Assalamualaikum,

Semalam, ada seorang pembaca yang menghubungi saya. Dia menerima sekeping CD daripada saya.

Selepas menerima, dia sudah 'burn' berpuluh keping CD untuk dia sebarkan kepada sahabat sahabat dia. Alhamdulillah. Begitu pantas beliau bertindak.

Salah seorang sahabat yang menerima CD ini adalah seorang wanita yang menghadapi krisis rumah tangga dengan suaminya.

Selepas mendengar 2-3 ceramah dalam CD Prof Muhaya ini, wanita ini menghubunginya kembali dan mengucapkan jutaan terima kasih atas pemberian CD ini. Ceramah Prof Muhaya ini memberikan kekuatan kepada dia dan dia mula berfikiran positif. Dan dia rasa lebih kuat untuk menghadapi ujian yang Allah berikan kepada dia sekarang ini.

Alhamdulillah. Saya turut gembira. Inilah yang kita mahukan.

Kita mesti selalu berfikir, apa yang aku boleh lakukan untuk 'menambah nilai' hidup orang lain. Apa yang aku boleh lakukan untuk membantu orang lain.

Insya Allah, Allah akan melapangkan urusan kita di dunia dan akhirat.

Semoga, 'pencen kubur' kita semua mula berjalan sekarang ini.

Ada beberapa perkongsian dengan anda:

1) Alhamdulillah. Dah ramai yang sudah terima CD MP3 Ceramah Prof Muhaya sejak hari Sabtu yang lepas. Bagi yang belum terima, anda mungkin akan terima hari ini atau esok. Insya Allah. Saya buat Pos Ekspress. Maka, mesti ada orang di rumah anda untuk terima surat ini.

2) Bagi yang sudah menerima CD, ia tidak akan bermakna jika anda tidak mendengarnya. Ia masih belum bermakna jika anda masih belum mengamalkannya. Semoga kita memperoleh ilmu yang bermanfaat.

3) Bagi yang dah terima, saya cadangkan anda mendengar CD ini di dalam kereta semasa anda memandu. Ayuh, kita Reset Minda kita, jadikan kenderaan kita Taman Syurga.

4) Hari ini, saya akan buat penghantaran Extra berikutan permintaan lewat daripada pembaca.

i) Mazura Yazid
ii) Muhamad Aedi Hafriez Bin Suhaimi
iii) Rosmidah S Ibrahim
iv) Rohana Idris
v) Ahmad Nazrimi
vi) Abdul Rahim
vii) Mohammad Fitri
viii) Ramlah
ix) Nor Asmah Binti Abu Samah

* Saya hanya mampu pos satu CD bagi setiap nama di atas ini. Tak mampu nak burn banyak banyak dalam masa yang singkat ini. Jika anda mahu berikan kepada rakan rakan, minta tolong burn sendiri dan sebarkan.

* Saya menggunakan Pos biasa untuk pos terakhir ini. Saya tak pasti bila anda akan terima. Semoga Allah mempercepatkan. Amin.

* Masih ada pembaca yang hantar emel kat saya, tulis panjang panjang minta CD ni. Tapi alamat tak bagi.... Aduh... Tolonglah yer...
Wassalam

10 ulasan:

  1. Assalam,

    semuga Allah limpahkan rahmat buat tuan haji dan keluarga.

    semuga segala amalan di berkati dan di redhai Allah.

    BalasPadam
  2. Salam Tn. Haji,

    Saya dah terima 1st batch CD's. Baru bagi pada 1 sahabat selepas berbuka puasa malam tadi.

    Insya allah malam ni akan burn utk another sessi buka posa pada hari selasa.

    Semoga hari2 terakhir ramadhan menjadi pecutan buat amalan yg digandakan utk mencari redha allah.

    p/s boleh juga guna thumbdrive/ext. Hard disk utk transfer semua file yg siap difolderkan.

    JZKK

    BalasPadam
  3. Tn. Haji.. Tak boleh upload ke mana-mana hosting ker? atau lebih mudah upload di youtube, supaya penagihan cd ini lebih mudah dan lebih ramai yang akan mendapat manfaatnya..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka karena keimanannya , di bawah mereka mengalir sungai- sungai di dalam syurga yang penuh keni'matan.


    Do'a mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma" , dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam" . Dan penutup do'a mereka ialah: "Alhamdulilaahi Rabbil 'aalamin .


    Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik yaknee surga dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak pula kehinaan . Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.

    BalasPadam
  6. Terima kasih tuan haji..Moga usaha tuan haji mendapat keberkatan daripadaNya..mendoakan agar tuan haji diberi kesihatan yang sempurna dan kelapangan masa untuk terus berdakwah..

    Muhammad Aedi Hafriez b Suhaimi

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum... Sekadar berkongsi, kepada pembaca blog yg miss CD dan ceramah2 dahulu di ikim,jgn bersedih hati ye.. Setakat ni, ada 77 slot ceramah prof and counting dalam dropbox folder ni... Semoga bermanfaat, dan terus sebarkan supaya lebih ramai orang mendapat manfaat..

    https://www.dropbox.com/sh/ns500ag29oakphl/4sDTg2NeLB

    BalasPadam
  8. Saya transfer wang berjumlah RM4000.00 dalam acc Tuan Haji, Pls check..TQ

    BalasPadam
  9. Salam,

    Siapa yang transfer RM4000 ke akaun saya?

    Please let me know. Tak dak pun dalam akaun saya.

    Wassalam

    BalasPadam
  10. Salam,

    Duit RM4000 tu saya dah tengok. Ada dalam akaun. Sorry.

    This is today transaction.

    Wassalam

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top