Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Allah telah mempermudahkan saya untuk menyiapkan reban di Kuala Kangsar.

Saiz reban 360' x 50' x 1 tingkat. Kos reban ini adalah RM330,000. Berkapasiti 20,000 ekor ayam untuk satu pusingan.

Tempoh masa yang saya ambil untuk siapkan reban ini adalah 2 bulan 5 hari. Perlu diingat, reban ini adalah reban yang pertama saya buat. Dan sekarang, saya rasa tempoh masa pembinaan boleh disingkatkan kurang daripada 2 bulan untuk sebuah reban.

Kenapa saya buat reban ayam ni untuk orang lain?

Setulus dan seikhlas hati saya mengatakan, saya buat  reban ini sebab saya mahu membantu mereka yang baru berjinak jinak dalam industri ini.

Terus terang saya  katakan, di luar sana ada ramai kontraktor yang buat reban ayam. Tapi, saya berani bagi jaminan. Tak ada yang bagi servis macam yang saya berikan.

Saya mahu mereka yang buat reban ayam dengan saya berjaya. Mudah mudahan, jika mereka berjaya dengan ilmu yang saya berikan. Dapatlah saya tinggalkan sedikit ilmu yang bermanfaat sebagai bekalan buat saya di akhirat kelak.

Sebagai orang yang berpengalaman selama 7 tahun dalam industri ayam ini, saya tahu sedikit sebanyak mengenai susah payah dalam ternakan ayam ini. Jadi saya mahu bantu mereka yang baru dalam industri ini supaya mereka tidak melakukan kesilapan kesilapan yang telah dilakukan oleh orang lain.

Saya harap, mereka bermula dan terus berjaya. Saya tak mahu mereka melalui 'lorong hitam' yang telah saya lalui.

Saya tak ada Sifu yang betul betul boleh mengajar saya A to Z mengenai ternakan ayam. Kalau ada yang mengajar sekali pun, mereka tidak mengajar sepenuhnya.

Maka, saya terpaksa belajar dari kesilapan sendiri. Dan mengakibatkan saya 'sesak nafas' untuk dua tahun pertama saya dalam dunia ayam ini.

Rasanya, cukuplah saya seorang yang melalui jalan 'gelap' itu. Perit rasanya bila buat business tak menjadi. Semoga mereka yang belajar dengan saya akan terus berjaya apabila mereka memulakan business ini.

Sebagai kontraktor reban ayam dan sebagai seorang penternak ayam, saya menawarkan pakej kombo untuk mereka yang memilih saya sebagai kontraktor reban ayam mereka.

Antaranya:

1) Mereka boleh menghantar dua orang pekerja mereka untuk berkursus menternak ayam di reban ayam saya selama satu pusingan. Gaji dan makan di tanggung oleh mereka. Hanya tempat tinggal yang disediakan.

2) Saya akan memberikan kursus intensif kepada tuan reban untuk memahami cara cara untuk menternak ayam dengan betul. Tuan reban akan didedahkan dengan cara membesarkan ayam, jenis penyakit ayam, ubat yang akan digunakan, pengawalan suhu di dalam reban, pengawalan makanan ayam dan pelbagai cara lagi untuk menternak ayam.

3) Saya akan memantau ayam mereka untuk pusingan ayam mereka yang pertama. Saya akan ke reban mereka dan memberi tunjuk ajar secara 'hands on' apa yang telah saya ajar teori sebelum itu.

4) Tuan reban boleh mendapat konsultansi percuma melalui telefon selepas pusingan pertama habis. Saya akan cuba membimbing tuan reban melalui telefon untuk pusingan pusingan seterusnya.

Apa yang saya tawarkan adalah setakat hari ini. Untuk yang ke hadapan, saya tak tahu pakej macam mana yang boleh saya tawarkan.

Maka, hari ini saya berkongsi dengan anda gambar gambar ayam di  reban di Kuala Kangsar.


Saya memberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuat persediaan sebelum kedatangan anak ayam
Lori anak ayam yang baru tiba ke reban ayam
Ayam diletakkan di dalam bakul plastik seperti yang anda perhatikan
Anaka ayam disusun di dalam reban ayam selepas tiba ke reban
Anak ayam dikeluarkan daripada bakul plastik tadi. Ini adalah keadaan di reban ayam pada hari pertama kedatangan anak ayam
Ini adalah gambar pada hari ke 5 ayam. Heater untuk anak ayam. Ada 2 heater untuk 20,000 ekor anak ayam yang akan digunakan sehingga 6-7 hari.
Vaksin pada hari ke 10. Saya ke Kuala Kangsar untuk memberi tunjuk ajar bagaimana membuat vaksin.
Ayam meminum vaksin yang diberikan.
Lagi gambar ayam minum di niple line.
Saya melakukan pembedahan ke atas ayam yang mati bagi menunjukkan kepada tuan reban tanda tanda ayam sakit yang boleh dilihat dari dalam organ ayam
Ayam ayam yang dilakukan 'post mortem'
Ayam pada hari ke 17
Lagi gambar ayam pada hari ke 17.


Hari ini, ayam di Kuala Kangsar berusia 22 hari. Semalam, pada hari ke 21, berat ayam yang ditimbang adalah 996g untuk purata ayam jantan dan betina. Bagi saya, ia melebihi standard yang biasa.

Untuk hari yang ke 28, saya menjangkakan berat ayam akan mencapai 1.5kg sebelum boleh dijual pada hari ke 33-34.

Ayuh, marilah kita semua mendoakan agar tuan reban ini memperoleh keuntungan yang maksimum dalam pusingan kali ini dan pusingan pusingan yang akan datang.

Wassalam.

9 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Semoga orang islam di Malaysia terus maju berbisnes dunia dan akhirat. Insyaallah

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..

    Tahniah Tuan maju setapak lg dgn mnjd konsultan/kontraktor reban ayam.

    Kpd Munir..xsilap sy Tuan haji telah mmbuat reban baru di Lubuk Buntar..mgkin telah siap agaknya.

    Semuga Tuan haji dpt membantu penternak lain dalam bidang ini..

    BalasPadam
  3. Saya rasa, apa yang ditulis hanya berdasarkan suara hati EN firdaus saja. Perjalanan harian dalam meniaga seharian. Pendekatan yang digunakan mungkin berbeza dan tak semua orang boleh menerima.

    Semua teguran memang baik untuk saudara firdaus dan bolehlah diambil. Tetapi jika artikel yang ditulis tidak tumpah pendekatannya sebagaimana buku teks bagaimana pula agaknya?

    Apa yang penting Allah swt yang akan menilai diri kita sendiri. Tujuan kita menulis komen ini juga akan dipersoalkan. Ikhlaskah anda menyoal atau adakah hasad dengki didalam hati semasa menaip?

    BalasPadam
  4. Assalamualaykum wbt,

    Tuan Hj,

    Saya seorg pembaca senyap blog tuan haji sejak kira-kira setahun lepas.
    Alhamdulillah, mungkin benar seperti yg Tuan Haji komen terdahulu apabila saudara Munir menegur maknanya Allah sayangkan Tuan Haji. Bagi saya, feedback itu memang penting utk perjalanan hidup dan penetapan niat.

    Tapi sama ada positif atau negatif feedback yg Tuan Haji terima, saya harap Tuan Haji tidak patah semangat utk terus menulis di blog ini.

    Saya percaya menulis di blog memakan masa Tuan Haji yang panjang malah tidak bergaji pun. Kalau saya jadi Tuan Haji, dah lama saya tulis buku pasal penternakan ayam. Dengan usia Tuan Haji yang masih muda, mudah-mudahan menjadi inspirasi pula kepada orang lain utk menceburi bidang yg sama.

    Yang paling penting, dlm pada menarik org lain berniaga, blog ini saya rasa berguna sebagai medan dakwah kpd masyarakat, InshaAllah.

    Selamat maju jaya.

    BalasPadam
  5. Assalamualaykum wbt,

    Tuan Hj,

    sy juga pembaca yg tak pernah nak komen. sejak 2 thn lalu.

    bagi sy dlm hal ni apa yg munir beri pandangan/teguran taklah sesuatu yg negatif utk diterima pun. caranya pun bkn seperti mahu kondem tuan hj. selama 2 thn sy baca blog tuan hj ini kali pertama ada org menasihat.. bayangkanlah 2thn tu!!.

    moganya kita ni sama2 merenung dan berhusabah dgn kekurangan diri. Yg baik itu datangnya dr Allah dan yg buruk tu selalunya dtg dari UMNO...hehehe

    wassalam

    hamba Allah

    BalasPadam
  6. assalam...saya juga salah seorang pembaca blog ini..dah lama..pada saya,tuan haji berdakwah dgn cara tersendiri..setiap org ada interpretasinya yg tersendiri setiap kali membaca entri di sini..tuan haji berniat ikhlas,memberitahu apa yg dia tahu,teruskan tuan haji dgn apa yg tuan hj lakukan ini..wassalam..

    BalasPadam
  7. Assalamu'alaikum Wrmbth,
    Tuan Hj Firdaus - Usahawan Ayam Daging

    Pembaca berhak memberi pandangan dan teguran.
    Teruskan usaha tuan menulis blog, tidak sedikit (ramai/banyak) pembaca yg mendapat manfaatnya.
    Wallahu 'aklam

    Saudaramu

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    Dari mula artikel di blog ni saya baca, x pernah saya komen rasanya.. tapi saya ingin ambil kesempatan kali ni nak meluahkan apa yg saya rasa..

    Pada saya pendekatan En Firdaus ni mmg berlainan sedikit tapi Alhamdulillah byk beri kesan positif. Walaupun ada perkara yg diceritakan macam nak promote diri sendiri tp bagi saya ia bersifat mendidik, dengan cara menyebarkan dan menggalakkan kebaikan. Kadang2 detailnya kebaikan yg diceritakan mmg betul2 membantu kita utk muhasabah diri sendiri. Cthnya: En Firdaus pernah menyatakan dia akan bg RM300 kepada mertuanya setiap kali berjumpa. Pengajaran: kita boleh bermuhasabah diri, ada ke kita bagi duit kat mertua kita? berapa? rm50? rm100? Berapa percentage peruntukan dari gaji kita yg beribu-ribu tu? Klau mertua x bagi, mak ayah sendiri bagi x? Kita boleh muhasabah diri dari cerita dlm blog ni. Bila baca cerita en firdaus kadang2 baru kita terfikir yg selama ni kita x pernah pun nak hulur duit kat mertua. -Sebagai CONTOH-

    Komen daripada saudara Munir tu mmg nmpk negatif tapi diharap semua org dpt anggap sebagai pengajaran. Walaupun saya yakin en firdaus akan terasa/demotivate dengan komen sebegini namun setiap padangan yg dilontarkan pembaca ada hikmahnya. Diharap tuan akan lebih bersemangat utk memblog!!!
    Yang penting sekali blog ni boleh bg manfaat kpd pembaca, Alhamdulillah. :)

    BalasPadam
  9. Assalamu'alaikum...
    siapalah kita untuk membaca hati manusia yg lain...apa yg tuan firdaus buat nie biarlah Allah saja yg menilai..apa yg penting kita sbgai manusia ambil segala manfaat n ilmu dlm blog nie...usah kita pertikaikan soal2 lain, itu urusan tuan punya blog n Allah..

    peace...

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top