Assalamualaikum,

2 minggu lepas. Saya menerima satu mesej daripada seorang warga Myanmar.

Berlakulah 'perbualan' antara kami melalui mesej.

"Assalamualaikum, Tuan Haji Firdaus ada kerja kosong tak? Saya nak kerja. Saya susah"

"Waalaikumsalam. Siapa ni"

"Nama saya Mohd Inaamollah Ibnu Ismail. Orang Burma. Sekarang saya tak da kerja. Betul betul susah la tuan haji. Tolong saya la"

"Nanti saya telefon, saya sedang solat Isyak. Kamu ada permit tak?"

"Saya pakai kad pelarian. UNHCR"

Selepas solat Isyak, saya menelefon beliau.

"Bang, boleh tolong saya. Saya mahu kerja.Saya susah sekarang."

"Kamu mahu kerja ayam? Kalau kamu mahu, saya akan rekemen dekat kawan saya"

"Boleh bang. Kerja ayam pun boleh. Tapi bang, saya nak pinjam duit boleh tak? Saya dah tak ada duit. Saya nak makan pun tak ada duit."

"Ok. Kamu ada di masa sekarang ni? Nanti saya pergi cari kamu."

Terus terang saya katakan. Hidup saya agak rapat dengan pendatang asing. Kebanyakan pendatang asing yang kerja di sekitar rumah saya akan mengenali saya.

Bila mereka 'terdesak' atau dalam kesukaran. Mereka akan mencari saya. Biasanya mereka mahu meminjam duit daripada saya.

Dan saya mudah kasihankan orang. Ini 'kelemahan' saya.

Saya pernah tinggal di luar negara selama 3 tahun ketika saya belajar di United Kingdom 12 tahun lepas. Saya tahu 'susahnya' hidup di negara orang. Tiada ibu bapa. Tiada saudara mara yang boleh membantu kita. Hanya ada rakan rakan di sekeliling kita. Dan rakan rakan pun masing masing ada masalah. Jadi, sukar untuk mencari tempat untuk meminta pertolongan.

Saya memahami, saudara Innamollah benar benar dalam kesusahan. Jika tidak. Pasti beliau tidak menghubungi saya dan meminta untuk meminjam wang walaupun beliau tahu saya tidak mengenali beliau.

Keesokannya, pada awal pagi saya menelefon beliau. Saya mahu mencari beliau untuk memberi 'sedikit' wang untuk beliau buat belanja. Saya juga ada membawa sedikit bekalan makanan untuk beliau makan.

Saya bertanya, "Kamu di mana sekarang?"

"Saya di Surau Al Ansar." Jawab Inamollah.

"Ya lah, Surau Al Ansar tu di mana? Di taman apa? Saya tak tahu," saya membalas.

"Di surau yang di tepi sekolah."

Selepas saya memikirkan surau di tepi sekolah. Saya menjawab.

"Surau di Taman Semarak kah?"

Beliau menjawab, "Ya"

Saya terus memandu ke situ bersama sedikit wang dan makanan untuk beliau.

Bila saya tiba di surau itu, tiada siapa yang kelihatan. Saya menelefon beliau semula. Dan beliau mengatakan yang dia sekarang berada di surau itu.

Masya Allah. Rupa rupanya, kami berdua menunggu di surau yang berbeza. Dia di surau lain, saya di Surau Taman Semarak.

Saya marahkan dia kerana salah bagi info kepada saya. Dan beliau hanya tahu yang sekarang dia di Surau Al Ansar. Tanpa menyatakan Surau Al Ansar itu di taman mana.

Berang di sebab salah info. Saya terus ke tempat lain untuk urusan kerja saya.

Tiba tiba, beliau menghantar mesej kepada saya.

"Tolong jangan marah la tuan. Surau Nurul Ansar di Taman Harapan"

Hmmm.. Kalaulah dia cakap surau tu di Taman Harapan awal awal kan senang. Dekat dengan rumah saya. Ni saya pergi cari dia di surau Taman Semarak.

Disebabkan beliau tidak menghubungi saya selepas itu. Saya pun terlupa untuk menghubungi beliau kembali.

Hinggalah saya menelefon kawan saya yang menternak ayam dan beliau mahukan pekerja. Saya terus menghubungi Innamollah dan memberi nombor telefon sahabat saya untuk mereka berhubung.

Saya menjangkakan urusan saya selesai. Saya pun malas nak ambil tahu yang seterusnya. Saya dah bantu dia dapatkan kerja. Sama ada dia nak kerja atau tak. Terpulang. Itu hak dia.

Tiba tiba hari ini, saya mendapat mesej daripada nombor telefon Innamollah.

"Tuan Firdaus, Innamollah sudah meninggal dunia. Al Fatihah. Langgar lori. Kepala pecah. Tangan, kaki, badan semua sudah patah. Sudah hancur"

Innalillah Hiwainna Ilaihirajiun. Daripada Allah kita datang. Kepada Allah kita kembali.

Saya menelefon ke nombor telefon Innamollah.

Sahabat beliau yang angkat telefon. Mengatakan yang Innamollah sudah meninggal dunia akibat dilanggar lori.

Semua kepala, badan, tangan, kaki beliau hancur.

Saya rasa terkilan. Pertama kerana saya tidak memenuhi hajat orang yang susah. Beliau kelaparan dan ketiadaan wang untuk makan. Saya tak dapat bantu. Saya tak bersungguh untuk nak bantu dia semasa dia susah. Sepatutnya, saya pergi mencari dia di Taman Harapan selepas itu.

Namun, menyesal sekarang tiada gunanya.

Beliau sudah tiada.

Saya mendoakan agar Allah memasukkan roh beliau bersama orang orang yang soleh. Semoga beliau dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

Walaupun saya tidak pernah bersua muka dengan beliau. 'Perkenalan' yang terjalin melalui telefon dalam masa yang singkat itu menyentuh hati dan perasaan saya selepas mendengar beliau meninggal.

Kepada para pembaca, saya mohon marilah kita sedekahkah Al Fatihah untuk Innamollah dan semua muslimin dan muslimat yang sudah meninggal dunia. Semoga mereka semua berbahagia di sana. Dan kita jua akan menyusul kemudian untuk bersama mereka.

Al Fatihah.....

Wassalam

5 ulasan:

  1. U telah terlepas 1 anugerah yang besar Allaah telah berikan kepada u Haji dalam hadis ada menyebut:

    Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan segala hajatnya." (HR Abu Daud)

    Allaah Sedih bila I baca cerita u kali ni....I terus terang I katakan, I memang suka bergaul bersama org yang lebih rendah daripada I pasai depa ni lebih berhati terbuka...terutama sekali dgn warga asing kerana mereka ni golongan yang ditindas..diperah tenaga tetapi ada yg tidak dibayar gaji...tapi x apalah mohon ampunlah haji Agar Allaah maafkan kita diatas kelalaian kita

    BalasPadam
  2. Alfatihah. moga arwah dicucuri rahmat.

    BalasPadam
  3. Ada insan diuji Allah swt sedemekian rupa. Masha Allah, apalah sangat ujian ALlah pada kita dibanding pada saudara yang berjauhan seorang diri dari keluarga tanpa ada sesuatu untuk dimakan dan rakan dan saudara untuk menolong.

    Memang makna saudara seagama semakin luntur dalam hati sanubari umat islam dan itu termaksud saya.

    BalasPadam
  4. Salam bang,mmg menyayat hati bila baca cite abg ni..kdg2 org yg mintak tolong kite ni nak mungkin nak ambik kesempatan kt kita..tp dari segi agama tak kira lah yg mintak sedekah tu betul susah ke tak xpe..kite bg je bantuan..pahala tu dah dijanjikan.mcm kes abg ni agak terkilan kan bila ending macam tu..

    BalasPadam
  5. Assalam,

    Semuga dalzm redha Allah.

    Semuga rohnya dicucuri rahmat dan di tempstkan bersama orang orand yang soleh dan beriman. Amin

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top