Assalamualaikum,

Jutaan terima kasih kepada semua pembaca yang mendoakan kesejahteraan saya sekeluarga. 

Buat masa ini,  Maria sihat sejahtera. Cumanya, 'contraction' yang berlaku ada kalanya 10 minit sekali. Agak kerap. Tapi, hanya sekejap.

Semakin  hari, saya semakin 'cemas'. Setiap pagi terfikir, adakah baby akan keluar hari ini? Namun, saya yakin Allah mempunyai perancangannya yang tersendiri. Jauh lebih baik daripada perancangan semua manusia.

Tugas saya dan Maria sekarang adalah berdoa yang terbaik. Dan bersabar. Perbanyakkan selawat. Insya Allah, apabila tiba masanya. Allah tidak akan melewatkan atau mempercepatkan walau sesaat pun. Saya yakin dengan 'pertolongan' Allah. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.

Maria sekarang sedang bercuti. Doktor memberi MC untuk dia berehat. Rasanya, dah beberapa hari Maria 'terpenjara' di dalam bilik. Dah beberapa hari dia tak turun ke bawah rumah. Terpaksa 'berehat' di dalam bilik. 

Alhamdulillah, masa sebegini saya lihat Maria banyak membaca buku buku agama. Membaca Al Quran. Selebihnya, melayan karenah Farees yang 'boring' terpaksa main sorang sorang.

Saya pula tak boleh pergi jauh dari Parit Buntar. Takut takut berlaku sebarang emergency.

Dan sekarang, saya perlu mencari Hospital lain sebagai back up untuk tempat Maria bersalin nanti.

Sekarang, saya sudah mendaftar untuk bersalin dengan Dr Fawziah di KPJ Hospital, Perda. Namun, Dr Fawziah pula bercuti sekarang ini. Back up Dr Fawziah pula adalah Dr Ramesh. Seorang lelaki. Hmmm... Saya rasa, saya perlu elakkan. Takkanlah saya nak biarkan orang lelaki melihat aurat isteri saya pula.

(Sekadar perkongsian dengan para suami, berusahalah untuk mencari doktor wanita bila isteri anda hendak bersalin. Takkanlah kita nak biarkan Doktor lelaki melihat sesuatu 'permata' isteri kita. Melainkan jika ia dalam keadaan darurat dan terpaksa)

Biarlah saya cari Doktor lain. Walaupun kemudahan di KPJ itu amat 'superb'. Moga Allah permudahkan pencarian saya ini.

Setakat ini, saya cadang nak survey Klinik Muslimah di Permatang Pauh. Doktornya pasti perempuan. Tetapi, kemudahannya pula yang sedikit kurang. 

Di Penang, ada juga doktor perempuan Cina di hospital sana. Tapi, saya tak mahu ambil risiko ke Penang. Takut masa nak bersalin nanti trafik jam atas jambatan Pulau Pinang. Tak pasal pasal bersalin dalam kereta pulak nanti. Nauzubillah.

Back lain, Hospital Columbia di Taiping. Doktornya perempuan India. Boleh tahan sikit. Dan kemudahan di hospital itu pun agak baik. 

Worst case scenario, Hospital Parit Buntar. Tempat saya dilahirkan. Hmmm.. dah confirm percuma. Tapi, Maria pula tak mahu bersalin di sini. Tak per, ini hanya worst case scenario. Saya kena list up all possibality.

Apa pun, saya berdoa agar Allah menggerakkan hati saya untuk memilih yang terbaik. Semoga Allah permudahkan kami dalam urusan ini.

Emel Pembaca

Saya ada menerima satu emel daripada pembaca yang menyebabkan saya rasa terharu. Sebenarnya, saya tak kenal pun pembaca ini dan tak pernah bersua muka pun. Tapi, emel yang di hantar ini seolah olah nasihat daripada seorang kakak buat seorang adik yang dah lama kenal.

Dan, saya lebih terharu, Kak Ana dapat menghantar emel berkongsi nasihat panjang lebar dengan saya dalam keadaan beliau sendiri sibuk dengan urusan keluarga.

 Allah Allah. 

Terima kasih kak atas nasihat yang diberikan. Sedikit sebanyak, ia membantu dalam menenangkan kami di sini. Semoga Allah permudahkan kami dan merahmati Kak Ana sekeluarga.

As salam Firdaus,

Kak Ana baru baca pasal masalah kandungan Maria. Seminggu dua ni Kak Ana lambat sikit baca blog Firdaus sebab ayah mertua berada di Hospital . Kak Ana ,suami & adiknya bergilir/bersama-sama menjaga beliau. Malah kali ni kami beraya di hospital.

Kak Ana cuma mahu berkongsi pengalaman . Di harap Maria pun dapat membaca perkongsian Kak Ana ini. Tiga kelahiran anak Kak Ana adalah secara pembedahan sewaktu kandungan berusia 35 minggu . Mungkin pekerjaan Kak Ana yg penuh dengan stress adalah salah satu penyebab baby dalam kandungan juga stress dan terpaksa dikeluarkan awal.

Malah anak yg bongsu ( dilahirkan 5 tahun lalu) , Kak Ana mengalami contraction sejak kandungan berusia 7 bulan lagi. Memang kita sebagai ibu sangat susah hati. Semasa kandungan 32 minggu , satu hari tu saya mengalami contraction setiap 20 minit ( sepanjang 12 jam di hari tersebut ). 

Bersabar & bertenang lahsebab ketenangan kita akan tenangkan baby tersebut. Saya percaya Maria & Firdaus tentu telah banyak berdoa dalam masa tersebut. InsyaAllah, segalanya akan OK.

Alhamdulillah , dengan izin Allah , semua 3 baby kak Ana yg di lahirkan awal ini ( semasa usia 35 minggu ) tidak perlu masuk incubatur dan sama macam baby yg lain cuma saiz kecil sedikit. Kini baby tersebut telah berusia 15 thn, 9 thn & 5 thn . Sorang lagi anak saya 13 tahun lahir normal tapi penuh dgn kesukaran (4.2 kg). Ini adalah ujian bagi kita seorang ibu.

Kesimpulannya…. banyakkan bertenang & terus berdoa pada Allah semoga di permudahkan segalanya. Kak Ana juga turut doakan Maria selamat dan di permudahkan untuk melahirkan baby ini.
Selamat Hari Raya & maaf zahir batin.

Wassalam.

Allah Allah. Terima kasih sekali lagi buat Kak Ana. Nasihat Kak Ana untuk Bersabar & Bertenanglahh. Sebab Ketenangan kita akan tenangkan baby tersebut. Sedikit sebanyak memberi motivasi kepada Maria untuk kekal tenang.

Wassalam. 

5 comments:

  1. Alhamdulillah. Perancangan Allah sememangnya yang terbaik.

    Saya amat bersetuju dengan nasihat Kak Ana. Ketenangan ibu sesungguhnya menenangkan si bayi. Dan yakinlah Allah telah menciptakan si ibu dengan segala yang cukup untuk membolehkan bayi lahir dengan sihat dan tenteram.

    Saya ada juga terdengar cerita rakan-rakan yang mengalami Braxton Hicks contraction ini, dan mereka menganggapnya sebagai latihan untuk proses kelahiran kelak. Allahu alim.

    Saya kenal seseorang yang melahirkan dengan menggunakan teknik relaks 'hypnobirthing' untuk menenangkan fikiran, mengukuhkan keyakinan terhadap kebolehan kendiri untuk melahirkan serta menahan rasa sakit. Kelahiran bayinya adalah tanpa ubat penahan sakit.

    Ada pengamal hypnobirthing di Malaysia, seorang Muslimah di sini:
    http://www.mygentlebeginnings.com/
    Dan seorang lagi, wanita bukan Islam, di sini:
    http://hypnobirthing.com.my/

    Kalau berminat bolehlah melayari laman web tersebut, boleh ikuti kursus. Ataupun, boleh sahaja melakukan pembacaan dan latih sendiri teknik untuk kegunaan ketika bersalin nanti. Wanita-wanita di atas, dengar khabarnya boleh dihubungi sekiranya mempunyai kemusykilan.

    Walau apa sekalipun, sebenarnya Allah sahajalah yang berkuasa di atas setiap sesuatu. Insha Allah tuan sekeluarga di dalam lindungan Allah selalu.

    ReplyDelete
  2. Moga Maria dan baby selamat! Bapa baby pun kena jaga kesihatan untuk menjaga ibu dan future baby nanti. Pasti teruja. Apa-apa pun, benarlah kepada Allah kita serahkan segala urusan kita. Segala puji bagi Allah.

    ReplyDelete
  3. dedah aurat pada non muslim juga haram xkira lah sesama perempuan sekalipun....

    ReplyDelete
  4. Ranking untuk menyambut kelahiran:
    1. Doktor perempuan muslim
    2. Doktor lelaki muslim
    3. Doktor perempuan non muslim
    4. Doktor lelaki non muslim

    ReplyDelete
  5. Salam Dinihari,

    Saya dah buat semakan dengan ustaz dan juga rujukan di internet.

    Ranking untuk menyambut kelahiran baby :

    1) Doktor perempuan muslim
    2) Doktor perempuan non muslim
    3) Doktor lelaki muslim
    4) Doktor lelaki non muslim

    Wassalam

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top