Assalammualaikum,
Pagi ni saya terbaca dua komen sahabat saya di facebook mereka.
Sahabat Yang Pertama : Lynn Razali

First Komen:
Mlm 27 Ramadhan...sgt tenang jer kan....masih ramai kwn2 yg inbox sy utk bg sumbangan utk anak2 yatim, syukur alhamdulillah. Sy boleh aje bile2 masa tlg sampaikannya, insha Allah. Sy offer utk tlg kwn2 yg sibuk dan xsempat nk pegi sendiri utk bersedekah, mudah2an kita sama2 dpt muhasabah diri bahawa semua yg kita ada ni hanya lah pinjaman, bkn hak kita....so bg yg ingin bersedekah, boleh aje bank in to me, don't worry ianya tak membebankan sy sedikit pon. Sambil sy sibuk dgn urusan bisnes n keje, sy boleh singgah ke rumah anak2 yatim tu utk sampaikan amanah anda...if ada kwn2 kat Penang island ni yg sudi utk buat kelas tuisyen utk pelajar UPSR, PMR and SPM utk anak2 yatim, sila ctc sy ye..sy sedang cari guru tuisyen utk mereka sbb selepas berborak dgn penyelia mereka, ada di antara mereka yg lemah dlm pelajaran. So sesape yg sudi utk mengajar tuisyen, boleh hubungi saya. Insha Allah dgn rezeki yg Allah bg pd sy dan juga sumbangan rakan2 yg sudi bsedekah, cukup utk membayar tuition fees buat adik2 ni..tQ..assalamualaikum

Second Komen:

Subhanallah...pagi ni makin ramai yg inbox saya tanya acc number utk sedekah pd anak2 yatim dan ada seorg 2 yg trf sejumlah wang yg besar minta tlg sy sampaikan sbg duit raya pd adik2 tu...insha Allah nnt sy sampaikan, kebetulan sy mmg ada tukar duit lebih utk raya and mmg kami nk ke sana utk bg duit raya....so sesape lg yg nk sy tlg, bleh inbox saya ye sblom esok....terima kasih semua, rasa sgt terharu dan bahagia ada kwn2 yg baik dan pemurah...Sabda Rasulullah SAW " Mulakan lah harimu dgn bersedekah kerana sesungguhnya dengan bersedekah dapat menolak bala, menghilangkan penyakit dan menjauhkan daripada kematian yg buruk"

* Lihat sikap sahabat saya Lynn ini. Dengan sikapnya yang rajin bersedekah.Allah membuka luas pintu rezekinya. Pendapatannya, tak lah banyak sangat. Dalam RM60k-RM80k ajer sebulan. 4 bulan lepas baru beli Hyundai Sonata, husband pakai Volvo. And minggu ni, baru pergi beli Audi A4 ajer.

 Dia buat business produk kesihatan. Bagi mereka yang nak buat business dengan dia, boleh add dia di facebook.

Sahabat Yang Kedua: Muhammad Tazli Azizan

Subhanallah walhamdulillahi wallahu akbar. Semalam malam ke 27, saya bawa kira-kira £7.70 ke masjid. Ingatkan separuh nak derma ke masjid, separuh lagi balik nanti nak beli Sam Chicken, sedap juga makan fried chicken lepas tarawikh. Sebelum mula tarawikh, imam pesan kepada makmum bersedekahlah apa yang kamu mampu kerana sedekah itu tidak mengurangkan wang kamu walau sedikitpun. Selepas 8 rakaat saya dah nak bergerak pulang, terbayang-bayang Sam fried chicken tu :). Tapi saya tak pasti nak bagi duit syiling £2.70 ataupun note £5 sekeping. Kemudian terimbas semula pesanan imam. Jadi saya kaut apa yg ada dalam poket saya dan terus sedekahkan £7.70 dengan terus melupakan sam chicken itu. Saya redha dan gembira macam biasa, sam
Chicken tu bila2 boleh dapat.

Baru sebentar tadi saya check account online. Allah beri saya 100 kali ganda wang yang saya sedekah semalam. Sumber yang tidak disangka-sangka Alhamdulillah wa syukurillah.
 
Teman-teman di London dan di UK jemput ke rumah terbuka kami hari Ahad ini. Tanda syukur saya kepada Allah atas nikmat dan ujian kasih sayangNya walaupun hambaNya ini sentiasa lalai dan alpa.

Bersedekahlah rakan-rakan di kala mampu atau tidak, Insya Allah duit itu tidak akan berkurang walau sedikitpun.

* Tazli sekarang sedang buat PHD di Imperial College, London. Merupakan sahabat saya yang amat rajin bersedekah. Saya dapat perhatikan dari kehidupannya, beliau banyak mendapat rezeki daripada pintu yang tidak disangka sangka. Apa yang dia tulis dalam entri di FB tu hanya yang kecil. Ada lagi perkara perkara besar yang dia dah dapat. Allah bagi rezeki kepadanya begitu banyak.

Apa Macam?

Apa macam sekarang?

Sekarang, tahu tak.... Kenapa ada di antara kita yang masih belum kaya? Ini kerana kita kurang menderma. Mereka yang kaya dan berjaya banyak menderma.

Untuk kaya dan berjaya seperti mereka, kita perlu banyak menderma.

Sama sama kita ambil iktibar. Kadang kadang, kita perlu menderma secara 'terpaksa'. Kerana keikhlasan akan datang bila kita sudah biasa melakukannya.

Perancangan Saya

Saya sekarang sedang plan untuk menziarahi 4 warga OKU di kampung saya.

1) Seorang Ustazah. Beliau sekarang sedang mengidap penyakit buah pinggang. Dah tak mampu nak jalan. Terpaksa memakai kain lampin. Setiap minggu terpaksa cuci darah 3 kali. Buat dialisis. Kasihan saya. Bukan dari kalangan orang yang berada. Anaknya juga sakit buah pinggah dan terpaksa menjalani dialisis 3 kali seminggu dan tak mampu bekerja tetap.

2) Dahulu pak cik ni bekerja sebagai tukang kebun sekolah. Sekarang sudah lumpuh. Stroke. Sekarang terpaksa berkerusi roda dan tak mampu bekerja. Isterinya sekarang terpaksa membuat kuih untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga. Dan tambah memeritkan, pak cik ni ada seorang lagi adik OKU yang tinggal bersamanya. Adiknya tak boleh bercakap, cacat dan juga memakai kain lampin. Allah Allah. Peritnya ujian Allah berikan kepada mereka.

3) Sepasang suami isteri yang sudah tua dan uzur. Mereka hanya tinggal berdua. Ini kes orang sakit menjaga orang sakit. Bila isteri sakit kuat, suami jaga isteri. Bila suami sakit kuat, isteri yang sakit jaga. Kadang kadang, perlu bantuan jiran jiran untuk membantu kehidupan mereka. Dan yang menambah keperitan, pihak Masjid Kampung Kedah dan Surau Simpang Empat, kedua duanya terlepas pandang dalam memberi bantuan kepada Fakir Miskin dalam bantuan raya.

4) Jiran sebelah rumah saya. Warga emas. Sakit tua. Dah tak mampu berjalan. Berbadan besar. Anak anaknya bekerja biasa biasa sahaja.

Insya Allah, saya akan pergi ke rumah mereka dan beri sedikit sumbangan peribadi daripada saya. Namun, ia tak lah terlalu besar. Jika anda mahu turut membantu, anda boleh beri melalui akaun saya,

Maybank: Mohd Firdaus Bin Mat Saad.  No Akaun 1521 1604 0160

Jika sumbangan daripada pihak anda banyak, saya akan memberi kepada lebih ramai lagi.

KUTIPAN DANA UNTUK FAKIR MISKIN DAN OKU SUDAH DITUTUP. HARAP MAKLUM.

* Saya tak pernah pun buat macam ni. Cuma tahun ini saya rasa saya nak buat sesuatu yang saya tak pernah buat tahun tahun lepas. Allah bagi rezeki kepada saya, sebahagiannya perlu saya berikan kepada orang lain. Bukan milik mutlak saya kesemuanya.

* Kalau anda tidak menderma melalui saya pun tak pa, cumanya, jangan lupa untuk mencari orang susah di  kampung anda. Bantulah mereka. Semoga Allah permudahkan mereka yang kurang bernasib baik.

Wassalam

7 ulasan:

  1. Saya bank in sedikit duit ke akaun tuan haji. moga membantu.

    BalasPadam
  2. Assalam,

    Semuga dalam rahmat Allah.

    Terima kasih membawa kami sama sama untuk simpanan pencen kubur. insya Allah will bank jumaat ini atau sabtu.

    Semuga Allah berkati usaha ini.

    BalasPadam
  3. Salam tuan.

    Saya sgt berhajat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan bisnes penternakan ayam daging.

    Jikalau tidak keberatan, mohon tuan hantar sms atau emel kepada saya, dan saya akan hubungi tuan selepas itu.

    Terima kaseh tuan.


    Fazli, kuala terengganu
    013-9302285
    warisanketapang@yahoo.com

    BalasPadam
  4. Salam,

    1) Terima kasih kepada yang menderma.

    2) Insya Allah, esok sy akan ke rumah mereka untuk menyampaikan sumbangan peribadi saya dan tuan tuan yang menderma. Setakat ini sudah ada RM350. Belum di tambah dengan seorang pembaca dari Brunei yang turut ingin menderma, nak bank in hari ini.

    3) En Fazli, minta baca blog sy dari 2008-2012. Banyak info pasal ayam ada kat situ.Kalau masih tak faham, baru call sy. Ok..

    Wassalam

    BalasPadam
  5. salam, saya baru masukkan sedikit sumbangan. harap dapat membantu. terima kasih.

    BalasPadam
  6. Salam Semua..

    Jom kawan2 kita sama2 menderma
    peluang terakhir kita ni
    ramadahan hampir meninggalkan kita

    350+100 saya dah bank tuan

    Jom kita tambah lagi..saudara kita betul2 susah tu..450 masih sikit!!

    *tambahan = saya ni org berniaga, pengalaman dpt gnjaran berganda2 yg tak disangka2 dari allah ni memang dah ada(kena bersedekah kerana allah, jgn mengharap gnjaran di dunia)..jadi kawan2 semua jgn takut utk bersedekah

    Semoga allah mengberkati usaha kita semua

    BalasPadam
  7. Saya ada transfer dalam acc Tn. Haji..TQ

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top