Assalamualaikum, 

Baru baru ini, saya ada berjumpa dengan seorang sahabat. Beliau ada membaca blog saya untuk mencari ilmu ilmu ayam.Beliau bertanya saya kenapa dah lama tak update blog berkaitan BINA REBAN.

"Reban tu tak siap lagi ka?" soalan ditujukan kepada saya.

"Reban tu dah lama siap. Cuma saya tak berkesempatan untuk update gambar gambar reban di Kuala Kangsar kat blog." saya menjawab.

Untuk makluman, reban itu dah lama pun siap. Dah lama pun masuk ayam. Insya Allah, tak lama lagi ayam pun dah nak keluar. Bila saya tak update blog, tak bermaksud kerja tu terhenti.

Insya Allah, untuk entri kali ini. Saya akan ceritakan sekali harung. Full Version sambungan cerita Bina Reban - Part 9 yang dahulu.

Berikut adalah gambar gambar pembinaan reban ini sehingga siap.
Kayu kayu dilekatkan ke besi untuk dipasang syiling
Syiling dipasang ke kayu yang sudah siap dilekatkan di besi. Saya menggunakan Aluminium Foil yang lembut TAPI tak mudah koyak. Ia lebih mahal daripada kain kanvas sebagai syiling yang biasa digunakan oleh kontraktor yang lain.
Aluminium Foil ini bertindak sebagai heat reflector untuk memantulkan kembali haba panas ke atas
Selepas semua syiling di pasang. Kerja kerja memasang pintu di reban bermula.
Kemudian, saya membina rangka untuk memasang kipas pula
Kipas Cumberland yang mula dipasang di rangka yang sudah siap tersedia.
Kerja kerja pemasangan kipas hampir siap.
Alhamdulillah. Semua kipas siap dipasang dengan begitu cantik dan kemas.
Pekerja saya membuat final touch dekat kipas untuk menutup semua lubang lubang udara di kawasan sekitar ini bagi mengelak 'kebocoran angin' dalam reban
Pandangan kipas dari belakang reban
Seterusnya, kerja kerja memasang niple line bermula
Kerja kerja menyambung minuman automatik ayam.
Alhamdulillah. Niple line yang pertama sudah tergantung. Kerja kerja menggantung niple line yang lain diteruskan.
Kemudian, kerja kerja memasang tong makanan pula dilakukan
Tong makanan yang sudah siap digantung
Kerja kerja menggantung minuman dan makanan ayam sudah siap sepenuhnya.
Kerja seterusnya adalah memasang kanvas untuk menutup reban sepenuhnya.
Kerja kerja menutup reban dilakukan.
Kemudian, kerja kerja menurap lantai di sekeliling reban dijalankan.
Lantai di sekeliling reban yang sudah siap diturap
Seterusnya, kerja kerja memasang minuman ayam dari tangki untuk masuk ke dalam reban. Ini adalah water filter dan meter air.
Kolam untuk tangki simpanan air cooling pad
Seterusnya, kerja kerja memasang cooling pad dijalankan.
Pemasangan cooling pad yang baru separuh siap.
Pemandangan reban dari hadapan ketika kerja kerja memasang cooling pad dijalankan.
Cooling pad yang siap dipasang dengan begitu kemas dan cantik
Kaun kanvas yang dipasang ditepi reban.
Lagi pemandangan kain kanvas yang dipasang
Pemandangan dalam reban yang sudah siap sepenuhnya
Luar reban yang sudah siap dipasang sepenuhnya.
Tempat air masuk ke dalam nipple line dalam reban.
Wiring kipas
Kipas yang sedang diuji
Ini adalah timer untuk kipas
Reban yang siap dipasang dengan wind breake. Gambar di atas adalah ujian wind speed yang sedang dijalankan didalam reban oleh pihak Cumberland
Ini adalah average speed angin dalam reban itu. 546 feet per minute. Alhamdulillah. Ia lebih daripada mencukupi. Minimum speed yang diperlukan adalah 400 feet per minute.
Pihak Cumberland menjalankan pemeriksaan ke atas cooling pad yang dipasang.



Sujud syukur saya kepada Allah kerana Allah memberi kekuatan kepada saya untuk menyiapkan reban ayam ini.

Saya bersyukur kepada Nya kerana walaupun Allah menguji saya dengan pelbagai ujian untuk menyiapkan reban ini. Dalam masa yang sama Allah memberi kekuatan kepada saya untuk menghadapi setiap ujian ini.

Selepas ini, insya Allah. Saya akan berusaha untuk meneruskan lagi kerja kerja pembinaan reban ayam orang lain pula. Adakah anda pemilik reban ayam yang seterusnya?

Semoga Allah akan terus memberkati rezeki Nya kepada saya. Amin.

Alhamdulillah.

Selepas ini, saya akan upload gambar gambar anak ayam yang sudah masuk di reban ini.

Saya berharap para peminat ayam yang melawat blog saya berpuas hati dengan gambar gambar yang saya update kali ini. 'Hutang' saya selesai. Anda dapat melihat sendiri bagaimana proses pembinaan reban ayam yang saya lakukan dari peringkat awal hinggalah ia siap sepenuhnya.


Wassalam

4 comments:

  1. Alhamdulillah,
    ILMU dunia dapat, ILMU akhirat pun dapat. . . . .semoga Allah memberkati usaha usaha tuan, dan sentiasa di dalam peliharaan Nya jua.

    ReplyDelete
  2. terima kasih,ilmu yg en.firdaus kongsikan berguna untuk saya.mudah2 han berjaya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. syukur...

    ReplyDelete
  4. As,kum tuan...nama saya shazwan dari selangor...saya sangat berminat dengat usaha tuan dengan menjalankan perniagaan ternakan ayam..saya sekarang bekerja sebagai seorang executif di sebuah syarikat di KL,tetapi saya sangat berminat dalam bidang ternakan dan ingin menjalankan perniagaan ternakan ayam seperti tuan..kebetulan saya mempunyai tanah sendiri berukuran 1.7 ekar diselangor ( Tanah pusaka ) dan saya tak pernah mengusahan tanah tersebut...saya harap tuan boleh berikan tunjuk ajar untuk memanfaatkan tanah yang ada dengan memulakan projek ternakan ayam dikawasan tersebut..saya sanggup untuk berguru dengan tuan.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top