Assalamualaikum,

Subhanallah. Sebelum ini, saya sering melihat jadual kuliah Prof Kamil sepanjang beliau bercuti di Malaysia.

Terdetik di hati saya. Ya Allah. Semua kuliah Prof diadakan jauh dari tempat saya. Di Labuan, Dungun, Kuala Lumpur, Shah Alam dan sebagainya.

Masya Allah. Jauhnya. Macam mana 'aku' nak dengar kuliah Prof Kamil.

Saya hanya mampu mewarwarkan jadual kuliah beliau dalam blog saya. Mudah mudahan, kalau saya tak mampu pergi. Anda dapat 'mewakilkan' saya untuk pergi ke kuliah beliau.

Hari ini, Allah sudah memperkenankan apa yang terdetik di hati kecil saya. Ada seorang pembaca blog iini yang memaklumkan saya bahawa ceramah Prof Kamil dah ada di Youtube.

Terus saya membuka youtube. Dan mendengar ceramah beliau.

Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah. Saya sudah mendengarnya. Semoga anda dapat meluangkan masa untuk mendengarnya. Semoga terdetik dihati kecil kita untuk mendekatkan diri kepada Nya.









Semoga kita semua mendapat manfaat daripada apa yang Prof Kamil sampaikan.

Wassalam.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum..

    Prof. Kamil pernah menjadi Dekan di fakulti sy di UITM Shah Alam.. sngat hebat dan terkesan dgn ceramah2 nya.. pemurah orgnya..

    -Yusfarazi-

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dapat juga mendengar ceramah prof mki buat pertama kali, selama ini hanya membaca bukunya shj. Terima Kasih kepada penyumbang dan penyiar dlm blog.

    BalasPadam
  3. Assalam,

    Semuga dalam kasih saya Allah.

    Terima kasih kongsi ceramah prof kerana saya jua tak berkesempatan.

    Semuga tan haji dan keluarga dalam rahmat Allah.

    AJ

    BalasPadam
  4. Suka sangat ceramah Prof Kamil. Boleh juga dengar ceramahnya di youtube dengan tajuk "Muhasabah Haji". http://www.youtube.com/watch?v=6ZbiD7s295o

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top