Assalamualaikum,

Petang tadi, saya mendapat panggilan mesej daripada Ustazah Che Som, bekas guru saya di MRSM Taiping.

"Assalamualaikum! Ustazah ada satu peluang berdakwah untuk Firdaus! Berminat ke x"

Itu yang ditulis oleh Ustazah kepada saya.

Saya tak sempat nak menjawab dengan panjang kerana agak sibuk pada waktu itu. Saya terus membalas.

"Insya Allah"

Terus Ustazah menelefon saya.


"Firdaus, Ustazah nak minta tolong Firdaus untuk bagi tazkirah kepada kawan kawan ustazah di sini. Boleh tak?"

"Untuk siapa Ustazah?"

"Kawan kawan Ustazah lah. Dalam 30-50 orang"

"Berkaitan apa?"

"Kalau boleh Ustazah nak Firdaus bagi tazkirah pasal Ramadhan. Kan bulan puasa dah dekat. Cakaplah apa pun. Asal boleh bagi kesedaran kepada orang lain"

Masya Allah. Manalah saya pernah bagi tazkirah untuk orang dewasa tajuk Transformasi Ramadhan.

Subhanallah.

Apa yang nak saya ceritakan kepada mereka?

Bagi saya, Ustazah sendiri sudah hebat dalam memberi tazkirah. Saya sendiri banyak belajar daripada Ustazah.

Mengapa saya yang ustazah pilih?

"Ustazah, saya berminat. Tapi, boleh tak Ustazah bagi saya masa sedikit. Sebab saya perlu fikirkan apa yang saya nak cakap. Kalau saya ada point, bolehlah saya pergi bagi tazkirah di sana. Nanti saya bagi keputusan."

Sebenarnya, saya sudah ada 2-3 point yang hendak disampaikan. Cuma, saya mencari kalau kalau ada kelainan atau buah fikiran yang lain yang anda fikirkan wajar untuk dikongsi bersama.

Bagi saya peluang ini tak boleh saya lepaskan.

Inilah peluang untuk saya mencari 'saham akhirat' saya. Sejak balik menunaikan haji, hati saya sering teringat akan kematian.

Kadang kala, saya berasa takut memikirkan apakah amalan yang saya lakukan sebagai bekalan untuk saya ke sana. Yang boleh menjadi 'pencen' yang berpanjangan.

Inilah peluangnya.

Jika apa yang saya sampaikan ini diamalkan oleh mereka yang mendengar. Dapatlah sedikit 'habuan' akhirat buat saya.

Sekarang, saya mohon bantuan para pembaca blog ini.

Jika sesiapa yang mahu 'pencen akhirat'. Sila listkan apa yang perlu saya sampaikan sebagai tambahan kepada point saya semasa sessi tazkirah nanti dalam ruangan komen di bawah ini.

SEKIRANYA APA YANG ANDA TULIS, SAYA SAMPAIKAN KEPADA MEREKA DAN MEREKA AMALKAN. BAYANGKAN. ANDA JUGA AKAN MENDAPAT SAHAMNYA SELAGI MANA MEREKA BERAMAL DENGAN AMALAN ITU.

Peluang sebegini hanya datang sekali. 

Cepat!!!

Beri nasihat kepada saya, apa yang perlu saya nasihatkan mereka BERKAITAN TRANSFORMASI RAMADHAN.

Semoga kita semua akan mendapat manfaatnya.

Wassalam

17 ulasan:

  1. Salam Tn Hj
    apa kata topik "THE POWER OF DOA", kerna kita semua tau doa tu senjata org mukmin. lagi pun ada mlm lailatul kadar so kite kena rebut peluang ni yg hanya ada pd ramadhan. Doa agar iman tidak terlps dihati kite. org yg ade iman je msk syurga Allah. ceritaa juga pre-requisit doa.. kena puji Allah Rasul,ada wuduk dsb

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah.

    Thanks for ur idea. Insya Allah. It will be one of the point.


    Wassalam

    BalasPadam
  3. salam haji
    apa kata kalau haji nyatakan kepada mereka tentang beberapa perkara seperti:
    a- baca al-quran secara consistent setiap hari
    b- kurangkan atau hindarkan dari membeli-belah juadah berbuka puasa di pasar ramadhan
    c- segerakan berbuka puasa dan lewatkan bersahur
    wallahua'lam

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..
    Semoga sihat Tn. Hj dan Kak Maria..

    Tn.Haji boleh selit kan topik ini,

    KUTIP PAHALA HINDARI DOSA, ELAKKAN PEMBAZIRAN DI BULAN RAMADHAN

    a) Berjimat Cermat

    Umat Islam seharusnya memahami konsep berpuasa dan faham mengapa perlu berjimat cermat kerana hadis Rasulullah SAW ada menyebut: “Apabila seorang antara kamu hendak berbuka puasa, hendaklah ia berbuka dengan air.” Melalui hadis ini, Nabi mengajar umat Islam cara hendak berbuka. Kita akan dapati satu bentuk penjimatan sekiranya mengikut sunnah nabi.

    b)Kesederhanaan

    Ramadan bulan yang baik mengajar diri hidup dalam kesederhanaan dan menginsafi kemampuan diri menikmati pelbagai juadah lazat berbanding mereka yang hidup dalam kemiskinan dan kebuluran di serata dunia. Bukan saja bersederhana dari segi pemakaian, suasana kediaman, malah pemakanan ketika berbuka juga perlu dijaga supaya tidak melampaui batas. Pembaziran juga satu perbuatan dibenci bukan saja Islam tetapi juga agama lain.

    c)Pembaziran

    Fenomena pembaziran yang berlaku dan berleluasa pada setiap kali menyambut Ramadhan merupakan sesuatu yang amat menyedihkan. Sepatutnya bulan Ramadhan mendidik umat Islam berjimat cermat. Akan tetapi yang berlaku ialah sebaliknya apabila masyarakat sanggup berbelanja besar dengan beraneka juadah makanan ketika tibanya waktu untuk berbuka puasa.

    wallahualam

    -yusfarazi-

    BalasPadam
  5. As salam,

    Tambahan pada topik2 diatas ( sesuai sangat untuk wanita )

    1) Elakkan pembaziran dalam penyediaan/pembelian makanan untuk berbuka. Latih lah ahli keluarga terutama anak2 untuk bersederhana.

    2) Elakkan tumpuan & pembaziran untuk persiapan hari raya. Ramadhan adalah masa untuk lipat gandakan amalan bukan nya sibuk memikirkan persiapan raya dan bershopping sakan. Sederhana lah dalam persiapan hari raya.

    BalasPadam
  6. Ali Al Besuti (K/Trg)11 Jul 2012, 12:07:00 PTG

    Salam...

    Point saya ialah:-

    1.Jangan tinggalkan solat berjemaah Maghrib (seeloknya dimasjid/surau bagi lelaki)..jadi berbuka ala kadar saja. Jgn tertipu dgn makan/minum kemudian solat lewat.

    2.Setiap hari hidupkan Solat 5-Waktu berjemaah; diikuti Solat Terawih - walau apa cara. Susuli dgn amalan malam.Insya Allah akan melalui Lailatul Qadar.

    3.Ramadhan perlu dihayati dikesemua sebelas bulan-bulan lain.Teruskan amalan sedekah; membantu orang susah; mengikuti majlis-majlis ilmu..

    Wasssalam.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum..

    Tuan haji.

    maaf kalau perkongsian ini tak seberapa. kalau salah mohon ditegur.

    suami saya balik dari kuliah dengan Habib Ali Zenal Abidin..Habib cerita antara perkara yang perlu dilakukan :-

    1) banyakan syahadah..
    2)banyakan istiqfar
    3) sentiasa memohon syurga dari Allah
    4) mohon dijauhi dari azab neraka..

    1 lagi yang kita boleh buat..berinteraksi dgn Al-Quran..bukan setakat baca..kita paham..dan kita interaksi. contohnya bila kita baca ayat2 yang menyebut kebesaran Allah..kita memuji2 Allah.(subhanallah...)bila ayat cerita tentang nikmat Allah..kita mohon segala kebaikan.bila ayat yang ceritakan tentang azab Allah..kita mohon dari Allah utk dijauhkan..

    BalasPadam
  8. http://ahmadnazrimi.blogspot.com/11 Jul 2012, 3:00:00 PTG

    Assalamualaikum..

    Semoga firdausndan semua muslimin muslimat pembaca berada dalam rahmat Allah SWT..

    Ilmu yang seeing dititipkan Dari prof Kamil..buat Setiap malam qiamullail..tahajjud Dan solat sunat lain..jangan Tunggu malam lailatul qatar atau malam sepuluh t akhir baru nak buat..
    Juga dalam kuliah Ustaz kazim buat begitu dalam kuliah Nya di mekah buat kami tempah hari di pondok Al barakahnya ..
    Jadi jangan tinggal satu malam pun solat malam di bulan Ramadhan ni..
    Semoga kita semua di beri kesihatan yang baik Oleh Allah SWT untuk Amal kannya ..

    InsyaAllah ..
    Nazrimi

    BalasPadam
  9. Cara paling mudah khatam al-Quran ialah dengan membaca al-Quran secara konsisten sebanyak empat setengah muka setiap kali selepas solat lima waktu. Dengan izin Allah akan khatam dalam masa sebulan. Membaca empat setengah muka hanya mengambil masa lima minit saja.

    BalasPadam
  10. Salam Firdaus, Sabrizan ni ( kawan MRSM): apa kata tazkirah ini dijadikan sebagai satu medan renungan buat pendengar dan penceramah untuk mengimbau amalan puasa yang sudah pergi. Apa kurangnya? Apa yang perlu dipertahankan? Adakah ini amalan terakhir kita? Apakah peluang ini telah kita dapatkan dengan sepenih hati? Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua?

    BalasPadam
  11. Cuba dgr ceramah prof kamil di you tube...ada byk maklumat.....

    BalasPadam
  12. Assalamu'alaikum..

    Kemuncak ibadat adalah dlm bulan Ramadhan, juga merupakan Universiti tarbiyah/didikan. Kita harapkan lulus emerlang(kata-kata Prof M Kamil) setiap kali garaduate Ramadhan. Hidupkan 10 malam terakhir seperti yg di saran oleh Rasul, bukan sibuk buat kueh sahaja. .
    . . .bukan kata saya, tapi sedutan bacaan dan ceramah-ceramah. . .

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum,

    mungkin boleh selit
    > buat perancangan (contoh - jadual ibadat) dlm bulan ramadhan
    > kita boleh merancang untuk melancung dll kenapa tak merancang untuk beribadat di bulan ramadhan?

    BalasPadam
  14. Terima kasih kepada semua yang telah memberi cadangan.

    Insya Allah, saya akan ambil beberapa idea daripada tuan tuan utk saya sampaikan semasa sessi tazkirah di sana.

    Wassalam

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. Siapa Kita? oleh Ustaz Husnul Hizam Hamzah (bhg4)..

    http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=pl9D6x0FcUw

    BalasPadam
  17. Asslm Tuan Hj,isteri & rakan2 pembc MFUAD.Hrp blm tlewat bkongsi pngalaman.. Sy dpt 1 tips drpd seorang ustaz yg menyarankn ibu yg mnyediakn hidangan sahur membc surah al-Quraisyh kpd hidangan @ minuman tsebut dgn cara menghmbus secara lwn jam dgn niat anak2 segar & x kletihan bpuasa.Insya-Allah. 2. Banyakkn bdoa utk org lain jg. Cthnya ketika mlintasi mn2 kawasan prumahan/kmpung dsb..doakn mereka yg baik2: sihatkn mereka,lapangkan hidup mereka dsb. Seperti mn kita mndoakn kesejahteraan pghuni kubur. Insya-Allah hati yg byk bdoa x akan sibuk dgn benda yg sia2..kerana dh 'letih' dgn amalan yg baik.Wsslm.

    Lin-Roslan.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top