Assalamualaikum,

Ini ilmu pertama yang diajar oleh Dr Azizan.

Beliau menceritakan cara cara untuk memastikan seorang usahawan itu lebih cepat berjaya.

M - Mentor
E  - E/Ilmu
S  - Sistem
T  - Tindakan
I   - Impian

Mentor

Untuk seseorang Usahawan berjaya. Beliau memerlukan Mentor yang sudah pun terbukti berjaya.

Perumpamaan yang beliau berikan begini.

Semua orang boleh menaiki Gunung Kinabalu. Cuma yang membezakan adalah ada orang yang sampai cepat ke puncak dan ada yang sampai lambat ke puncak.

Cuba bandingkan seorang yang menaiki Gunung Kinabalu seorang diri tanpa dibantu oleh orang lain. Beliau akan tetap sampai ke kemuncaknya. Namun, beliau akan mengambil masa yang panjang kerana terpaksa menempuh pelbagai ranjau yang berduri.

Dibandingkan dengan seorang lagi yang menaiki Gunung Kinabalu, tapi dia dibantu oleh seorang juru pandu yang sudah menjadi kerjanya mendaki Gunung Kinabalu. Beliau akan dibantu untuk melalui jalan yang lebih mudah dan mengelak daripada melalui jalan yang sukar. Maka, beliau akan lebih cepat untuk sampai ke kemuncaknya.

Begitulah juga dengan Usahawan. Seorang usahawan lebih mudah dan cepat berjaya kalau dibantu oleh usahawan lain yang sudahpun berjaya.

Maka, untuk berjaya dengan lebih cepat. Kita memerlukan seorang mentor yang boleh membantu kita untuk menjadi usahawan yang berjaya dengan lebih cepat.

Saya bagi satu contoh.

Semasa saya memulakan perniagaan ternakan ayam ini, saya tidak mendapat mentor yang betul. Maka saya banyak melakukan kesilapan. Dua tahun pertama saya menjalankan perniagaan merupakan tempoh yang amat sukar untuk saya.

Selepas bertemu dengan mentor yang betul, Alhamdulillah. Barulah saya nampak perniagaan ayam ini rupanya menguntungkan.

Dan mereka yang belajar daripada saya dapat mengelak daripada melakukan kesilapan yang telah saya lakukan. Mereka lebih pantas berjaya.

Nasihat Dr Azizan kepada para usahawan, carilah Mentor yang sudah berjaya dan belajarlah daripada mereka. Insya Allah, kita akan lebih cepat berjaya.

Jangan tersalah mencari mentor. Takut takut dia membawa kita ke jalan yang salah.

Ilmu / Elmu

Untuk berjaya, seorang usahawan itu perlukan ilmu. Usahawan itu perlulah menjadi 'pakar' dalam bidang yang diceburi untuk mempercepatkan langkah untuk menjadi usahawan berjaya.

Dr Azizan sengaja mengeja Ilmu dengan Elmu, ini kerana Ilmu tanpa Emosi yang kuat tidak mampu untuk mendorong kita untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Untuk berjaya, seseorang itu perlulah mempunyai emosi, iaitu keazaman yang kuat dari dalam diri yang mengatakan, "Aku mesti kaya dan berjaya"

Dengan emosi dalam diri yang kuat, barulah seseorang itu mampu untuk melakukan sesuatu yang luar biasa untuk mencapai kejayaan yang luar biasa.

Dan ilmu ini haruslah diperdalami sebelum seseorang itu memulakan perniagaannya. Dan ia harus dipelajari daripada Mentornya.

Sistem

Setiap orang yang sudah berjaya, akan meninggalkan 'track' yang telah beliau lalui sehingga beliau berjaya.

'Track' inilah yang dinamakan Sistem.

Maka, mereka yang baru ingin menceburi bidang perniagaan itu haruslah mengikut Sistem yang telah digunakan oleh mereka yang telah berjaya.

Jika kita melakukan apa yang telah dilakukan oleh orang yang berjaya, maka kita TERPAKSA berjaya seperti mereka.

Kerana kita juga melakukan perkara yang sama yang telah mereka lakukan. Tindakan yang sama akan menghasilkan 'result' yang sama.

Dalam memulakan perniagaan, kita seharusnya mempunyai perancangan apa yang perlu dilakukan untuk memastikan perniagaan yang akan dilakukan berjaya. Inilah yang dinamakan Sistem.

Insya Allah. Dengan Sistem yang terbukti berkesan, kalau kita ikuti. Pasti dan pasti kita akan berjaya.

Dr Azizan menceritakan, dalam Seminar AMP ini, beliau hanya mampu memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai Mentor, Elmu dan Sistem sahaja.

Tindakan dan Impian haruslah dilakukan oleh para peserta sendiri.

Beliau memberi perumpamaan yang kita boleh menarik seekor kuda ke tepi sungai, tetapi kita tidak boleh memaksa kuda itu untuk minum.

Beliau boleh memberi tunjuk ajar yang sebaiknya dari segi Mentor, Elmu dan Sistem. Namun, jika tiada Tindakan dan Impian daripada kita. Maka, beliau tidak dapat membantu kita lagi.

Kita seharusnya bertindak selepas mempelajari apa yang perlu. Dan kita juga harus mempunyai Impian, apa yang ingin kita capai melalui perniagaan yang kita jalankan.

Orang yang berjaya akan mempunyai Impian yang jelas apa yang mereka mahukan daripada apa yang mereka lakukan.

Seperti pepatah orang Jawa, "Begin with the end in mind"

Semasa kita mulakan perniagaan itu, kita dah tahu apa yang hendak kita capai dan bagaimana cara yang perlu dilakukan untuk mencapai apa yang kita mahukan.

Jika kita tidak ada MESTI ini, bukan kita tidak boleh berjaya. Namun, agak sukar untuk kita berjaya. Inilah puncanya ramai yang buat perniagaan tetapi GAGAL dalam perniagaan mereka. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini.

Melalui entri ini, saya mahu anda para pembaca semua faham. Untuk berjaya, kita perlu belajar daripada mereka yang sudah pun berjaya.

Misalnya, salah seorang pembaca blog ini mengatakan dia hanya menjalankan business secara sampingan. Iaitu menjual produk kesihatan melalui online.

Persoalan yang ingin saya tujukan, siapakah mentor anda? Adakah anda mempunyai ilmu yang mencukupi untuk memasarkan produk yang anda miliki? Adakah anda mempunyai sistem untuk menjalankan perniagan online. Dan apakah Tindakan serta Impian anda?

Jika anda tidak mempunyai MESTI yang jelas, bukan saya nak katakan anda tidak akan berjaya. Anda boleh berjaya. Namun, agak sukar dan ia akan mengambil tempoh masa yang lama.

Nasihat saya kepada anda, anda perlu mencari seorang MENTOR yang pakar dalam membuat 'marketing' melalui online. Belajar daripada mereka apa yang mereka lakukan untuk memasarkan barangan mereka dan lakukan perkara yang sama.

Anda mungkin menjual produk kesihatan. Mentor anda mungkin menjual pakaian. Tetapi melalui teknik yang sama iaitu Sistem Online. Belajarlah daripada dia bagaimana untuk 'menonjolkan' diri kita melalui perniagaan online.

Dan jika ada di antara para pembaca yang membaca blog ini atau saudara mereka menjalankan perniagaan, namun masih belum berjaya. Tanyalah, apa MESTI mereka? Jika mereka tidak mempunyai MESTI yang jelas, inilah puncanya mereka lambat berjaya.

Semoga sedikit ilmu yang saya kongsi ini, dapat memberi motivasi yang besar kepada mereka yang sekarang ini menjalankan perniagaan secara kecil kecilan. Ataupun mereka yang menjalankan perniagaan besar besaran tetapi masih belum berjaya.

Sekali lagi ingin saya ulangkan, saya perlukan respond daripada para pembaca. Saya mahu mengetahui bentuk perniagaan yang anda jalankan. Insya Allah, saya akan cuba untuk memberi pandangan sewajarnya melalui apa yang saya pelajari selama 3 hari di Kuala Lumpur.

Ikhlas saya katakan. Saya mahu membantu anda. Saya mahu Ummat Islam semakin berjaya dalam bidang perniagan. Ini bagi merealisasikan hadis Nabi bahawa 9/10 daripada pintu perniagaan adalah melalui perniagaan.

Saya suka kalau anda berjaya. Saya mahu anda berjaya. Saya mahu anda kaya dan berjaya. Semoga suatu hari nanti, tiada lagi orang yang layak menerima zakat dinegara kita. Amin.

Semasa kursus ini, saya sudah menyaksikan seorang yang hampir menjadi 'peragut' kerana tidak ada wang menjadi jutawan menggunakan melalui ilmu yang diajarkan oleh Dr Azizan. Jika beliau boleh berjaya. Mengapa tidak kita?

Insya Allah, akan saya kongsikan pengalaman ini dengan anda semua dalam entri berikutnya.

Suatu perkara saya mohon kepada anda, tolonglah doa kepada saya agar Allah memberi masa kepada saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang Allah berikan kepada saya dengan anda.

"Ya Allah, aku mohon kepada Mu, bantulah Firdaus dalam segala urusan yang dia lakukan. Bantulah dia dalam perniagaan yang dia jalankan. Jadikanlah dia seorang jutawan yang bertakwa dalam tempoh 2 tahun lagi. Semoga dia semakin hampir kepada Mu ya Allah. Permudahkan lah segala urusan dia di dunia dan diakhirat."

Sekian. Wassalam

* Sila nyatakan, nama dan perniagaan yang anda jalankan. Jika perlu, tolong add saya sebagai friend anda dalam Facebook. Boleh kita berkomunikasi nanti. Insya Allah.

2 ulasan:

  1. alhamdulillah. banyak ilmu dan info yang berguna dalam forum akak. saya dah dua kali dtg ke seminar dr azizan tapi tak pernah lagi pergi advance marketing dsbbkn kekangan kewangan.

    Nama sy syed mikraj. Menjalankn bisnes cetak baju. Akak boleh lihat web saya www.e-cetakbaju.com dan www.facebook.com/ecetakbajudotcom

    Harap agar akak sudi menjadi mentor saya dan bkgsi idea dan teknik berkesan dalam menjalankn perniagaan. :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah ilmu dan info yang sangat berguna. Saya pernah datang seminar percuma dr azizan osman sebanyak 2x. Berbayar masih belum ad rezeki lg.

    Saya menjalankan bisnes cetak baju. Tuan boleh lawat www.e-cetakbaju.com dan www.facebook.com/ecetakbajudotcom
    Saya harap tuan boleh jadi mentor saya dalam menjalankn bisnes dan saya minta pendapat dan idea tuan utk menjalankn bisnes ini :) Thanks

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top