Assalamualaikum,


Berita Kematian

Pagi ini, saya dikejutkan dengan berita seorang sahabat saya di UK dahulu meninggal dunia.

Beliau merupakan seorang Doktor Gigi. Baru berusia 33 tahun dan meninggak dunia akibat serangan jantung.

Arwah sudah berumah tangga dan meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak.

Masya Allah. Besar sungguh ujian yang Allah timpakan buat mereka sekeluarga. Anak yang masih kecil baru berusia setahun.

Doa saya buat mereka, "Semoga Allah merahmati roh sahabat saya dan semoga Allah membantu segala urusan buat isteri dan anak-anak mereka"

Semasa hayat, arwah merupakan seorang yang baik dan aktif. Seorang yang sihat dan kurus. Jika difikirkan, tak logik untuk arwah terkena serangan jantung.

Namun, takdir Allah mengatasi segalanya.

Dan kini saya mula terfikir, jika Allah boleh mengambil nyawa arwah pada usia muda. Bagaimana dengan saya? Allah boleh ambil nyawa arwah. Allah boleh ambil nyawa saya.

Tak dapat saya bayangkan Farees membesar tanpa seorang ayah.

Sesungguhnya kematian begitu hampir dengan kita. Semoga kita bersedia untuk menghadapinya.


Tazkirah Ramadhan

Saya sebenarnya cuak. Saya tak 'pandai' bagi tazkirah. Tambahan pula kalau point tak cukup. Lagi la saya gelabah.

Minggu lepas, Ustazah bagi tahu saya cakap lah apa yang saya nak cakap. Asalkan bagi manfaat.

Kemudian, Ustazah minta saya cerita pengalaman berniaga dan di ikuti dengan tazkirah Ramadhan.

Saya pun bersiap sedia dengan dua topik yang berbeza. Namun, hari ini Ustazah menghantar mesej kepada saya.

Tajuk sebenar untuk sessi tazkirah esok adalah "Mencari Keberkatan Berniaga di Bulan Ramadhan"

Masya Allah. Puas saya memikirkan bagaimana nak relatekan apa yang saya dah ready dengan tajuk yang baru diberi.

Dan syukur. Malam ni segalanya sudah tersedia. Esok saya perlu touch up saja lagi untuk bagi lebih 'terkesan' dihati pendengar.

Semoga Allah membantu saya.

Jam sekarang pukul 11.00 malam. Saya perlu tidur.

Esok pagi nak bangun jam 4.48 pagi untuk sessi Tahjud & Qiamullail.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya dan semoga semuanya dipermudahkan. Doakan saya.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top