Assalamualaikum,

1)  Projek CD Prof Muhaya sudah berjaya dilaksanakan. Jumlah keseluruhan CD yang saya pos hampir 70 keping.

2) Ada yang menerima 1 keping, ada yang menerima 3 keping. Harap, anda dapat sebarkan CD ini kepada sahabat sahabat anda dan saudara mara yang lain. Ingat, kita sama sama cari "PENCEN KUBUR."

3) Bagi yang belum dapat, tunggu dulu sehingga lepas raya. Jika seminggu selepas raya anda masih belum dapat, sila maklumkan kepada saya. Saya akan usahakan sekali lagi.

4) Dan, yang terbaik... Sila buka link di bawah ni.

https://www.dropbox.com/sh/ns500ag29oakphl/4sDTg2NeLB

Ada seorang pembaca blog ini yang dah upload 70 ceramah MP3 Prof Muhaya. Lebih banyak dari yang saya berikan kepada anda. Anda boleh buka, download dan burn ke CD sendiri. Tak dapat saya bayangkan, betapa besarnya pencen kubur sahabat kita ini. Semoga ia begitu.

5) Tadi, saya berjumpa dengan salah seorang pembaca blog ini. Dia mengatakan yang dia baru dengar ceramah Prof Muhaya dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Parit Buntar. Dan dia kata 'best'. Alhamdulillah.

6) Selepas ini, saya akan mengajak DIRI SAYA dan anda semua untuk mempraktikkan apa yang Prof Muhaya ajarkan. Mengenai Jurnal Kesyukuran & Jurnal Kehidupan, Ladang Pahala, Pencen Kubur, Positive Thinking dan lain lain lagi. Kita sama sama ambil iktibar. Ia akan jadi lebih mudah jika anda sendiri mendengar ceramah ceramah ini.

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top