Assalamualaikum,

Dari segi struktur reban. Alhamdulillah. Sudah siap sepenuhnya.

Saya sudah menyiapkan lantai. Tiang. Kuda kuda dan bumbung. Pendek kata, sekarang ini dah tak hujan kat bahagian dalam reban.

Saya meneruskan kerja dengan mula memasukkan barang barang peralatan reban. Misalnya, cooling system, curtain, nipple line dan exhaust fan.

Semua barang ini perlu di pasang segera untuk menyiapakan reban secepat mungkin.

Saya menempah barang barang ini sebulan yang lepas. Ini kerana pihak Cumberland memerlukan sedikit masa untuk menyiapkan barang tempahan saya. Harganya puluhan ribu. Hampir mencecah ratusan ribu untuk satu satu reban. Inilah sebabnya harga reban ayam agak mahal.

MENGAPA BARANGAN CUMBERLAND?

Kalau anda tanya saya, saya memang peminat barangan Cumberland. Ini kerana reban ayam saya sekarang ini menggunakan barangan Cumberland sepenuhnya. Dan saya amat berpuas hati kerana barangan Cumberland amat tahan lama dan dari segi penyelenggaraan amat minimum.

Misalnya, kipas yang saya gunakan di reban ayam saya sekarang ini, daripada 26 buah kipas keseluruhannya.Saya hanya pernah menukar sebuah kipas sahaja. Itu pun kerosakan berlaku akibat ribut yang melanda kawasan reban ayam saya. Bilah kipas saya bengkok dan terpaksa diperbaiki.

Yang lain, Alhamdulillah. Kalau nak perbaiki pun. Taklah banyak sangat. Saya rasa ini yang para penternak mahukan. Bila reban dah siap. Jangan nak fikirkan bab maintenance pulak.

Bagi saya, secara personal. Saya hanya akan menggunakan barangan Cumberland untuk reban ayam saya. Saya tak akan guna barangan dari syarikat lain. Minta maaf la kepada KPI, Big Dutchman, Prestine Dynamic dan lain lain lagi.

Anda boleh bertanya kepada para penternak yang lain. Rasanya semua akan bersetuju dengan saya.

Cumanya, barangan CUMBERLAND sedikit mahal berbanding dengan barangan daripada syarikat lain.

So, terpulanglah kepada kita semua untuk membuat pilihan.

Saya hanya sekadar berkongsi sedikit pengalaman saya. Sebab itulah, saya hanya akan gunakan barangan Cumberland untuk reban ayam yang saya bina.


Inilah Cooling Pad yang siap disusun di dalam kotak semasa saya ambil di kilang.
Exhaust Fan yang siap diikat.
Satu lori penuh untuk barangan ayam satu reban. Cukup cukup satu lori. Syukur Alhamdulillah. Saiz lori yang saya pilih cukup cukup untuk isi semua barang.

 Selepas semua barang diisi. Lori mula bergerak ke Kuala Kangsar. Ketika dalam perjalanan ke Kuala Kangsar. 

TIBA TIBA

Telefon saya berbunyi. 

"Bang, stop kereta bang. Ada barang jatuh dari lori."

Salah satu kotak yang berisi Cooling Pad terjatuh ke atas lebuh raya.Ketika itu kami di Bukit Merah.

Yang menjadi masalahnya, saya menaiki kereta dan kereta saya berada 1km di hadapan lori tersebut. Saya memberhentikan kereta ke tepi. Namun saya dah tak boleh berpatah balik. Maka, saya terpaksa berlari ke arah lori yang saya sendiri tak nampak lori itu.

Masya Allah. Saya terpaksa berjogging ke belakang menuju ke lori.

Ketika saya sampai, saya berpeluh dan kepenatan. 

Allah itu Maha Berkuasa. Allah aturkan segalanya buat saya. Allah uji saya. Dan Allah juga membantu saya.

Di belakang lori itu adalah kereta Peronda Plus.

Kereta Peronda Plus itu segera berhenti dan memasang kon untuk mengutip dan mengangkat kembali kotak Cooling Pad yang jatuh itu.

Syukur ada mereka. Ini kerana kotak itu memang berat. Kalau nak angkat seorang memang tak boleh naik. Alhamdulillah.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dan berhenti seketika di Hentian Bukit Merah.





Kami memperbetulkan apa yang perlu dan mengikat kotak kotak berkenaan supaya tidak jatuh lagi.
Selepas kejadian itu. Kereta saya mengekori perlahan lahan di belakang lori. Alhamdulillah. Syukur tiada yang tidak diingin berlaku.
Alhamdulillah. Lori selamat sampai ke reban. Dan semua barangan ini dimasukkan ke dalam reban untuk proses seterusnya.
Alhamdulillah. Selesai satu bab. Kerja seterusnya adalah memasang semua barangan ini.

Wassalam

5 ulasan:

  1. aii promote cumberland ni musti ade komisen hehe...

    wan

    BalasPadam
  2. Tahniah lagi sekali!
    Semoga saya berjaya mcm En.Firdaus.

    BalasPadam
  3. Assalam,

    semuga dalam kasih sayang Allah.

    semuga di permudahkan Allah segala urusan.

    Tahniah.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.. seronok baca perjalan tuan haji menyiapkan reban.. semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah..

    BalasPadam
  5. Salam, dah seminggu tak boleh baca perkembangan terbaru, hari ini banyak perubahan...Tahniah! Tunggu klu2 cuti sekolah ni tuan dtg KL atau buat projek sekitar Selangor&Kl boleh dtg lihat lebih lanjut. Walaubagaimanapun cerita dan gambar byk membantu....terima kasih.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top