Assalamualaikum,

Rasulullah bersabda yang bermaksud, 

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."



Rasulullah bersabda lagi,

 "Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Saya mohon kepada para sahabat untuk mendengar sedikit tazkirah daripada Ustaz Azhar Idrus  mengenai Solat Sunat Dhuha.
 


Solat Sunat Dhuha 

Baru baru ini, saya bersembang dengan seorang sahabat saya yang merupakan seorang usahawan yang berjaya. Saya bersembang dalam banyak hal dengan beliau.

Salah satu yang saya tanya kepada beliau. "Bang, macam mana abang buat semua kerja ni? Saya nampak macam serabut aja kerja abang. Macam mana abang atur kerja?"

Soalan yang mudah saya tanya kepada beliau. Dan jawapannya pun mudah.

"Firdaus, kalau Firdaus nak semua kerja dipermudahkan Allah. Firdaus amalkan solat Sunat Dhuha. Insya Allah, Allah akan tolong atur semua kerja Firdaus. Itu saja yang abang nak pesan."

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.

Selepas kembali dari menunaikan haji tahun lepas, solat Sunat Dhuha memang merupakan amalan saya sekeluarga.

Syukur kepada Nya atas hidayah yang diberikan.

Nasihat Kepada Sahabat

Sesiapa yang rapat dengan saya, saya selalu menasihatkan mereka untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha.

Kalau anda pernah mendengar nasihat ini secara 'direct' daripada saya. Ini bermakna saya betul betul sayangkan anda.

Kalau boleh, saya mahu kita semua mewajibkan diri kita untuk menunaikan Solat Sunat ini.

Allah Allah.. Tak perlulah saya nak menceritakan kelebihannya. Kalau saya cerita kelebihannya panjang berjela pun. Kalau anda tak lakukan pun. Tak guna. Lagi pun, anda boleh search di internet mengenai kelebihan Solat Sunat Dhuha.

Namun, saya bersyukur kerana orang yang rapat dengan saya ramai yang menunaikan Solat Sunat Dhuha. 

 Emak
  
Sekarang ini, mak saya amat menitik beratkan Solat Sunat Dhuha. Tak kiralah, sesibuk mana pun dia hari tu. Dia akan tetap mencari ruang untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha.

Misalnya, kalau kami pergi ke mana mana pun. Amalat Solat Sunat Dhuha tak akan ditinggalkannya.

Ketika di Langkawi minggu lepas pun. Sebelum kami keluar berjalan. Mak saya akan menunaikan Solat Sunat Dhuha dahulu.

Saya seronok melihat mak saya. Nampak dia gembira dengan kehidupannya dan segalanya nampak diatur oleh Allah dengan begitu cantik untuk dia.

Syukur kepada Nya.

Maria

Alhamdulillah. Maria isteri saya. Saya bertanggung jawab penuh ke atas beliau. Dan saya juga akan bertanggung  jawab sepenuhnya ke atasnya di akhirat kelak.

Saya mahu kami semua masuk ke dalam syurga.

Dan saya lebih lebih lagi menggalakkan dia untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha ini. Seronok hati saya melihat dia berwudhuk setiap hari dan menunaikan Solat Sunat Dhuha.

Syukur kepada Allah yang mengurniakan saya isteri yang solehah.


Kakak Ipar

Insya Allah, Abang dan Kakak Ipar saya akan menunaikan Haji tahun ini. Dan syukur, mereka banyak belajar daripada pengalaman saya menunaikan haji pada tahun lepas.

Allah memberi hidayah kepada mereka sekeluarga.

Saya kagum. Saya bersyukur kepada mereka.

Kakak ipar saya mampu untuk mendidik anak anaknya untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha.

Masa mereka pulang ke rumah saya hari itu, saya hampir menangis di dalam hati bila terdengar anaknya yang baru Darjah 6 berkata.

"Mama, Hazim nak pergi ambil wudhuk sekejap. Nak Solat Sunat Dhuha"

Allah Allah.. Saya benar benar tak sangka. Anak saudara saya yang baru berusia 12 tahun pun sudah melakukan Solat Sunat Dhuha.

Mampukah Farees bercakap perkara yang sama satu hari nanti? Saya harap ia begitu.

Saya tak dapat bayangkan, seorang budak yang belum baligh pun lagi sudah pun dididik untuk menjaga Solat Sunat Dhuha. Allah Allah. Semoga Allah terus berikan hidayah buat mereka.

Dan, anaknya yang bongsu. Baru berumur 6 tahun sudah pun menghafal Doa Solat Sunat Dhuha. Allah Allah. Apa lagi yang hendak saya katakan. 

Cemburunya saya. Saya hanya mendapat hidayah ini ketika berumur 30 tahun. Tetapi Allah memberi hidayah kepada mereka seawal usia yang muda ini.

Syukur kepada Nya.

Pelajar MRSM Merbok

Awal bulan April yang lalu, saya ada menyampaikan motivasi kepada para pelajar Tingkatan 5 di MRSM Merbok.

Dan salah satu yang saya nasihatkan kepada mereka adalah mengenai Solat Sunat Dhuha.

Awal bulan ini, saya ada menerima panggilan telefon daripada salah seorang pelajar ini. Beliau ingin mengucapkan terima kasih atas nasihat nasihat yang saya berikan masa sessi motivasi tempoh hari.

Dan saya bertanya kepada beliau.

"Adik, ada tak pelajar Tingkatan 5 yang menunaikan Solat Sunat Dhuha selepas sessi motivasi hari tu?"

"Alhamdulillah. Ramai yang dah Solat Sunat Dhuha. Walaupun tak semua. Tapi, jumlahnya ramai. Dan semua pelajar Tingkatan 5 sekarang ini sudah menunaikan Solat Hajat secara berjemaah setiap malam macam yang Abang cakap hari tu"

Alhamdulillah. Walaupun tak semua. Ada sebahagian kecil yang mendapat hidayah Nya.

Alhamdulillah.



Pagi Ini

Selepas saya update blog Bina Reban - Part 10.  Sekitar jam 8 pagi.

Saya menunaikan Solat Sunat Dhuha.

Air mata saya berjujuran memohon doa kepada Allah.




"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha adalah waktu Mu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahannya adalah keindahanMu, kekuatannya adalah kekuatanMu, kekuasaannya adalah kekuasaanMu dan perlindungannya adalah perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Dengan berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Semoga saya mampu untuk beristiqamah melakukannya.



Sukar Melakukannya?

Ramai dikalangan sahabat saya yang mengatakan sukar untuk beristiqamah melakukannya.

Saya mengatakan ia tidak sukar kalau kita ada KEMAHUAN.

Ia akan menjadi lebih mudah kalau kita kerja sendiri. Kita banyak mempunyai waktu lapang untuk menunaikannya.

Kalau anda kata anda sibuk. Cuba bandingkan. Adakah anda sibuk atau Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat lebih sibuk?

Sesibuk mana pun beliau, beliau akan menjaga Solat Sunat Dhuha. Kerana, beliau ada KEMAHUAN UNTUK melakukannya.

Kita bagaimana? Kita pula sibuk mencipta alasan untuk tidak melakukannya. Berilah. Berilah seribu satu alasan pun. Ianya tidak memudaratkan orang lain pun. Kesannya, untuk diri anda sendiri.

Saya selalu menasihatkan buat kawan saya yang bekerja.

Ambillah wudhuk ketika berada di rumah.Dan apabila tiba di tempat kerja. Singgalah sekejap di Surau di pejabat anda. Tunaikanlah Solat Sunat Dhuha. Ia tidak mengambil masa lebih dari 5 minit. Tapi, lima minit yang anda peruntukkan ini akan mengubah kehidupan anda di dunia dan di akhirat.

Insya Allah.

Apa salahnya, jika kita keluar dari rumah ke tempat kerja 5 minit lebih awal daripada biasa untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha. Berwudhuklah dari rumah. Ia akan lebih mudah untuk dilakukan.

Dan selepas 3 bulan anda mengamalkannya. Anda akan dapat melihat perbezaan dalam hidup anda. Anda akan rasa hidup anda dipermudahkan segala urusan.

Tak percaya? Lakukanlah.

Allah sedang menanti anda melakukannya. Dan Dia tidak sabar untuk mengubah hidup anda. Semoga kita semua mendapat sedikit hidayah daripada Nya atas apa yang  saya tulis ini.

Semoga kita semakin hampir kepada Nya.

Wassalam

3 ulasan:

  1. Assalam,

    Semuga dalam kasih sayang Allah.

    Sangat terkesan di hati catatan tuan haji ini.

    Semuga kita semua istiqamah melakukan segala suruhanNYA dan menjauhi segala laranganNYA.

    Jazakaullah.

    Aj

    BalasPadam
  2. ASSALAMUALAIKUM..

    apa yg tuan haji katakan sangat terkesan.. insyaALLAH sedang diamalkan.. tuan haji sedang mengumpul saham dan pencen akhirat..

    -YUSFARAZI-

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..

    sedang melakukan.. tqvm.. tuan haji mengumpul saham dan pencen akhirat..

    -YUSFARAZI-

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top