CARA ORDER SHAKLEE ONLINE - HARGA TERMURAH TERUS DARI HQ!

Tak Update Blog....

Assalamualaikum,

Kenapa Tak Update Blog

Ada yang menghantar mesej kepada saya kenapa saya dah lama tak update blog.

Sebenarnya. Saya terkecil hati dengan salah seorang pembaca blog ini.

Dia merupakan sahabat baik saya.

Dia datang berjumpa saya dan berkata saya seolah olah membuang masa dengan mengupdate blog ini.

Dia berkata banyak lagi perkara lain yang lebih berfaedah untuk saya buat. Lebih penting dari saya menyibukkan diri saya dengan update blog.

Kali pertama. Saya bersabar. Namun, hati saya sedikit tawar untuk update blog dengan 'cemuhan' sahabat ini.

Selang seminggu, beliau berjumpa saya sekali lagi dan berkata perkara yang sama.

Aduh... Sakit jiwa saya.

Saya fade up. Saya ambil keputusan. Saya hold dulu. Saya malas nak update blog.

Inilah puncanya. Blog saya tak tersentuh hampir dua minggu.

Padahal. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca.

Saya harap, sebagai sahabat yang rapat dengan saya. Beliau tak lagi men'down'kan saya selepas ini. Kalau tak nak baca blog saya. Saya tak kisah. Tapi, jangan la kata banyak lagi perkara lain yang lebih penting dari update blog.

Rasuah Oh Rasuah

Dalam dua minggu ini. Saya asyik 'tersembang' dengan orang berkaitan Rasuah.

Kes Pertama

"Minta maaf la Firdaus. Saya sibuk sikit sekarang ni. Banyak buat projek dengan Syarikat XX," saya bercakap dengan seorang sahabat melalui telefon.

"Bagus tu. Dapat projek dengan Syarikat XXX. Bukan senang nak dapat projek depa" saya membalas.

"Nak dapat projek ni, kena bagi 'komisen' sket kat orang dalam. Baru boleh dapat projek tu. Alah. Cakap 'komisen' pulak. Cakaplah rasuah. Senang sket,' sahabat saya menerangkan sambil ketawa kepada saya.

Dalam hati saya. Masyaallah. Kenapalah sampai ke tahap ni. Sampai kena bagi rasuah untuk dapat satu satu projek.

Mungkin. Ini realiti masyarakat Malaysia hari ini.

Kes Kedua

Sedang saya bersembang dengan seorang sahabat yang merupakan seorang kontraktor di Parit Buntar, beliau menerima panggilan telefon.

"Bos, lori kita kena tahan dengan JPJ," ujar suara di dalam telefon.

"La, macam mana boleh kena tahan. Kan kita dah bayar bulan," sahabat saya membalas.

"Ni dah luar kawasan bos. Kena tahan dengan JPJ dari tempat lain. JPJ dari XXX."

"Tak pa. Nanti aku setel," sahabat saya menjawab.

Beliau terus membuat panggilan telefon kepada sahabatnya yang lain.

"Bob, kalau JPJ dari XXX. Hangpa biasa kautim dengan siapa?"

"Dengan XXX."

"Hang tolong setelkan kes aku ni sat. Ni no phone driver lori. JPJ tengah tahan lori aku tu. Hang tolong call bos JPJ tu. Bagitau anak buah dia tahan lori aku"

"Ok."

Masya Allah. Sekali lagi saya nampak. Dengan terang. Pihak JPJ MEMAKAN RASUAH. Untuk melindungi lori lori yang dibawah 'penjagaan' mereka selepas mendapat bayaran tetap secara bulanan.

Saya bertanya kepada sahabat saya, "Kalau nak buat projek macam ni, kalau tak bayar rasuah tak leh ka?"

"Kalau tak mau bagi rasuah. Jangan dok buat projek la. Memang dah 'nature' dia macam tu. Kalau tak, lori tak boleh jalan.Ada saja pihak JPJ nak cari pasal."

Sekali lagi saya nampak. Seorang sahabat yang kaya. Tapi terpaksa memberi rasuah. Tak tahulah di akhirat nanti. Yang memberi dan yang menerima rasuah. Macam mana nak menjawab di hadapan Allah.

Kes Ketiga

Ketika lori ayam sedang mengambil ayam di reban ayam saya, saya bertanya kepada driver lori.

"Wan, hangpa bawa lori ayam bakul tinggi macam ni tak takut kena tahan ngan polis ka?"

"Rileks la bang. Tauke kami dah kautim siap ngan polis trafik.Bayar bulan. Sebulan RM150 untuk satu lori. Kami ada 4 lori. Tapi, semua nombor plate lori kami sama. Jadi, bila kena tahan. Bagi tau aja kat trafik tu. Sebut nama Koperal XXX. Nanti dia lepas. Alah, dah banyak kali kami kena tahan. Kalau setakat dengan polis trafik. Kami senyum aja. Koperal tu cover kami dari Alor Setar sampai ke Kuala Kangsar."

"Kira berbaloi la bayar RM150 sebulan. Kalau tak. Langsung tak boleh nak buat kerja.Lori tak leh jalan"

Masya Allah.Ini lagi satu kes yang berlaku secara terang terang. Penjelasan secara terus dari yang terlibat dengan rasuah.

Tak dapat saya bayangkan. Macam manala pegawai trafik ni nak menjawab di akhirat kelak.

Apa la nasib anak dan keluarga polis trafik yang terlibat ni.Makan dari sumber yang HARAM. Macam manalah anak anak mereka nak menjadi anak yang soleh dan solehah kalau diberi makan dengan makanan yang bersumberkan yang haram.

Kes Keempat

Siang tadi. Saya menjual kesemua baja tahi ayam saya. Alhamdulillah. Selesai semuanya.

Kebiasaannya, saya akan menyewa lori dari seorang kontraktor di XXXX. Saya dah biasa dengan dia.

Hari ini, mereka datang dengan dua lori untuk menghantar baja tahi ayam saya kepada pelanggan saya.

Dan mereka buat 3-4 trip hari ini.

Semasa mereka datang ke reban untuk trip terakhir. Mereka menceritakan pengalaman mereka di tahan oleh polis trafik di XXX.

Kesalahan mereka adalah membawa barang lebih muatan. Kedua dua lori melakukan kesalahan yang sama. Lori kedua lebih teruk. Pemandunya tidak mempunyai lesen lori.

Mereka menceritakan, polis trafik yang tahan mereka sebenarnya kawan mereka yang tinggal sekampung. Tapi masih nak tahan mereka juga.

Tahu tak apa yang diminta oleh polis ini untuk melepas mereka daripada di tahan?

"Air Daun Ketum"

"Kira oklah bang. Polis ni minta air daun ketum. Baru RM6 sebungkus. Dia suruh kami pi hantar kat rumah dia malam ni"

Saya terkejut.

Takkan polis pun minum air daun ketum.

"Awat abang terkejut? Ingat semua polis trafik baik ka?"

Perbualan kami terhenti di situ.

Kes Kelima

Saya mempunyai seorang sahabat yang adiknya bekerja sebagai seorang polis trafik.Beliau dari keluarga orang yang beragama.

Ia menarik bagi saya. Kerana saya nak tahu macam mana beliau nak mengelak dari terlibat dengan rasuah bila dah bergelar seorang polis trafik.

Saya bertanya kepada sahabat saya mengenai adiknya berkaitan rasuah.

"Hmmm.. Susah nak cakap la Firdaus. Adik aku kata. Dah tak leh nak elak dah. Mula mula memang dia tak mau. Tapi, semua orang dalam kumpulan dia ambil. Dia pun terpaksa ambil. Bila depa ada satu satu road block. Depa dah buat target. Misalnya, operasi untuk malam tu. Setiap orang perlu dapat RM200 seorang. Kalau mereka bertugas 5 orang. Hasil kutipan untuk malam itu mesti dapat RM1000. Kalau dapat RM1000, baru depa akan cool down"

"Adik aku kata, dia tak guna duit tu untuk makan anak isteri dia. Dia cuma guna duit tu untuk bayar duit kereta ngan rumah saja"

Aduh.... Sama lah tu. Mungkin pada mata mereka boleh guna duit HARAM tu untuk kereta dan rumah. Masya Allah. Dangkalnya pemikiran umat Islam hari ini.

Harapan

Cumanya, saya terfikir. Apalah yang nak jadi dengan masyarakat kita hari ini. Gejala rasuah berleluasa di sana sini. Macam mana agaknya nak mengatasi gejala rasuah ni.

Bagi saya, secara peribadi.

Punca rasuah berleluasa di Malaysia adalah kerana kurangnya pendedahan agama kepada kita semua. "Rasuah" dalam bahasa lembutnya disebut komisen atau hadiah. Ini tidak menampakkan ia satu kesalahan.

Mungkin, gejala sosial dikalangan remaja hari ini berpunca daripada ibu bapa yang memberi makan kepada anak dan isteri mereka makan daripada sumber yang tidak halal.

Kalaulah ada diantara pembaca blog ini yang terlibat dengan rasuah. Saya berharap. Sama samalah kita semua bertaubat dan berazam untuk tidak terlibat dengan rasuah.

Ingatlah, sekali kita terlibat. Kita akan rasa susah untuk berhenti. Kalau tak pernah, jangan sesekali mulakan.

Semoga entri kali ini mendapat pengajaran kepada kita semua.

Wassalam

COMMENTS

BLOGGER: 21
  1. salam firdaus.....teruskan berblog...aku pasti ianya hanya memeri faedah bagi mereka yg tahu menghargai...kalo kwn baik sendiri duk kutuk, abaikan saja..mungkin dia x nmpak kebaikan berblog ni..tapi aku yakin, x bnyk sedikit aku dan org2 lain pon mendapat manfaatnya...insyaallah....

    majupuyuh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    Jika tidak kerana blog encik, mungkin Allah tidak akan memberi saya semangat utk berniaga.
    Terima kasih En.Firdaus.
    Teruskan blogging ^_^

    ReplyDelete
  3. En. Firdaus,

    Teruskan menulis. Saya dapat banyak ilmu dan info dari blog ini.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum En Firdaus,

    Harap dapat teruskan menulis blog..sy suka dengar nasihat dan pengajaran dr cerita tuan..

    ReplyDelete
  5. Firdaus, ni baru sedikit cabaran.. Jgn cepat kalah ya!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Haji Firdaus..

    Teruskan menulis pnglman anda d blog nih..sy dh ikuti blog ini dr awal smpi la nih..byk ilmu yg sy dapat n Insyaallah akn memulakan penternakan ayam sperti sdr.sedikit masa lg..

    Brkenaan dgn rasuah tu nmpknya mmg sdh mnjadi barah dlm msyrakt kita.Sy rsa semua tahu mmberi dan menerima rasuah itu haram..tp dsbbkn sikap mngmbil mudah dn sdh berakar umbi dari prngkt bwahan smpaila atasan..hnggala ke pmimpin2 skrg..

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum Tuan Haji,

    Saya pembaca senyap. Sila teruskan menulis sampai bila2. Banyak ilmu dunia n akhirat yg dikongsikan. Semoga ALLAH memberkati hidup Tuan Haji. Ameen.

    ReplyDelete
  8. Firdaus, teruskanlah menulis... pedulikan kata-kata orang. Hang bagi ilmu pada kami, hang bukan menulis benda tak berfaedah. Banyak manfaat kami dapat dari blog ini, malah kami kongsikan kepada sahabat lain. Hang dapat pahala.. kami pun dapat pahala.. pahala kongsi ilmu...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Firdaus.. saya juga pembaca senyap blog ni.. bila2 rasa iman depleting, dan bila2 rasa down, Insya Allah selalunya akan terinspirasi utk berlumba2 melakukan perubahan & kebaikan semata2 kerana Allah. Alhamdulillah, saya baca semua post travelog haji saudara, dan saya sgt terkesan. Insya Allah, saya dan suami akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. Terima kasih yang tidak terhingga, atas usaha tuan haji menyeru kami menunaikan haji ketika usia masih muda. Semoga Allah jua yang membalas usaha saudara, dan memberi kebaikan di dunia & akhirat. Ameen..

    ReplyDelete
  10. Semoga sentiasa bersemangat untuk berblog..banyak manfaat buat pembaca2 lain..lakukan kerana Allah SWT..jangan hiraukan komen negative Dari orang lain..sebagaimana juga prof..bukan semua orang menyukai tulisan dia kalau orang tu lihat Dari sudut negative..insyaAllah, Allah Maha Melihat usaha Anda..

    ReplyDelete
  11. ilmu tuan tu berguna utk pengikut bloq tuan

    ReplyDelete
  12. Salam tuan firdaus, teruskan menulis kerana ilmu yg di beri banyak memberi kesan yg baik kpd pembaca. Bukan sahaja dalam bidang perternakan tapi secara jujurnya saya gunakan ilmu ini dlm bidang pertanian. InsyAllah sasaran hasil pertanian saya menyamai hampir 50% pendanpatkan kerja tetap. Bagaimanakah saya melakukan? Salah satunya ialah ilmu yang Allah swt bagi pada tuan.

    Tentang sumber subahah spt rasuah wang dll banyak yg kita lihat kesan di sekeliling kita. Paling ketara anak2 degil, kurang cerdik dan suka melawan ibubapa.

    ReplyDelete
  13. Ali Al Besuti (K/Trg)Jun 12, 2012, 11:49:00 AM

    Sdr Firdaus...

    Yang baik perlu diteruskan.

    Halangan itu cabaran & ujian.

    Solat dhuha, membaca alquran, berpuasa sunat & qiamullail adalah amalan mulia.

    Melalui blog anda kami perolehi!

    Wassalam.

    ReplyDelete
  14. Assalamu alaikum,
    Insha Allah teruskanlah blogging, kami pembaca (terang mahupun silent seperti saya) yang memperoleh banyak manfaat.
    Semoga Allah membalasnya berlipat ganda, aamiin..

    ReplyDelete
  15. TOLONGLAH JANGAN BERHENTI UPDATE BLOG TUAN. SAYA MERAYU... T.T

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Tn Haji,

    Tn Haji selalu bercerita bahawa Allah menduga kita.

    Jadi itu hanya lah dugaan dari nya.

    Teruskan berblogging. Saya akan terus membaca dan mengambil iktibar.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbt,

    Semoga Allah sentiasa merahmati Tuan Haji dan keluarga.

    Saya juga pembaca senyap blog ni.teruskan menulis kerana tuan menyampaikan ilmu dan "banyak hati" telah terkesan dengan tulisan tuan.kita mencari redha allah bukan mencari redha manusia.semata-mata kerana Mu Ya Allah.

    wassalam

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,

    Weh, firdaus.....

    Tak sangka hang nie senang sangat 'tersentuh perasaan'....

    Aku rasa sahabat hang x faham apa yang hang ingin sampaikan kepada pembaca.... sebab selama aku baca blog hang nie, aku rasa semuanya berunsurkan ilmiah... so, bagi aku ia bagus... sebab hang nie jenis x kedekut ilmu....

    teruskan usaha hang nie... aku sendiri ambil pengajaran dan ikhtibar dpd blog hang.....

    Sahabat yang baik akan sentiasa menyokong perkara-perkara baik yang kita lakukan.... ;)

    ReplyDelete
  19. Hmmm...Encik Firdaus, kesemua 5 jari tangan kita bukanya sama panjang... Manusia pun begitu juga. Apa boleh kita buat? Mereka sendiri kena fikir keburukkanya nanti. One must face the consequences resulting from their action. It may be good or bad. For every action there is a reaction!! Betul tak?? ;) Regards, mohan

    ReplyDelete
  20. Assalam,

    Semuga dalam limpah rahmat Allah.

    Teruskanlah update blog tuan haji.

    Ilmu yang dikongsi dalam blog tuan haji banyak memberi menafaat kepada warga MFUAD.

    Ungkapan dari FB Dr Hj Tengku Asmadi ".... Usaha mengajak kepada kebaikan itu tanggung jawab bersama."

    Semuga Allah beri ilham bagi terus menulis bagi tatapan kami semua. Semuga dalam redha Allah.

    Illal liqo'

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Semua,

    Terima kasih atas sokongan yang anda berikan.

    Terima kasih atas nasihat yang dilontarkan.

    Semoga kita semua dapat melakukan segalanya semata mata kerana Allah.

    Semoga kita semua semakin hampir kepada Nya.

    Wassalam

    ReplyDelete

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,5,Aidilfitri,7,Aidilfitri 2020,1,Aidilfitri 2023,1,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,2,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Awet Muda,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,1,Beauty On The Go,4,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,Beza Vivix Resv Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,16,Birthday,1,Bisnes,3,Bisnes Online Shaklee,5,Bisnes Shaklee,33,BLNC,2,BMW,1,BMW X4,1,Bomoh Patah Selama Perak,1,BOTG by MFMS,4,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,16,bromo,1,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,48,Business Opportunity,182,Business Shaklee,19,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Cara Order Shaklee Online,1,Carotomax,1,Cash Rebate,2,Cash Rebate Shaklee,2,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,3,COQ-TROL PLUS SHAKLEE,1,CoQ10,3,COQHealth,1,COQTROL Tenaga,1,Coronavirus,1,Covid19,1,Darah Tinggi,2,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Duit Raya,1,Duit Raya Awal,1,Duit Raya Shaklee,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,13,Energizing Soy Protein,7,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Protein,2,ESP Shaklee,2,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,2,Fakta Kolagen,1,Family,119,Family Day,1,Farees,67,Fateh,8,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,57,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,4,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Gambar Raya,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hari Raya,1,Hari Raya Dengan Shaklee,2,Hari Raya Open House,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hero Kiddo,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,3,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,IF,1,ijen crate,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Insentif Shaklee,4,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interchange,1,Interior Design,1,Intermittent Fasting,5,Istanbul,2,Italy,7,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,Jamuan Aidilfitri,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,3,Jom Detox Jutawan,3,Jom Detox NECK,2,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,2,Jom Rileks,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,kawah ijen,1,Keahlian Shaklee,4,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,Kebaikan Vitamin E Untuk Lelaki Wanita,1,Keburukan Intermittent Fasting,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelas Bisnes Facial,1,Kelebihan Ahli Shaklee,4,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,1,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Keperluan Wanita Mengandung,2,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kesuburan Lelaki,1,Kesuburan Wanita,1,Keunikan Vivix,1,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Komuniti Bisnes Shaklee,3,Konsultan Reban Ayam,59,Kontraktor Reban Ayam,53,Korban,1,Krabi,2,Kursus Ayam Daging,64,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Haji,2,Kursus Haji Online,1,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,3,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Kurus Dengan Cepat,2,Kurus Sebelum Raya,1,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1763,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,6,Maria Firdaus Empire,6,Maria Firdaus Kids,1,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,6,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,16,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,68,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,33,Master Maria Firdaus,1,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,16,MFMS Empire,61,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,My Shaklee Effect,1,MYVI,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,9,Now Everyone Can Kurus,54,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Offline Coaching,2,Omega-3,7,OmegaGuard,16,Omegaguard Shaklee,1,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,139,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,2,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penternak Ayam Daging,62,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Percutian Shaklee,6,Performance Drink,5,Perintah Kawalan Pergerakan,1,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Photoshoot,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,PKP,1,Polifenol,2,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,130,Produk Tradisional Bahaya,1,Projek Blog Mega Shaklee,1,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,24,Projek SPA,19,Promosi Shaklee,4,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,2,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Raya Dengan Shaklee,1,Reban Ayam Tertutup,57,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,ResV,1,ResV Shaklee,1,Reunion MRSM Taiping,1,Reverse Aging,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,1,Saintis Shaklee,1,Sakit Jantung,2,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpantang Shaklee,1,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,8,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Cantik Shaklee,1,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,4,Set Hamil Shaklee,2,Set Hello New You,1,Set Ibu Hamil Shaklee,3,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,15,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,3,Set Kesuburan,1,Set Kesuburan Shaklee,2,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,2,Set Kurus Shaklee,7,Set Lutut,1,Set Mengandung,5,Set Mengandung Shaklee,3,Set Menyusu,17,Set Menyusu Shaklee,5,Set Minda Shaklee,1,Set Puasa Shaklee,2,Set Ramadan Shaklee,3,Set Raya Shaklee,1,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,2,Set Sistem Imun,2,Set Slimming,1,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,5,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,2,Shaklee Berkesan,2,Shaklee Business,50,Shaklee Business Leaders Conference,2,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Car Bonus Achievers,5,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Difference,2,Shaklee Effects,16,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,25,Shaklee Free Trip to Switzerland,1,Shaklee Fun Day,1,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,2,Shaklee Japan Trip 2017,7,Shaklee Kids,2,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Mama,4,Shaklee Murah,2,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,2,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,2,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Ready Stock,1,Shaklee Rewards,64,Shaklee Selamat,3,Shaklee Semulajadi,2,Shaklee Shop,1,Shaklee Skincare,1,Shaklee Story,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Terbaik,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Vita-E Complex,1,Shaklee Vitamin E,2,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Supplements Shaklee,2,Supplements Terbaik,2,Surabaya,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,7,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Switzerland,2,Tahi Ayam,6,Tazkirah,173,Ternakan Ayam,344,Testimoni,5,Testimoni NECK,3,Testimoni Shaklee,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,3,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,2,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,1,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,6,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,2,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Tips Travel,1,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,110,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,7,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,24,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tukar Nombor Plate,1,Tulang Rapuh,2,tumpak sewu,1,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Ibadah,1,Video Shooting,1,Video Sirah Nabi,1,Visit Singapore,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,3,Vitalea for Children,2,Vitalea for Kids,2,Vitamin C,5,Vitamin C Shaklee,2,Vitamin E,2,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Kulit,1,Vitamin Kulit Cantik,1,Vitamin Rahmah,2,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee,2,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin Tenaga,1,Vitamin Umrah Haji,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vitamin Untuk Wanita,1,Vivix,12,Vivix Shaklee,4,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Wanita Bersalin,1,Wanita Mengandung,3,WanitaKeperluan Wanita Mengandung,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Why Shaklee,1,Womens Health Set,2,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,1,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Tak Update Blog....
Tak Update Blog....
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/06/assalamualaikum-kenapa-tak-update-blog.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/06/assalamualaikum-kenapa-tak-update-blog.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy