Allah bersama kami dalam proses kelahiran bayi nanti.

Pagi Tadi

Kami pergi buat check up di Dewan Bersalin Muslimah, Permatang Pauh. Alhmdulillah, bayi sekarang dah 35 minggu 4 hari. Berdasarkan maklumat doktor tadi, insya Allah. Tiada masalah walaupun jika ditakdirkan baby bersalin sekarang.

Cuma, lebih baik kalau boleh tungguh seminggu dua lagi. Baby akan betul betul matang.

Syukur Alhamdulillah.
Dewan Bersalin Muslimah di Permatang Pauh. Insya Allah, baby Muhammad F_____ Bin Mohd Firdaus akan dilahirkan di sini.
 
Moga pilihan kami ini tepat. Moga Allah sentiasa bersama kami. Doakan kami ya.

Sumbangan Bil Letrik & Air Masjid

Petang tadi, sahabat saya menunjukkan satu resit kepada saya.

"Firdaus, nah tengok. Jangan terkejut.." kata sahabat saya sambil menghulurkan resit Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat kepada saya.

Nama Penderma: Cheng Sin Enterprise. Jumlah  RM500. Tujuan : Wakaf Bil Letrik Dan Air Masjid. Subhanallah. Orang bukan Islam pun hari ini ingin mengambil peluang untuk mencari 'barakah' menderma.
 
"Ni baru satu, ada 3 resit kat saya semuanya. RM500 lagi untuk Masjid Hijau Kg Kedah, RM500 lagi untuk Surau Simpang 4, Kg Kedah," kata sahabat saya kepada saya.
 
"Masya Allah. Banyaknya. Sampai RM1500 dia sumbang," saya mencelah.
 
"Ni untuk bulan Ogos, dia kata kalau berniaga untung lagi, bulan September nanti dia bagi lagi," sahabat saya menambah.
 
Allah Allah. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.
 
Kepada para sahabat, ayuh. Kita sama sama ambil iktibar. Jadikan apa yang saya lalui untuk memberi keazaman kepada kita untuk terus menyumbang untuk agama kita.
 
Moga Allah merahmati kita semua.
 
Wassalam

3 comments:

  1. k.ros
    insya allah selamat

    ReplyDelete
  2. Salam brother Firdaus,

    Saya cuma mahu berkongsi pengalaman bersalin di DBM Permatang Pauh.

    Di situ mereka menggalakkan kaedah bersalin secara semulajadi, means tiada ubat penahan sakit diberikan.

    Di situ tiada gas enthonox (epidural saya tidak pasti). Saya hanya menyedari hal ini semasa dalam dewan bersalin. Oleh kerana tidak tahan sakit, saya meminta gas enthonox namun dimaklumkn tiada.

    Saya meminta pula suntikan PET. Itupun mereka beri setelah puas saya pinta dan doktor beri keizinan. Itu pengalaman saya tahun lepas.

    Saya tidak berniat apa2, cuma saya pinta Maria perlu tahu 'semua kemudahan' yg ada selaku dia yg akan bersalin.

    Lain-lain di DBM saya amat berpuas hati.

    Semoga Allah permudahkan.

    ReplyDelete
  3. Salam Hj. Firdaus/Maria,

    Saya juga merupakan pelanggan tetap DBM yg sudah 3 kali bersalin disana. Sangat berpuashati dengan perkhidmatan mereka kerana expectation saya tidak terlalu tinggi jika nak dibandingkan dgn hosp yg lain.

    Yang lebih utama adalah mencari memelihara syariat/aurat. mereka juga tidak membenarkan kaum lelaki samaada suami/bapa menemani pesakit selepas jam 11mlm di wad mungkin utk memelihara syariat dengan nurse disana kecuali semasa hendak bersalin.

    Walaupun mereka bukan doktor "pakar" dalam istilah perubatan, tetapi bagi saya mereka pakar dalam kelahiran bayi kerana telah bertahun2 berpengalaman menyelesaikan banyak masalah kelahiran.

    Satu pemilihan yang tepat kerana rata2 golongan profesional lebih pentingkan status "nak bersalin dgn doktor pakar" walaupun terpaksa melanggar batas syariat.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top