Assalamualaikum,

Dalam mesyuarat Sambutan Ramadhan di Surau Simpang 4, Kg Kedah yang lepas, iaitu pada 6 Julai 2012 pihak Surau telah mewakilkan kepada saya untuk mengucapkan terima kasih kepada Saudara XXX yang telah menyumbang sebanyak RM6000 untuk digunakan pihak surau bagi Majlis Berbuka Puasa di Surau ini dan juga akan digunakan untuk aktiviti surau yang lain.

Dalam mesyuarat itu juga, pihak Surau telah bersepakat untuk menukarkan karpet di dalam surau ini.

Hujahnya begini, di sebelah dewan solat surau saya, terdapat dewan solat untuk para pelajar kelas KAFA untuk mereka menunaikan solat dan tempat pembelajaran mereka.

Namun, karpet solat mereka di situ terlalu uzur. Dan ada sebahagian tempat di situ hanya berlantaikan papan.

Pihak Surau bercadang untuk menambah baik karpet di bahagian kelas KAFA ni.

Dan dicadangkan karpet di dewan solat utama dipindahkan ke dewan kelas KAFA untuk tujuan para pelajar bersolat dan belajar di situ dengan lebih selesa.

Dan, di dewan solat utama. Di gantikan dengan karpet yang baru. Sekali lagi, tugas mencari dana diserahkan kepada saya.

Mengapa Saya?

Pihak surau mengatakan yang saya seorang businessman. Maka saya ramai kawan di kalangan businessman. Lebih mudah untuk saya meminta sumbangan daripada businessman kerana mereka boleh menyumbang dalam kuantiti yang agak besar. Lebih mudah dan cepat jika diminta daripada orang kampung.

Dan saya juga mempunyai blog ini untuk saya membuat kutipan derma.

Saya tak dapat membuat iklan di sini terlebih awal kerana saya baru sahaja mendapat sebut harga daripada kontraktor yang akan menukar karpet ini.

Kos Karpet

Luas keseluruhan dewan solat surau saya adalah 30' lebar dan 50' panjang. Maka luasnya adalah 1500 kaki persegi.

Dan kos untuk setiap kaki persegi adalah RM5.50. Maka jumlah kos yang diperlukan untuk menukar karpet ini adalah RM8250.

Jumlah Diperoleh Setakat Ini

Saya dan ahli keluarga saya yang lain bersepakat untuk menderma sebanyak RM3000. Maka, sebagai permulaan, jumlah semasa yang sudah dikumpul sekarang adalah RM3000.

Saya memastikan ahli keluarga saya tidak terlepas untuk membuat pahala ini.

Ini kerana pahalanya teramat besar. Berbanding duit yang disumbangkan.

Setiap kali ada orang yang bersolat di surau ini, setiap kali itulah pahala akan diperoleh oleh mereka yang menderma. Dan saham ini akan berterusan selagi mana ia digunakan di surau ini.

Dan saya menjangkakan jangka hayat karpet ini sekitar 15-20 tahun.

Bayangkan yang minimum, 15 tahun x 365 hari x 5 x sehari bersolat. Masya Allah. Subhanallah. Besar sungguh pahala bagi mereka yang menderma.

Setiap sujud orang yang bersolat di sini, setiap kali itulah pahala akan sampai kepada kita.

"Small investment with high return" Only smart people will do this investment.

Masa Semakin Suntuk

Pihak surau merancang untuk menukar karpet ini sebelum bulan Ramadhan. Dalam erti kata lain. Dalam tempoh 7 hari lagi.

Buat masa ini, saya hanya mempunyai RM3000 daripada RM8250 jumlah keseluruhan.

Sekiranya jumlah kutipan tidak mencukupi, saya akan meminta pihak surau untuk membuat sedikit penambahan bagi baki yang berkurang.

Dalam masa yang sama, saya juga sekarang ini sedang meminta sumbangan daripada sahabat sahabat saya yang turut membuat business.

Dan yang menariknya, pagi tadi. Ada seorang Cina yang nak menyumbang RM300 untuk projek ini. Subhanallah.Orang Cina pun nak menyumbang kepada Islam. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.

Gambar Terkini

Karpet sekarang di ruang solat utama. Karpet ini akan dipindahkan ke ruang solat dan pembelajaran pelajar KAFA selepas karpet baru datang nanti.

Karpet di ruang wanita yang begitu uzur

Tempat kelas pelajar KAFA belajar dan menunaikan solat. Ada ruang yang hanya berlantaikan papan.

Ini ruang tempat pelajar KAFA menunaikan Solat dan Belajar. Terlalu uzur karpet mereka ini.
Ini adalah rekabentuk karpet baru yang telah dibawa sample oleh pihak kontraktor kepada saya.
Ayuh. Ayuh kita semua pastikan. Karpet di surau ini mampu ditukar dalam tempoh 7 hari dari sekarang. Dan insya Allah, selepas karpet ini ditukar. Saya akan mengupload gambar terbaru di surau ini.

Bagi Yang Mahu Menderma

Bagi yang mahu menderma, saya mohon jasa baik tuan tuan untuk bank in duit ke akaun saya MOHD FIRDAUS BIN MAT SAAD. Akaun No 1521 1604 0160. Maybank.

* Saya nak bagi akaun surau saya, ia akaun Bank Islam. Mungkin sukar bagi anda pula untuk transfer. Sebab itu saya gunakan akaun personal.

* Bagi yang sudah transfer, sila tulis di ruangan komen di bawah. Nama jika mahu, dan jumlah yang disumbangkan. Ia akan memberi semangat kepada yang lain untuk turut berlumba membuat kebaikan.

Semoga 7 hari lagi, menjelang Ramadhan, karpet surau ini akan bertukar dan akan membangkitkan lagi semangat penduduk di Simpang 4 ini untuk menunaikan solat secara berjemaah di surau ini.

Ini yang saya harapkan.

PENGUMUMAN. KUTIPAN DANA INI SUDAH DITUTUP. DUIT YANG DIPERLUKAN SUDAH MELEBIHI DARI JANGKAAN SAYA. DUIT LEBIH AKAN SAYA SERAHKAN KEPADA PIHAK SURAU UNTUK AKTIVITI SURAU.

Printscreen duit kutipan selama 4 jam. Bermula jam 9 pagi - 1 petang.
Wassalam.

11 comments:

  1. dari hamba Allah RMXXX...sila check email & akaun haji firdaus ye...

    ReplyDelete
  2. Sedikit sumbangan ikhlas dari saya telah bank in pagi ini.

    ReplyDelete
  3. tuan haji

    13 JUL 2012, FRI,10:00 3rdPartyTransfer
    3rdPartyTransfer (MOHD FIRDAUS BIN MAT) - 562085504214 152116040160 150.00 Successful 1662821762

    regards

    ReplyDelete
  4. ikhlas dari saya

    ReplyDelete
  5. Setakat jam 10.13 am. Kutipan adalah RM100 + RM150. Thanks kpd yg derma.

    Kutipan masih dibuka dan jauh lagi dari sasaran.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. Tlg check acc hj firdaus. ...tq.

    ReplyDelete
  7. Pungutan derma ditutup. Duit sudah cukup. Firdaus.

    ReplyDelete
  8. Salam Tn. Hj,

    Saya bank in semampunya.

    Moga gunakanlah yg sebaiknya di jlnNya.

    Hamba Allah.

    ReplyDelete
  9. Allah...cepatnya tutup akaun... kepada penderma2..mohon kerjasama, derma dalam amaun yang sikit dulu, bagi peluang kami-kami yang ingin menderma juga. Sejam lagi waktu tamat, kalau masih kurang, baru la penderma2 dermawan tolong tambah cukupkan. Dah 2kali terlepas peluang ni. Sekali program berbuka ramadhan, rasanya ramai yg terlepas peluang sebab sorang dermawan dah derma Rm6000. Moga Tuan Hj Firdaus dapat pertimbangkan..next time, bagi peluang penderma2 yg tak seberapa ni derma dulu. Contoh, siapa nak derma Rm100 ke bawah, sila derma sekarang.. Rm500 kebawah sekian2 waktu..
    Rugi saya, terlepas saham akhirat.

    ReplyDelete
  10. alamak,tak dan apa2,dah abis ke...??? ingat ada la rezki lebih nak wat saham akhirat pada tpt yg btl,tgk2 dah tutup....bila nak buka lagi abg firdaus...??? klu ada lg,info dlm fb ye,baru kami dpt tau cpt.....

    ReplyDelete
  11. perghh..pemurah sngguh pmbaca blog nih.sy bru bkak post nih dh ttup dh program smbangan..tahniah kpd semua yg smpat mnderma.moga lain kali ada ksempatan bt sy pulak..InsyaAllah..

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top