Assalamualaikum,

Saya menerima satu mesej di Facebook.


"salam..sy ada trbaca blog u tp article tu tahun lepas...tajuk kirim doa ke mekah...cuma skadar nk brtanya...blehkah sya tahu...kpd encik ada tak sesiapa yang bt prkhdmatan untk kirim doa ke mekah..sya sedia bayar jika ada prkhidmatan tu..harap pm sya."

Untuk makluman yang bertanya. Rasanya tak ada perkhidmatan yang macam ini.

Namun, saya ada beberapa komen:

1) Saya amat bersetuju kalau kita boleh kirim doa kita untuk di baca oleh sahabat kita ketika berada di hadapan Kaabah dan di Raudhah. Ini kerana doa di sana amat mustajab. Namun, bukan mudah untuk mencari orang yang nak ke sana.

2) Ada tak di kalangan pembaca ni yang akan menunaikan umrah dalam masa terdekat. Kalau ada, tolong maklumkan kepada saya. Ini kerana, sahabat saya dan saya sendiri amat berhajat untuk mengirim doa untuk di baca di sana.

3) Bagi saya, ada cara untuk kita baca doa untuk lebih mustajab. Kadangkala, apa yang kita buat ini doanya lebih mustajab dan lebih mudah diperkenankan Allah.Kita tidak perlu ke Mekah dan Madinah. Kita boleh lakukannya di mana mana sahaja.

Memustajabkan Doa

Baca entri di blog guru saya, Prof Kamil berkaitan Doa.


http://muhdkamil.org/blog/2012/03/19/pertanyaan/

1) Berdoa di sepertiga akhir malam. Bangunlah berdoa ketika orang lain semua sedang tidur.

2) Berpuasalah. Ini kerana doa orang yang berpuasa amat mustajab.

3) Minta ibu kita doakan untuk kita. Ini kerana, doa ibu tiada hijab.

Wassalam

9 comments:

  1. Assalam,

    Semuga diberi kesihatan yang berterusan.

    Semuga Allah menjadikan kita hambaNYA yang istiqamah dalam melakukan 3 perkara ini, insya Allah.

    Jazakaullah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    Semoga Firdaus Dan keluarga di rahmati Allah SWT..insyaAllah kami Akan ke Madinah 28 June ini..kalau Ada sesiapa nak titipkan doa..insyaAllah jika di izinkan Allah SWT saya Akan ke Raudhah..semoga Allah beri kesihatan yang baik..
    JazakaLLahu khair an kathira ..

    Nazrimi

    ReplyDelete
  3. Salam Firdaus,

    MashaAllah, Allah is indeed great. Pagi ni tergerak hati nak baca blog kawan2 dan nampak entry ni.

    InshaAllah saya akan berangkat menunaikan umrah dlm 2 hari lagi. Saya boleh bacakan doa kawan Firdaus. Kalau readers kan sini nak kirim doa pun boleh.

    Minta e-mail doa pada saya kalau boleh by hari ni atau selewat2nya esok. My e-mail: ronaldieya@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    1) To Dieya

    Saya dah emel kiriman doa saya utk dibaca di Raudhah dan depan Multazam. Tolong doakan saya ya.

    Semoga selamat menunaikan umrah dan dipermudahkan segala urusan di sana nanti dan selamat beribadah.

    2) Nazrimi

    Saya dah emel kiriman doa. Tolong cek kalau tak dapat.

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum utk semua para pembaca blog ini.

    insyaallah saya dan suami akan mengerjakan ibadah haji akhir tahun ini.

    jika ada yang ingin mengirim doa boleh emailkan ke ummisofea@gmail.com

    semoga dengan bantuan kecil ini Allah permudahkan urusan haji kami dan mendapat haji mabrur. Amiin

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ..
    Semoga semua berada dalam rahmat Allah SWT..
    Firdaus..email yang di Kirim saya tak terima..
    Email saya imirzan_a@yahoo.com
    Terima kasih..
    InsyaAllah panjang umur Ada rezeki saya laksanakan kiriman Itu..moga Allah SWT permudahkan segala2 Nya..

    ReplyDelete
  7. salam, saya juga akan mengerjakan haji dan akan berangkat pada 20 October 2012

    Sesiapa yg ingin mengirim doa< boleh lah emailkan kepada saya azlidamazni@gmail.com

    Firdaus, terima kasih yg tak terhingga kerana berkongsi pengalaman dan menjadi inspirasi kepada saya untuk melakukan yg terbaik semasa menunaikan ibadah haji nanti. Moga Allah memberkatimu dan memakbulkan segala doa hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  8. salam, saya juga akan mengerjakan haji dan akan berangkat pada 20 October 2012

    Sesiapa yg ingin mengirim doa< boleh lah emailkan kepada saya azlidamazni@gmail.com

    Firdaus, terima kasih yg tak terhingga kerana berkongsi pengalaman dan menjadi inspirasi kepada saya untuk melakukan yg terbaik semasa menunaikan ibadah haji nanti. Moga Allah memberkatimu dan memakbulkan segala doa hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  9. salam, saya juga akan mengerjakan haji dan akan berangkat pada 20 October 2012

    Sesiapa yg ingin mengirim doa< boleh lah emailkan kepada saya azlidamazni@gmail.com

    Firdaus, terima kasih yg tak terhingga kerana berkongsi pengalaman dan menjadi inspirasi kepada saya untuk melakukan yg terbaik semasa menunaikan ibadah haji nanti. Moga Allah memberkatimu dan memakbulkan segala doa hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top