Assalamualaikum,


"Ya Allah, Kau temukanlah aku dengan orang yang boleh memberi inspirasi untuk aku mengubah hidup ku ke arah yang lebih baik"

Ini antara doa yang saya selalu baca. Ia bukan doa harian saya. Tetapi, bila teringat saya akan membacanya.

Ikhlas saya katakan, selain ibu bapa dan ahli keluarga saya, antara 'insan' lain yang bertanggung jawab dalam mencorak hidup saya adalah Cikgu Haleezaa ( MRSM Taiping ), Pn Nilawati ( KMB ), Ustaz Shamsuri Ahmad, Datuk Zainal Abidin ( Zahafiz ) dan Prof Kamil.

Banyak nasihat mereka yang masih segar di ingatan saya.

Sejak kebelakangan ini. Saya mendapat idola baru. Iaitu Prof Muhaya dan juga Ustaz Pahrol Md Jooi.

Thanks to my beloved wife, Kam Maria who 'force' me to listen to their talks.

Saya sering mendengar ceramah mereka ketika di dalam kereta. Dan iklas saya katakan. Banyak nasihat daripada mereka berdua yang dapat saya kutip setiap hari.

Saya bersyukur, Allah temukan saya dengan mereka yang berjaya 'mengetuk' pintu hati saya untuk menjadi insan yang lebih rapat dengan Allah.

Ramai orang yang memberi nasihat kepada saya, banyak kuliah agama yang saya hadiri dan saya dengar.

Namun, tak ramai yang mampu untuk 'merobek' emosi saya. Mungkin, hati saya agak keras rasanya.

Kursus Advanced Marketing Power (AMP)

Dan Alhamdulillah. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang lepas. Allah temukan saya dengan seorang lagi insan yang berjaya 'mengetuk' pintu hati saya.


Dr Azizan Osman. Terlalu banyak nasihat beliau yang dapat saya kutip sepanjang 3 hari saya bersama beliau dalam kursus yang beliau anjurkan.

Ikhlas saya katakan. Dr Azizan Osman bakal mendapat 'saham  akhirat' yang begitu besar melalui ilmu ilmu yang beliau sampaikan dalam kursus beliau..

17 Jun yang lepas, saya menghadiri Kursus Seminar Marketing Power yang dianjurkan oleh Dr Azizan secara percuma di Pearl View Hotel, Penang.

Selepas mendengar ceramah beliau, saya berminat untuk belajar dengan lebih mendalam lagi dengan menghadiri kursus Advanced Marketing Power.

Bayaran untuk menghadiri Kursus Advanced Marketing Power adalah RM997 untuk 3 hari.

Pada peringkat awal, saya menyangkakan. Ia mahal. Namun, selepas difikir fikirkan. Saya rasa, ilmu tak boleh dengan harga yang murah. Saya perlu pergi ke Kursus itu.


Hari Khamis

Petang Khamis, saya bertolak dari Parit Buntar ke Kuala Lumpur. Dan tiba di sana sebelum waktu Maghrib.

Programnya akan bermula pada jam 8.30 pagi di Wisma MCA pada hari Jumaat.

Hari Jumaat

Jam 7.30 pagi, saya memulakan perjalanan ke Wisma MCA dan tiba di sana sekitar jam 8.00 pagi.

Setiba di Wisma MCA. Saya terkejut.

Subhanallah. Ramainya orang. Sungguh saya tak sangka. Kesesakan yang amat teruk untuk proses pendaftaran. Bayangkan. Sejumlah 2400 orang mendaftar di satu tempat yang sama.

Masya Allah.

Memandangkan terlalu ramai yang mendaftar, program hanya bermula pada jam 10 pagi dan berhenti sekitar 12.45 untuk membolehkan kami semua menunaikan Solat Jumaat.

Program bersambung semula pada jam 2.45 petang dan berakhir pada 6.00 petang.

Pada sebelah malam, mereka yang membayar RM2,997 ( Diamond Group ) untuk menyertai Kursus ini akan dihiburkan dalam Majlis Makan Malam bersama Anuar Zain.

Kami dari VIP Group yang membayar RM997 tidak dapat menghadiri makan malam bersama Anuar Zain.

Bagi saya, that's not the reason I'm joining this course.

Hari Sabtu

Pada hari Sabtu, acara bermula dari awal pagi hingga ke lewat petang.

Namun, pada sebelah petang, kami para peserta VIP Group mendapat berita yang mengejutkan kami semua.

Kelas AMP ini akan dilanjutkan sehingga malam. Sepatutnya, pada waktu malam kelas ini hanya boleh dihadiri oleh Diamond Group yang membayar lebih untuk program ini.

Syukur. Allah membuka pintu hati Dr Azizan untuk membenarkan kami dari kumpulan VIP untuk turut serta menyertai kelas pada waktu malam.

Pertemuan Dengan 15 Jutawan

Alhamdulillah. Pada sebelah malam, kami dipertemukan dengan 15 orang jutawan yang merupakan bekas anak didik Dr Azizan.

Subhanallah.

Pengalaman yang mereka ceritakan amat 'mahal' harganya.

Mereka menceritakan bagaimana mereka bermula. Dari bawah. Dan tak sampai dalam 2-3 tahun. Mereka bergelar jutawan menggunakan teknik yang diajar oleh Dr Azizan.

Syukur.

Saya bersyukur sebab Allah izinkan kami untuk bertemu dengan mereka yang sudah bergelar jutawan. Kalaulah Allah tak buka pintu hati Dr Azizan untuk memberi kami masuk ke kelas malam itu, saya rasa saya kerugian sesuatu yang amat bernilai.


Hari Ahad

Pada hari Ahad, Dr Azizan mula menceritakan strategi pemasaran yang sewajarnya digunakan oleh mereka yang membuat business.

Dan kelas berakhir lewat petang.


Ilmu Yang Bermanfaat

Ikhlas saya katakan, saya bersyukur kerana dapat menghadiri Kursus AMP yang dianjurkan oleh Dr Azizan Osman.

Terlalu banyak ilmu yang telah dikongsi oleh Dr Azizan bagaimana mengatur strategi yang betul dalam perniagaan.

Insya Allah.

Sekarang, sudah menjadi tanggung jawab saya untuk berkongsi segala ilmu yang saya peroleh dengan anda semua.

Saya berharap, anda dapat menghebahkan apa yang bakal saya sampaikan nanti kepada sahabat sahabat anda atau saudara mara anda yang buat business.

Saya mahu, kita semua Ummat Islam terus bangkit dan maju dalam perniagaan yang kita semua jalankan.

Kerana percayalah, 9/10 daripada pintu rezeki adalah daripada perniagaan. Namun, masih ramai yang memilih yang satu itu.

Insya Allah, saya berharap apa yang akan saya sampaikan dalam entri berikutnya dapat membuka minda kita mengenai perniagaan.

Semoga kita semua terus mendapat perlindungan dan rahmat Allah.

Sujud Syukur

Setiba di rumah, saya melakukan sujud syukur.

"Ya Allah, aku bersyukur dapat bertemu dengan Dr Azizan. Engkau telah memperkenankan doa ku untuk bertemu dengan orang yang boleh menjadi inspirasi dalam hidup ku. Aku mohon pada Mu, permudahkanlah aku untuk berkongsi apa yang aku pelajari sepanjang 3 hari itu dengan pembaca blog ku. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaatnya nanti"

Syukur. Syukur. Syukur. Thank you Allah....

Semoga Kau terus memberi hidayah kepada ku untuk terus mendekatkan diriku kepada Mu.

Wassalam

7 comments:

  1. Salam, tak sabar nak baca AMP versi tuan. InsyAllah menjadi panduan sebagaimana nasihat dan ilmu yg lain. Sy yakin kerja dari hasil hati yg ikhlas lebih berbekas.

    ReplyDelete
  2. Tak sabar rasanya untuk membaca AMP dari Haji, nanti bolehla saya kongsikan kepada rakn lain di...

    ReplyDelete
  3. http://www.youtube.com/watch?v=erTr3nI6ZDg

    ReplyDelete
  4. salam abg firdaus...saya pergi course free kt PGRM KL then boleh register utk AMP last thn ni tp dok pk mahal2 tu yg xpergi..kalo gi dpt jumpa abg firdaus yg sy aggp idola dlm pternakan ayam daging ni..
    hope dlm entry2 abg firdaus selepas ni abg share psl AMP... mmg btuah dpt jumpa 15jutawan tu... semoga abg firdaus terus dan terus berjaya...Insyallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pendapat abg firdaus mgenai aura2 yg diceritakan dlm ceramah dr azizan? dari segi agama pn ada didedahkan psl chakura dll...
      apa2 pn sy dpt gk suntikan smgt dari dr.azizan kt PGRM ari tu..yg paling penting dlm bisnes ni marketing strategy...

      Delete
  5. Assalamualaikum...
    Dr.Muhaya & Pahrol Md.Joi sangat hebat dan mereka bnyk bt saham akhirat.. tak kurang juga Dr.Asri Zainal Abidin (DR.MAZA),Ustaz Azhar Idrus,Ustaz Zahazan dan juga Ustaz Don Daniyal.. cuba lah di youtube bl2 lapang.. bnyk manfaatnya.. bait2 kata mereka menyentuh hati kita.. sampai ke akal dan minda.. betul2 terkesan..

    -Yusfarazi-

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, kuar airmata saya baca kisah nih, hebatnya mereka, terima kasih berkongsi cerita dengan kami pembaca blog. teringin saya nak jadi kaya walaupun tak perlu sampai jutawan, hanya sekadar memudahkan untuk kehidupan dan memanjangkan bersedekah. Tak tau bagaimana nak cari duit dalam menampung hidup

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top