Assalamualaikum,

Ini cabaran yang paling hebat.

Tentangan daripada orang kampung.

Saya rasa tak ada siapa pun yang buat reban ayam yang disokong sepenuhnya oleh penduduk setempat. Jangan risau. Ini perkara biasa yang bakal dihadapi oleh penternak baru.

Saya juga mengalami pengalaman yang sama.Maka, saya tidaklah risau sangat berhadapan dengan cabaran sebegini. Saya dah 7 tahun berhadapan dengan masyarakat yang 'mencemuh' akibat salah faham dengan konsep reban ayam sistem tertutup.

Mereka 'mengutuk' dan komplen akibat tidak faham. Mereka sangkakan ternakan sistem tertutup sama seperti ternakan sistem terbuka.Sistem terbuka memang sering memberi masalah kepada penduduk setempat dari segi pencemaran bau, lalat dan lain lain lagi.

Tetapi sistem tertutup memang boleh mengatasi masalah bau busuk dan pencemaran lalat.

SUATU HARI 

Ketika saya sedang membuat kerja pembinaan. Tiba tiba saya nampak banyak kereta yang datang ke arah reban ayam di Kuala Kangsar ini.

Saya baca di pintu kereta mereka. Ada daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan, ada dari Jabatan Industri Asas Tani, ada dari Jawatan Kuasa Kampung dan juga orang kampung.

"Aduh! Kenapalah ramai sangat yang datang ni?" saya merungut sendiri di dalam hati.

"Tuan reban tak ada pulak tu.Aduh!"

Terpaksalah saya pergi berhadapan dengan mereka. Pada waktu ini, Tuan reban ini sedang pergi menunaikan umrah. Mereka pergi sekeluarga.

Saya pergi ke arah mereka. Ada yang senyum. Ada yang muka serius. Ada muka masam macam tak puas hati.

"Kita datang sini sebab kita dapat laporan daripada penduduk kampung mengenai pembinaan reban ayam sistem tertutup di kawasan ini. Jadi kita datang untuk membuat kepastian dan juga memberi taklimat kepada penduduk kampung di sini yang membuat laporan." terang wakil daripada Pejabat Veterinar.

Yang ambil gambar dari Jabatan Pertanian. Industri Asas Tani. Yang perempuan tu pulak adalah wakil JKK yang membuat aduan. Ada juga penduduk kampung yang turut serta dalam lawatan kali ni.
Ada yang tak puas hati. Uhuks.. En Liew, wakil dari JPV memberi taklimat kepada penduduk setempat.
"Mula mula, saya nak Encik semua tahu. Yang mengadu pun Melayu. Tuan punya reban pun Melayu. Saya Cina. Jadi, saya tidak menyebelahi mana mana pihak. Saya bukan nak menyebelah tuan reban. Saya pun bukan nak menyebelah penduduk kampung. Saya datang sebagai wakil daripada JPV untuk beri taklimat mengenai aduan yang telah dibuat," terang En Liew.

Kemudian, En Liew terus menerangkan kepada orang ramai mengenai sistem reban tertutup yang sedang didirikan dikawasan ini. Beliau menceritakan bahawa tempat pembinaan reban ayam ini lulus dari segi syarat Jabatan Haiwan.

Beliau menceritakan syarat syarat yang wajar dipatuhi oleh penternak.

Setelah beliau habis memberi taklimat kepada penduduk setempat selama 10 minit. Saya meminta izin daripada beliau untuk bercakap sedikit bagi pihak Tuan Reban.

"Saya ucapkan terima kasih kepada tuan tuan yang prihatin dengan masalah yang diajukan kepada pihak JPV. Saya juga ucapkan terima kasih kepada pihak JPV dan Jabatan Pertanian yang sudi hadir pada hari ini untuk beri taklimat kepada penduduk setempat mengenai projek yang hendak dibangunkan di tempat ini."

"Saya kontraktor bagi reban ayam ini. Dan saya sebenarnya sudah terlibat dalam industri ternakan ayam ini selama 6 tahun. Sekadar berkongsi pengalaman saya. Di sekitar reban ayam saya, dalam jarak 200 meter ada terdapat sekitar 50 buah rumah. Dan Alhamdulillah. Setakat ini apa yang saya buat tidak memberi masalah kepada penduduk setempat dari segi bau dan lalat"

"Kalau nak diikutkan, di sini hanya ada 3 buah rumah. Itu pun lebih daripada 200 meter dari kawasan reban ayam ini. Jadi saya rasa Tuan tuan semua tak perlulah risau dari segi masalah bau busuk dan lalat sebab disini kita akan bina reban ayam sistem tertutup"

Saya terus menceritakan pengalaman saya kepada mereka sekitar 5 minit. Dan Alhamdulillah. Makin ramai yang faham mengenai ternakan ayam sistem tertutup ini.

Pada saya, kita tak boleh menyalahkan penduduk setempat kalau mereka komplen ke atas reban ayam kita. Ini kerana mereka tidak arif mengenai reban ayam sistem tertutup ini. Dan selepas kita terangkan kepada mereka. Insya Allah. Mereka akan lebih faham dan dapat terima serta menyokong apa yang hendak kita lakukan ini.

Jadi, janganlah kita takut masalah ini. Ia perkara biasa.Dapatkan pandangan daripada pihak JPV. Insya Allah. Mereka akan membantu anda.

Kalau anda tanya saya, adakah saya takut berhadapan dengan mereka? Jawapanya. Tak. Jangan takut buat benda yang tak salah.

Saya gembira kerana kedatangan JPV dapat memberi penjelasan kepada penduduk setempat di situ. Mereka datang dalam keadaan muka masam. Balik dalam keadaan sedikit senyuman di wajah mereka.

Saya bersyukur kepada Allah.

PANGGILAN TELEFON

Selesai satu masalah. Masalah lain pula muncul.

"Boleh saya bercakap dengan En Firdaus." saya mendapat satu panggilan daripada nombor yang tidak saya kenali.

"Saya En XXXX. Dari Pejabat Daerah Kuala Kangsar. Saya dapat aduan Encik sudah merosakkan jalan kampung di tempat pembinaan reban ayam Encik. Saya nak tanya, Encik ada minta kelulusan tak untuk lalu jalan itu?"

"Alamak. Kena minta izin ka Encik?" saya sebenarnya tahu. Lori tak boleh lalu jalan tu.Tapi saya juga tahu kalau saya mohon. Pasti dan pasti ia tak akan lulus. Lebih baik kita buat buat tak tahu. Buat dahulu.Kalau nak mohon itu dan ini, sampai bila pun kerja kita tak akan bermula.

"Encik dah buat kesalahan ni. Kita boleh ambil tindakan kepada Encik kerana merosakkan harta benda awam. Saya minta Encik datang ke Pejabat Daerah Kuala Kangsar untuk berbincang dengan saya" pegawai itu menjelaskan.

Habis perbualan, saya terus menelefon tuan reban.Ini kerana jalan masuk ke reban adalah tanggung jawab tuan reban. Bukan tanggung jawab saya sebagai kontraktor.Saya hanya membantu apa yang perlu.

Tuan reban meminta saya memaklumkan pegawai itu untuk berhubung dengan mereka secara terus.Alhamdulillah. Kurang lagi satu bebanan saya. Mereka akan berhubung terus dengan Pegawai dari Pejabat Daerah itu.

Syukur kerana dapat Tuan Reban yang amat bertanggung jawab.

Alhamdulillah. Pengajaran yang ingin saya kongsikan bersama dengan para pembaca.

1) Jangan takut nak bina reban. Kalau kita takut, sampai bila pun kita tak akan berubah.Dapatkan pandangan daripada JPV. Insya Allah. Mereka akan membantu untuk memberi nasihat kepada anda.

2) Adalah masalah biasa untuk dihubungi oleh jabatan itu dan ini apabila anda membina reban ayam. Jangan takut .Mereka hanya ingin membantu untuk 'menghalalkan' reban ayam anda dengan memberi kelulusan. Selepas itu, kerja anda akan menjadi lebih mudah.

Wassalam

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum..tuan haji..

    yg ni apa cabaranyya?sorg amek gmbar n sorg lg bt catatan..dr JPV ke?

    BalasPadam
  2. Assalmualaikum,
    Ana mengikuti blog tuan bermula dengan travelogue haji. Alhamdulillah, mnjadi salah satu panduan untk ana bila ke sana kelak alhamdulillah. dan follow blog tuan.
    Menarik di hati.

    Maaf ingin ana menjemput tuan ke link ini,
    http://mtaqtanwiriah.blogspot.com/2012/05/biarpun-rebah-madrasah-terus-bangkit.html

    bukan blog ana, tapi sekadar ingin berkongsi. Semuga sama-sama membantu. Biiznillah.

    BalasPadam
  3. *Assalamu'alaikum.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..

    Kebiasaan nya kalau tak sempat Tn Hj akan upload gambo dulu. Cerita kemudian..

    Dah jadi lagu nih... berdebar-debar pulak kita menunggu cerita seterusnya.. :)

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Mungkin orang majlis perbandaran dah datang kandang kerana aduan penduduk.

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...

    Setiap masalah mesti ada penyelesaian. Selesai perkara-perkara yg diungkit oleh pihak yang kurang arif. Tak percaya pulak hanya ada 3 rumah sahaja disekitar lebih 200meter.

    Pihak JV pun bagus, "menghalalkan" dan menyokong industri penternakan ayam.

    Dan yang bole saya ambil iktibar di sini, kita perlu bersangka baik dengan masalah yang dihadapi, insya Allah baik juga la hasilnya.

    BalasPadam
  7. Assalam,

    Semuga sehat sejahtera bersama keluarga.

    Banyak ilmu dalam catatan tuan haji.

    Kami warga MFUAD mendoakan semuga apa juga urusan tuan haji akan dipermudahkan Allah.

    BalasPadam
  8. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    bila nak sambung "Bina Reban - Part 8 - ?. Skrg sibuk ke atau balik KL?

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top