Assalamualaikum,

Semua manusia diuji oleh yang Maha Pencipta

Ada yang gagal dan ada yang berjaya menghadapi ujian yang Dia berikan.

Semalam, saya ada bersembang dengan sahabat saya mengenai ujian yang dia sedang hadapi.

Seorang sahabatnya dari luar negara telah datang ke Malaysia. Sebagai sahabat baik, kawan saya ini ingin meraikan kehadiran mereka sekeluarga di Kuala Lumpur.

Untuk kali pertama, kawan saya memandu ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, beliau menerima panggilan telefon mengatakan yang sahabatnya telah terlepas kapal terbang dan terpaksa menangguh perjalanan mereka ke Malaysia.

Subhanallah. Beliau berpatah balik ke Parit Buntar.

Ini ujian pertama.

Kemudian, beliau menerima panggilan telefon mengenai kehadiran sahabatnya yang akan mendarat di KLIA menggunakan kapal terbang yang lain.

Sekali lagi, kawan saya memandu ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan sahabatnya.

Mengikut perancangan asal, kawan saya akan ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi dari Ipoh - Kuala Lumpur - KLIA.

Namun, tiket keretapi pula habis. Maka dia terpaksa memandu ke Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan ke sana, kereta beliau rosak di highway. Dan terpaksa di tunda dan diperbaiki.Beliau terpaksa berbelanja ratusan ringgit untuk membaiki kereta ini.

Ini ujian kedua buat beliau. Namun, beliau bersabar. Walau bagaimana pun, tergerak di hati beliau kenapa lah susah sangat nak bertemu dengan sahabatnya ini. Seolah olah banyak sangat cabaran nak jumpa dengan dia.

Kemudian, sahabat saya meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur, untuk meraikan sahabatnya dari luar negara yang pertama kali menjejak kaki ke Malaysia.

Alhamdulillah. Beliau berjumpa sekitar beberapa jam sebelum berangkat kembali ke Parit Buntar.

Sahabatnya dari luar negara kemudiannya meminta kawan saya untuk 'booking' hotel di Langkawi untuk 3 malam.

Kawan saya kemudiannya 'booking' hotel yang berharga sekitar RM300 untuk satu malam selama 3 malam.Setibanya sahabatnya di Langkawi, sahabatnya tidak berpuas hati dengan hotel yang di tempah. Tak selesa katanya. Sahabatnya tidak mahu tinggal di hotel ini dan mahu bertukar ke hotel lain.

Masya Allah. Ini ujian yang ketiga buatnya. Kawan saya ini rugi kerana dia yang telah membayar duit tempahan hotel itu. Beliau bersabar dengan karenah 'sahabatnya' ini.


Ketika berada di Parit Buntar, sahabatnya yang tadi di Langkawi kini tiba di Penang. Memandangkan Parit Buntar dekat dengan Penang. Kawan saya ini bercadang untuk menemankan sahabatnya dari luar negara untuk berjalan pusing-pusing Penang.

Dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Sekali lagi, Allah menguji beliau.

Kereta beliau kemalangan. Beliau terlanggar kereta dihadapan yang tiba tiba brek secara mengejut.Masya Allah. Beliau terpaksa membayar kos untuk membaiki kereta di hadapannya. Dan juga membaiki keretanya sendiri.

Kali ini, kosnya mencecah ribuan ringgit.

Masya Allah. Ujian demi ujian. Hingga kali ini, beliau terdetik di dalam hati. Apalah 'musibah' yang dibawa oleh sahabatnya ini?

Namun, beliau tersedar. Ia hanya bisikan syaitan dan terus beristighfar. Beliau menelefon kawannya yang lain untuk membawanya bertemu dengan sahabat dari luar negara di Pulau Pinang.Dia menceritakan masalah yang dihadapi oleh beliau kepada sahabatnya dan memohon maaf kerana tidak dapat untuk menemannya berjalan di Pulau Pinang.

Kawan saya ini redha dengan ujian yang dihadapi dan terus bersabar. Dia yakin, ada hikmah yang tersembunyi atas apa yang berlaku.

Sebelum sahabatnya berangkat pulang ke negaranya, beliau sekali lagi menelefon kawan saya dari Kuala Lumpur. Bertanya kalau kalau ada projek yang dia boleh laburkan di Malaysia ini.Dan kawan saya terus ke Kuala Lumpur untuk menceritakan projek projek yang boleh dilaburkan di Malaysia.

Dan Alhamdulillah. Sahabatnya dari luar negara ini bersetuju untuk melabur di Malaysia dengan nilaian jutaan ringgit. Dan Alhamdulillah. Kawan saya ini juga mendapat 'tempias'nya.

Alhamdulillah.Pertama, beliau bersyukur kerana bersabar dengan ujian yang Allah berikan kepadanya melalui sahabat ini.Yang kedua, bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepadanya.

Saya kemudiannya terus membaca maksud Surah As-Shyarh Ayat 5-8 kepadanya.


"Oleh itu, tetapkanlah kepercayaanmu bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran itu disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan). Bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan.Kemudian apabila kamu telah selesai melakukan sesuatu amal soleh, maka bersungguh sungguhlah engkau berusaha mengerjakan amal soleh yang lain.Dan kepada tuhanmu sahajalah engkau memohon apa yang engkau gemari dan ingini."

Maka benarlah apa yang Allah janjikan.

Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah yang saya ceritakan ini.

1) Sentiasa bersangka baik atas setiap ujian yang Allah berikan kepada kita.Yakinlah, setiap yang susah itu akan disertai dengan kemudahan.

2) Janganlah meminta tidak diuji oleh Allah. Tetapi mohonlah agar Allah memberi kekuatan untuk menghadapi setiap ujian yang diberikan.

3) Bersabarlah atas segala ujian yang Allah berikan kepada kita. Semoga ia menghampirkan diri kita kepada Nya.

Wassalam

3 comments:

  1. Assalam,

    Semuga sehat sejatera disamping keluarga.

    Maha Suci Allah! Allahu Akbar! Semuga kita semua tabah dan sabar dengan ujian Allah.

    Terima kasih kongsi dengan kita semua.

    Jazakaullah.

    AJ

    ReplyDelete
  2. Thanks, Firdaus.....

    Tiap kali hati aku rasa sedih and perlukan nasihat, aku selalu akan buka blog ko... sebab Insya'Allah, ada nasihat yang bole aku guna untuk memotivasikan diri aku nie....

    Thanks a lot! Keep it up!

    ReplyDelete
  3. Saidatul NafisahJul 10, 2012, 1:26:00 PM

    Assalamualaikum En FIrdaus...

    Semalam saya diduga dan diberi ujian oleh Allah...saya kemalangan...kereta saya dilanggar dari belakang di highway...Alhamdulillah saya selamat, cuma kereta bhgn belakang rosak lah...saya ada salah, org tu pun ada salah...saya cuba sabar dan redha...akhirnya kami deal setel kereta masing2...dan sekiranya nak claim insuran, claim masing2, maknanya kena tukar sket cerita la...masa berpikir2 nak buat pagi td, tiba2 terus termasuk dlm kepala saya psl cerita En Firdaus psl penipuan bayaran kanak2 di tmn tema tu...saya jadi tak berani nak buat...dah la dosa sendiri dah banyak...nak tmbah lagi dosa, akhirnya saya redha, saya baiki dgn keluarkan duit sendiri...saya harap ini pilihan yg tepat dan terbaik...insyaAllah...saya manusia biasa...kdg rasa sedih dgn dugaan, tp kena belajar utk sabar, redha...semoga Allah kuatkan jati saya, lindungi saya dan keluarga dari malapetaka dan musibah yang tak mampu kami tanggung...semoga semua ujian dan dugaan ni saya mampu hadapi, dan semoga ada hikmah di sebaliknya...saya ingat kata2 pensyarah sy masa dia kena kanser, terkesan kat hati saya smpai skang...'saya tak nyesal sakit ni, sbb Allah dah byk beri saya nikmat kehidupan yg baik selama 55tahun saya. dia cuma uji saya, jentik sket je saya dgn dugaan sakit mcm ni, saya tak boleh lemah...Allahuakbar...positifnya dia..redha nya dia..saya kagum..Allahuakbar...sy punya dugaan ni sikit je...pohon doakan urusan saya berkaitan hal ini dipermudahkan yer...InsyaAllah...terima kasih..

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top