Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Syukur. Ada juga orang yang upload video ceramah Prof Kamil semasa majlis Pelancaran Buku Bersyukur Saat Diuji di Intekma Resort, Shah Alam pada 14 Julai 2012 baru baru ini.

Subhanallah.

Teruja mendengar ceramah daripada Prof Kamil yang penuh bertenaga, berilmu dan banyak manfaat yang boleh dikutip.

Semoga Allah beri hidayah kepada kita semua. Semoga kita dapat beramal ibadah dan mendekatkan diri kepada Nya.

Selamat Mendengar.









Terima Kasih

Dua minggu lepas, saya ada menerima emel daripada salah seorang pembaca blog ini.

Beliau mengatakan yang beliau mahu menghadiahkan saya buku Prof Kamil, Bersyukur Saat Diuji.

Subhanallah.

Tak sangka ada orang yang nak beri hadiah kepada saya. Buku Prof Kamil lagi. Masya Allah.

Mana mungkin saya dapat menolak hajat daripada Encik Yahya. Bila saya tanya beliau mengapa beliau mahu menghadiahkan saya buku ini.

Beliau menjawab, beliau mahu saya gunakan ilmu yang ada dalam buku ini. Beliau berharap agar beliau mendapat sedikit pahala daripada ilmu yang saya amalkan melalui buku ini.

Alhamdulillah. Semalam, saya sudah menerima buku yang dipos kepada saya. Bersyukur Saat Diuji.

Buku yang dihadiahkan kepada saya.


Insya Allah, sekarang saya dalam proses untuk 'menghadamkan' buku ini.

Dan saya mahu pahala En Yahya berpanjangan.

Jika berkelapangan, saya akan berkongsi dengan para pembaca apa yang saya pelajari daripada buku Prof Kamil ini.

Mudah mudahan, apabila ada para pembaca yang baca blog ini, dan mereka amalkan ilmu yang saya sampaikan, pahalanya akan sampai kepada En Yahya juga.

Saya terharu dengan hadiah yang diberikan kepada saya ini.

Namun, ada yang lebih istimewa.

Di muka surat pertama buku ini, ada tandatangan Prof Kamil. Tertulis di situ.

"FIRDAUS, MOGA DIRAHMATI ALLAH. PROF KAMIL. 14/7/2012"

Subhanallah. Sedikit tulisan daripada Prof Kamil ini menyentuh perasaan saya. Emosi saya terganggu. Terasa seperti saya perlu berusaha lebih keras lagi untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Terasa seperti baru semalam bertemu Prof Kamil.

Syukur dapat lihat video ceramah daripada Prof Kamil. Dapat mengubat rindu di hati. Semoga Allah lanjutkan usia Prof Kamil. Dan lebih banyak ilmu dapat beliau sampaikan kepada kita semua.

Buat Prof Kamil. Semoga Dirahmati Allah. http://www.muhdkamil.org/

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top