Assalamualaikum,

1) Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pembaca blog saya.

2) Jutaan kemaafan saya mohon kepada anda semua jika ada tersalah tulis dalam blog ini sama ada ia sengaja atau tidak disengajakan. Jika ada yang terkecil hati dengan cara penulisan saya, saya mohon maaf. Saya masih belajar cara menulis dengan betul.

3) Saya beraya di Parit Buntar tahun ini. Untuk tahun ke 3 berturut turut. Sesiapa yang beraya di sini, bolehlah datang ke rumah saya. Ia terbuka menanti kedatangan anda. Sila hubungi saya dahulu sebelum datang.

4) Hari ini, ada seorang pembaca blog yang datang ke rumah saya. Esok ada lagi seorang pembaca blog yang akan datang. Alhamdulillah. Saya mengalu alukan kedatangan anda.

5) Saya akan beraya di rumah mertua saya di KL, Keramat pada hari raya ke 5. Insya Allah, Khamis malam saya akan tiba di KL sehingga hari Ahad/Isnin. Semoga Allah permudahkan perjalanan saya.

6) Terima kasih kepada semua pembaca yang banyak memberi sokongan kepada saya untuk terus menulis. Sokongan anda banyak memberi motivasi kepada saya untuk terus 'memberi'.

7) Sekali lagi, saya memohon maaf kepada anda semua. Saya amat takut kalau ada orang tak mahu maafkan saya. Tolonglah saya, 'maafkan segala kesalahan saya' terhadap anda.

8) Dan saya maafkan semua kesalahan orang lain terhadap saya. Saya tak mahu ada orang 'berhutang' dengan saya yang terbawa bawa ke akhirat. Ia pasti 'melambatkan' perjalanan saya menuju ke syurga. Semoga ia tidak mengganggu perjalanan saya di padang masyar nanti. Amin

9) Nasihat saya yang penting untuk raya ini kepada kita semua:

i) Maafkan segala dosa orang lain terhadap kita. Jadilah seorang yang pemaaf. Ia akan menghilangkan semua rasa dendam dalam diri kita terhadap orang lain. Dan ia akan memberi ketenangan kepada kita.

ii) Perbanyakkan menziarahi saudara mara dan sahabat handal kita. Ia amalan yang disuruh oleh Rasulullah.

iii) JAGALAH AURAT KITA DAN AURAT ANAK-ANAK KITA KETIKA BERADA DI RUMAH. Ingat, ipar duai BUKAN muhrim kita. Maka aurat perlu di jaga. Dan kita tak boleh bersalam dengan mereka. HARAM HUKUMNYA. Aurat juga perlu dijaga antara sepupu. Ia sesuatu yang sering dianggap remeh oleh kebanyakan masyarakat Malaysia. Semoga kita tidak begitu.

10) Akhir sekali, selamat menyambut hari raya. Semoga Allah menerima segala ibadah kita sepanjang Ramadhan yang lalu. Berdoalah agar kita dapat istiqamah melakukan apa yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan yang lalu.

11) Selamat tinggal Ramadhan. Selamat Berjuang untuk 11 bulan yang akan datang. Semoga bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan.

12) Salam sayang dan salam ukhuwah untuk kita semua.
Wassalam

1 ulasan:

  1. Assalam,

    Semuga dalam kasih sayang Allah buat tuan haji dan keluarga.

    Selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin buat tuan haji dan keluarga serta warga MFUAD. Semuga amalan kita diterima Allah. Amin

    Terima kasih atas pengkongsian ilmu melalui blog tuan haji. Ia memberi menafaat kepada kita semua.

    Salam hormat,

    AJ & keluarga

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top