Assalamualaikum,

Ayah saya merupakan Pengerusi Surau An Najah Simpang 4, Kg Kedah, Parit Buntar. Saya pula AJK Biro Pemuda.

Semalam saya mendapat tugasan yang mencabar daripada ayah saya selaku Pengerusi Surau.

"Daus, tolong usahakan untuk cari dana RM6000 untuk Majlis Berbuka Puasa di Surau kita untuk bulan Ramadhan ni"

"Masya Allah. Banyaknya. Jumlah kutipan tahun lepas keseluruhannya pun baru RM4000," saya menjawab.


Aktiviti Berbuka Di Surau

Saya merupakan salah seorang yang akan membuat kutipan derma bagi menampung program di surau saya. Bilangan pemungut derma adalah sekitar 10 orang. Berdasarkan pengalaman saya, hasil kutipan daripada 10 orang ini sekitar RM1500 sahaja.

Sedangkan wang yang diperlukan untuk menjalankan program berbuka puasa di Surau saya menjangkau RM6000.

Begini kiraannya.

Terdapat 30 hari untuk Majlis Berbuka Puasa Beramai Ramai akan diadakan di Surau ini.

Saya dan keluarga akan mengambil 5 hari untuk menaja Majlis Berbuka Puasa ini.

Maka, bakinya adalah 25 hari.

Berdasarkan pengalaman tahun tahun yang lepas, setiap hari, akan ada sekitar 60 orang dari ahli qariah yang akan berbuka puasa di surau saya.

Perbelanjaan yang diperlukan untuk seorang adalah sekitar RM5.00 bagi setiap orang. Ini bermaksud, jumlah yang diperlukan sehari adalah sekitar RM300. Ini bagi membolehkan kami sebagai AJK surau untuk membeli makanan, minuman dan buah buahan untuk ahli jemaah di sini berbuka puasa.

Maka, kos untuk menampung perbelanjaan selama 25 hari adalah sekitar RM7500. Di tolak RM1500 yang dijangka dikutip oleh AJK yang lain. Maka, masih berbaki RM6000 yang diperlukan untuk menjayakan program ini.

Memandangkan saya  yang membuat kutipan tertinggi sejak dua tahun lepas, maka tanggung jawab ini diserahkan kepada saya untuk diusahakan.

Bagi pihak saya, saya tidak menjanjikan apa apa buat mereka. Saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik. Setakat yang saya mampu.

Jika ada lebihan daripada kutipan ini, ia akan digunakan oleh pihak surau untuk menjalankan aktiviti aktiviti yang lain pada masa akan datang.

Pengalaman Mengutip Derma

Berdasarkan pengalaman saya pada tahun-tahun yang lepas. Banyak pengalaman pahit dan manis yang telah saya lalui.

Pengalaman Manis


Saya meminta derma ini kepada seorang nenek tua yang agak miskin. Bayangkan, saya nak minta derma daripada mak cik ni pun saya tak sampai hati. Saya bimbing duit untuk dia anak beranak nak makan pun tak cukup.

Tapi, saya tak mahu dia terlepas peluang untuk mencari pahala di akhirat. Ikhlas saya katakan, saya tak menjangkakan satu angka yang besar untuk disumbangkan. Cukuplah bagi saya jika dia menderma barang seringgit dua. Mungkin jumlah ini kecil bagi kita. Tapi besar buat dia.

"Mak cik, saya nak kutip derma untuk sumbangan majlis berbuka puasa di surau kita. Kalau boleh mak cik derma sikit, Alhamdulillah. Tak perlu banyak. Sikit pun tak pa" saya menjelaskan kepadanya.

"Oh.. Nak minta derma ya. Macam ni lah Firdaus. Mak cik nak pi berniaga dulu pagi ni, nanti petang lepas mak cik balik mak cik bagi," ujarnya kepada saya.

Di sebelah petang dia datang ke rumah saya sambil menghulurkan wang.

"Firdaus, mak cik tak dapat sumbang banyak. Ini aja yang mak cik mampu," katanya sambil menghulur duit kepada saya.

Saya melihat dia menghulurkan 3 keping kertas berwarna merah.

Saya ucapkan terima kasih kepadanya. Dalam hati saya, saya hampir menangis.

Saya tahu. Mak cik ini orang susah. Saya selalu melihat cucu dia yang makan nasi kosong tanpa lauk disebabkan kekurangan wang.

Namun, bila nak menderma. Dia terkehadapan. Saya agak yakin, RM30 itu adalah jumlah untung yang dia peroleh untuk hari itu.

Selepas dia pulang. Saya terfikir sejenak. Alangkah indahnya kalau semua orang berfikiran macam mak cik ni. Tak rasa kedekut untuk menyumbang bagi mencari saham akhriat.

Semoga, mak cik ini dikurniakan syurga oleh Allah di akhirat kelak. Amin.


Pengajaran

Pengajaran di sini. Allah memberi hati kita yang tidak sama. Ada yang dikurniakan hidayah oleh Nya. Walau pun miskin, tapi semangat untuk menyumbang tetap tinggi.

Bersyukurlah kita.. Sekiranya Allah menganugerahkan hati yang lembut kepada kita utk membuat amal kebaikan.

Jika hati kita selama ini keras untuk mengeluarkan sedikit duit kita untuk Islam.. fikir-fikirkanlah.. Rezeki yang kita dapat selama ini pun Allah yang beri. Kalau Allah tarik balik. Masa tu. Baru tahu langit tinggi rendah.

Kita kena ingat Allah masa kita senang, supaya Allah ingat kita masa kita susah...


Pahala Memberi Orang Berpuasa Makan

Pahala memberi makan kepada orang yang berbuka puasa adalah sama seperti pahala orang yang berpuasa. Tidak terkurang walau sedikit pun.


Konsep Memberi

Sebenarnya, amalan menderma adalah sesuatu yang bagus. Sebab ia melatih diri kita untuk merasa ingin berkongsi apa yang Allah kurniakan kepada kita dengan org lain. Insya Allah, tak terjejas pun pendapatan kita bila menderma.

Sebenarnya, percayalah... Kita 'miskin' bukan sebab kita kurang 'menerima', tetapi sebab kita kurang 'memberi'. Kalau kita lebih banyak 'memberi', Insya Allah.. lebih banyak yg kita akan 'terima'.

Mohon Sumbangan Ikhlas

Saya mewakili pihak surau saya, ingin memohon kepada jasa baik para pembaca untuk memberikan sedikit sumbangan ikhlas bagi menampung perbelanjaan penduduk di Simpang Empat ini bagi menjalankan program Majlis Berbuka Puasa Beramai Ramai di Surau Simpang Empat, Kg Kedah sepanjang bulan Ramadhan ini.

Kepada yang hendak menderma, tetapi 'sibuk' dan tak sempat nak bank in duit... kepada yang nak menderma, tetapi 'kekurangan' wang... jangan lupa... Niat dan Azam di dalam hati kita.
"Insya Allah, nanti aku bagi".

Azam betul-betul dalam hati. Andai kata, kita tak terbuat. Kita masih dapat pahala niat.

Mereka yang berminat untuk menderma, boleh memasukkan duit sumbangan itu ke akaun Maybank saya, MOHD FIRDAUS BIN MAT SAAD. No akaun : 1521 1604 0160.

Lepas dah bank in, anda boleh maklumkan dengan menulis di "Comment", atau emel kepada saya. Jika anda tulis di ruang 'Comment' selepas anda menderma. Ia bukanlah atas tujuan riyak. Tetapi ia adalah 'pembakar' semangat kepada orang lain untuk turut menderma.

Tarikh Tutup: 17 Julai 2012.

* Semua transaksi duit masuk ke akaun saya mulai hari ini sehingga 17 Julai akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak Surau An Najah Simpang Empat, Kampung Kedah.

Sekian. Wassalam

* Semoga, sedikit amal yang kita lakukan hari ini akan kelihatan besar di akhirat kelak. Semoga Allah memberkati kita semua dan semoga kita semakin hampir kepada Nya.

KUTIPAN UNTUK SUMBANGAN INI TELAH DITUTUP SELEPAS 6 JAM IA DILANCARKAN.

 JUMLAH YANG DIPERLUKAN SUDAH MENCUKUPI. ADA SEORANG PEMBACA BLOG INI YANG SUDAH PUN MEMBERIKAN RM6000 UNTUK PROGRAM BERBUKA PUASA DI SURAU SIMPANG EMPAT, KG KEDAH SELAMA 25 HARI DI SURAU INI.

KEPADA YANG INGIN MENDERMA, NANTIKAN PROJEK KEDUA YANG AKAN SAYA LANCARKAN NANTI.

4 comments:

  1. Salam Tuan Haji,
    Saya ada transfer 5k utk sumbangan ramadhan, insya allah saya transfer lg 1k esok.

    ReplyDelete
  2. Frust!!! Aku punya semangat nak derma...

    ReplyDelete
  3. alhamdullillah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... syukur dipermudahkan urusan tn haji..

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top