Assalamualaikum,
 
Sekarang ini, kandungan Maria berusia 34 minggu untuk anak kami yang kedua.
 
Namun, Allah sedang menguji kami.
 
Sejak beberapa minggu lepas, Maria sering mengalami 'contraction'. Dan keadaan bertambah serius sejak selepas hari raya.
 
Jika dahulu, Maria mengalami 'contraction' sekitar 30 minit sekali, sekarang ia lebih kerap. Ada kalanya, 'contraction' ini berlaku 5-10 minit sekali.
 
Keadaan ini tidak berapa baik kerana kandungan masih berusia 34 minggu. Jika baby lahir sebelum 36 minggu, ia boleh dikategorikan 'pre-mature labour' .
 
Ia tiada kesan untuk ibu. Tapi, ia ada kesan terhadap baby. Baby yang lahir awal akan ada beberapa masalah. Misalnya, paru paru baby yang tidak cukup kuat. Baby tak boleh nak minum susu badan secara direct. Dan mungkin terpakasa masuk dalam 'incubator' beberapa hari atau minggu.
 
Allah Allah.
 
Kami tak mahu begitu.
 
Kami dah buat check up di KPJ Hospital, Perda dengan Dr Fawziah.
 
Di utara sekitar Butterworth, tidak ramai Doktor Pakar Sakit Puan yang perempuan. Ramai yang lelaki. Dr Fawziah antara Doktor Sakit Puan yang hebat di sini.
 
 Maria di masukkan ke dalam dewan bersalin untuk pemeriksaan lanjutan.

 Dewan bersalin yang amat selesa. Memandangkan hari itu, 3 bilik bersalin dah penuh. Maria terpaksalah masuk bilik VIP. Begitu selesa. Siap ada TV lagi. Tapi, siapa yang beranak nak tengok tv. Hmm. Nasib baik tak caj macam bilik VIP.
 
Sedang membuat pemeriksaan 'contraction'
 
Selepas pemeriksaan lanjutan, doktor menasihatkan Maria untuk banyak berehat. Kurangkan berjalan. Banyakkan berehat di atas katil.
 
Jangan naik turun tangga. Dan tidak dibenarkan buat sebarang kerja kerja rumah.
 
Kalau dia banyak berjalan, takut akan cepat bersalin nanti.
 
Yang lebih memeritkan, Maria tak dibenarkan untuk travel balik beraya di Kuala Lumpur. Doktor cakap kalau naik kereta untuk jarak yang jauh, takut banyak hentakan dan boleh stimulate untuk bersalin awal.
 
Dengan berat hati. Maria bersabar tak dapat balik beraya di KL. Sabar yer sayang. Tahun depan, kita beraya di KL.
 
Dan doktor juga dah beri suntikan untuk mempercepatkan kematangan paru paru baby. In case bersalin awal, moga moga paru paru baby cukup matang.
 
Saya mohon kepada para pembaca, tolong doakan kami. Mohon Allah beri yang terbaik kepada kami. Semoga ibu dan baby sihat sejahtera dan diberi yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan.
 
Dan setelah di scan, sekali lagi.. It's A Boy. Alhamdulillah.... Yang pertama Muhammad Farees. Yang kedua nak bubuh Muhammad F________ apa pula. Ada cadangan?
 
Wassalam

8 ulasan:

  1. Salam..

    Tahniah kerana kandungan isteri kini dah 34 minggu (+/-8.5 bln)! Banyaklah berdoa...

    Dicadangkan nama baby: Muhamad Faiz.

    Semoga selamat & dipermudahkan Allah.

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Terima kasih atas doa dan cadangan nama yang diberikan.

    Moga Allah permudahkan kami.

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Tahni'ah tuan...baru saya tahu, bahawa tuan berada dlm kesulitan skrg dan jodoh untuk kita jumpa di KL baru ni tidak dikabulkan...saya skrg dlm pejalanan balik dari KL ke K Trg...nama anak,letak sama mcm nama saya pon ok...muhammad fazli :)...tq dan wassalam.


    Fazli
    K Trg

    BalasPadam
  4. tahniah. semoga sihat & selamat keduanya. bila dah besalin bagilah tau. boleh pi melawat. suggest nama -Fa'izin = Orang2 sukses.

    Khusnidar

    BalasPadam
  5. Ya Allah, bagilah Maria dan kandungannya selamat dan sihat.Permudahkanlah urusan mereka ya Allah.


    Abdullah
    A.Setar

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,

    Tahniah! bakal menimang cahaya mata kedua. Gembira sangat mendengarnya. Akak doakan agar Allah permudahkan segalanya sehingga Pn Maria selamat melahirkan. Akak jg bakal menimang cucu pertama yg hampir sama usia kandungannya ngan anak Tn Hj.

    Wassalam.

    BalasPadam
  7. Salam Sejahtera,

    Terima kasih semua yang sudi mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Semoga Allah permudahkan.

    Wassalam

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top