Assalamualaikum,

Hari ini selepas Solat Jumaat, saya bergerak ke Kuala Kangsar.

Tujuannya, untuk berjumpa dengan tuan reban, reban yang saya bina di sana. Saya ke sana sekadar menziarahi beliau disamping memberi sedikit tunjuk ajar kepada beliau mengenai teknik ternakan ayam.

Bagi saya, tuan reban ini sudah pandai menternak ayam. Secara umumnya, beliau sudah tahu. Insya Allah, lama kelamaan beliau akan semakin pandai menternak ayam.

Reban ayam yang saya bina untuk beliau bersaiz 360' x 50' x  1 tingkat. Berkapasiti 21,000 ekor ayam sepusingan. Kos untuk membina reban ayam ini semasa saya bina adalah RM330,000.

Jika anda bertanya saya berapa kos sekarang, saya pun tak tahu nak letak harga.

Sekarang, banyak barang yang dah naik harga. Simen yang utama. Jika dulu harganya RM16 sebeg. Sekarang harganya RM18. Dan untuk satu reban ini, saya menggunakan ribuan beg simen.

Barang peralatan minuman ayam, kipas, aircond semuanya dah naik harga.

Allah Allah. Lagi lewat sesiapa yang nak bina reban, lagi tinggilah kosnya.

Laporan Keuntungan Pusingan Lepas

Pusingan lepas, beliau memperoleh keuntungan RM1.80 seekor dengan pihak KFC. Namun, setelah ditolak kos pengangkutan RM0.25 dan kos ubat RM0.15 serta kos operasi RM0.40. Beliau memperoleh keuntungan bersih seekor ayam RM1.00.

Memandangkan beliau menternak ayam sebanyak 21,000. Maka jumlah bersih keuntungan yang diperoleh adalah RM21,000 untuk tempoh masa 2 bulan.

Macam mana? Best tak bela ayam? Hehehe...

Sebelum Buat Reban

Hujung tahun lepas, abang ini ada berjumpa dengan saya bersama isterinya. Mereka ada rumah berharga sekitar RM300,000. Jika disewakan rumah ini pun, pendapatan mereka sekitar RM800 sebulan.

Mereka berjumpa saya dan bertanya pendapat saya kalau mereka jual rumah ini dan bela ayam, apa pandangan saya?

Saya menceritakan kepada mereka mengenai selok belok ternakan ayam. Pada peringkat ini, saya tak terfikir pun nak bina reban untuk mereka.

Namun, mereka betul betul berhajat untuk menjadikan saya sebagai 'sifu' mereka. Mereka mahu saya membimbing mereka hingga berjaya.

Alhamdulillah. Setelah sekian lama mereka datang berguru dengan saya. Sekarang, mereka berjaya.

Saya rasa amat bersyukur. Saya gembira kerana saya sudah melahirkan seorang lagi orang Islam yang menjalankan perniagaan. Allah Allah.

Sebelum ini, semasa saya memulakan perniagaan ayam ini. Pernah terlintas di hati saya untuk membimbing 3 orang untuk menjadi penternak ayam hingga berjaya. Alhamdulillah. Setakat ini, sudah ada 2 orang yang saya bantu.

Pertama, penternak di Bagan Serai. Yang pada mulanya memulakan ternakan ayam 25,000 ekor ayam. Dan kini sudah menternak sebanyak 135,000 ayam. Alhamdulillah. Mereka jauh lebih berjaya dari saya sekarang ini. Saya berasa gembira, kerana mereka juga berjaya.

Selepas itu, mereka pula mengajar orang lain di Bagan Serai juga. Pada peringkat awal, orang itu menternak 20,000 ekor ayam. Dan sekarang, sudah memperkembangkan perniagaannya kepada 100,000 ekor ayam sepusingan. Syukur Alhamdulillah. Beliau juga berjaya.

Yang terbaru, abang yang saya bina reban di Kuala Kangsar ini. Sekarang sudah menternak 20,000 ekor ayam. Dan sekarang sudah berkira kira untuk membina reban baru. Mungkin untuk menambah lagi 40,000 ekor ayam. Insya Allah. Semoga beliau juga berjaya.

Sebagai perkongsian dengan anda, ini gambar gambar yang saya ambil di reban beliau tadi.

Umur ayam beliau sekarang ini 25 hari. Dan berat average sudah mencecah 1.35kg pada pagi tadi. Ayam sihat walafiat. Alhamdulillah. Berdasarkan pemerhatian saya. Beliau sudah faham apa yang saya ajarkan kepada beliau pada pusingan yang lepas.

Lagi gambar ayam yang sedang berehat di dalam reban. Jumlah keseluruhannya 21,000 ekor ayam.
 
Close up gambar ayam. Insya Allah, 8 hari lagi ayam  ayam ini akan mula dijual. Memandangkan ini ayam KFC. Mungkinkah anda memakan ayam dari reban ini suatu hari nanti?

 Pemandangan di luar reban. Jalan masuk ke reban ayam.
 
Sejujurnya, saya berasa gembira. Saya rasa 'puas' melihat kejayaan seorang lagi orang Islam dalam bidang pernigaan. Semoga, ini menjadi langkah permulaan untuk beliau berjaya lagi suatu hari nanti. Semoga impian untuk beliau menambah ternakan kepada 60,000 ekor ayam sepusingan akan tercapai.
 
Wassalam

5 ulasan:

  1. alhamdullillah
    k.ros

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..masih ada lagi insan yg berjihad ke jalan Allah.Sgt mulia hati Firdaus,saya baru tau.Semoga kehidupan Firdaus diberkatiNya..

    BalasPadam
  3. Subhanallah..Sgt2x mulia hati Firdaus,saya baru tau.Alhamdulillah,masih ada insan seperti Firdaus yg berjihad ke jalan Allah,semoga kehidupan Firdaus diberkati-Nya

    ex-MARESMART '98

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah & tahniah...sy sdh pg melawat ladang ni...klu x silap ia kepunyaan En. Agus...sy pon ade minat dlm bidang ini...boleh tuan bg tunjuk ajar

    BalasPadam
  5. Tahniah..Kerana Berjaya membantu mereka menjadi usahawan yang Berjaya...Moga Allah swt luaskan pintu rezeki tuan..

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top