Assalamualaikum,

Hari Ahad lepas, kontraktor yang akan memasang karpet di surau saya sudah datang ke surau untuk mengukur ukuran sebenar saiz surau.

Setelah diukur, kos untuk memasang karpet di keseluruhan surau ini adalah RM8150. Dan jumlah kutipan yang saya peroleh daripada blog ini adalah RM5850. Di tambah dengan sumbangan dari ahli keluarga saya RM3000. Jumlah terkumpul adalah RM8850.

Baki lebihan di tangan saya adalah sekitar RM700.

Dan setelah berbincang dengan pihak AJK Surau, lebihan duit ini akan digunakan untuk membeli 'Vacuum Cleaner' yang baru. Yang lebih bagus dan mudah digunakan untuk menyedut habuk di karpet nanti.

Dan lebihan dari itu akan digunakan untuk membeli kerusi sebanyak 4 buah untuk jemaah uzur bersolat. Dua untuk jemaah lelaki. Dua untuk jemaah wanita.

Masya Allah.

Besarnya 'pencen kubur' para penderma. Semoga Allah merahmati kita semua. Yang tak sempat menderma, tak pa.

Niatkan dihati, "Aku tak sempat nak menderma hari tu. Kalau aku buka blog awal.Aku pun nak menderma". Insya Allah. Malaikat dah tulis pahala yang sama macam orang yang menderma.

Saya sudah pun menjelaskan bayaran sepenuhnya kepada Kontraktor yang akan memasang karpet ini. RM8150. Dan insya Allah. Karpet baru akan dipasang sama ada petang ini atau pun pagi esok.

Yang pasti, anda yang menderma dan yang berniat nak menderma tapi tak sempat akan mula mendapat 'pencen kubur' anda bermula Solat Terawikh malam pertama Ramadhan. Insya Allah.

Beruntunglah mereka yang menyumbang ke jalan Allah semata mata kerana Nya.

Kontraktor membawa lebih banyak pilihan corak dan warna. Ada sekitar 30-40 corak yang dibawa. Dan 7 corak diatas ini adalah yang difinalisekan.
Daripada 7 yang dipilih. Ini adalah dua warna terakhir yang menjadi pilihan majoriti AJK yang 'bersidang' hari itu. Hmm. Cuba teka. Apakah warna pilihan untuk surau kami?
Saya sebenarnya gembira. Bersyukur dan terharu atas sokongan anda semua. Semoga sedikit sumbangan kita pada hari ini akan kelihatan 'besar gila' di akhirat kelak.

Sama samalah kita berlumba untuk membuat kebaikan.

Wassalam                

* Saya ada satu idea lagi untuk projek yang seterusnya. Namun, masih dalam peringkat perancangan. Bagi saya tempoh sekitar seminggu. Selepas semuanya ready, saya akan maklumkan kepada anda.

* Ujian untuk projek ini sudah dijalankan untuk 2 orang. Dan sudah menampakkan impak yang positif. Saya sekarang sasarkan agar projek terbaru ini dapat memberi manfaat kepada 100 orang untuk fasa pertama. Dan jika respond positif, kita cuba sasarkan untuk jumlah bilangan yang lebih besar.

* Sama sama kita doakan.

* Sama sama kita fikirkan. Apa yang kita boleh sumbang untuk agama kita. Kongsikan cadangan anda di sini.

* Jika mampu, insya Allah. Kita sama sama warga blog Maria Firdaus akan bekerja sama untuk terus mencari pencen kubur kita.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top