Assalamualaikum,

Cabaran terbesar untuk menyiapkan lantai reban sudah berjaya diselesaikan. Syukur Alhamdulillah. Allah membantu walaupun bukan mudah untuk diselesaikan.

Allah hendak mengajar saya erti KEBERGANTUNGAN kepada Nya.

Selesai kerja lantai. Kerja seterusnya adalah menaikkan kuda kuda ke atas alang.

Kuda kuda yang sudah siap mula diangkat untuk diterbangkan ke atas alang kayu.
Kuda kuda dibawa masuk ke dalam kawasan reban
Disusun dahulu sebelum diangkat ke atas reban
Ia mula diangkat dan disusun di atas alang reban
Kuda kuda yang disusun sebelum didirikan
Setelah siap disusun. Kuda kuda ini mula dinaikkan. Di sambung antara satu kuda kuda dengan yang lain
Para pekerja sedang menyambung kuda kuda dengan baten
Sebahagian kuda kuda yang sudah didirikan dan sebahagian lagi yang masih belum selesai
Alhamdulillah. Proses menaikkan kuda kuda ini berjalan lancar. Di bantu dengan keadaan cuaca yang mulai panas sepanjang hari.
Selesai semuanya. Syukur Alhamdulillah.


Kalau anda nak tahu, saya dan para pekerja benar benar terasa pelik. Kalau sebelum ni, hari hari cuaca di sini hujan. Tapi, selepas sahaja kerja simen lantai saya siap. Cuaca panas selama 2 minggu.

Hmm.. Memang Allah betul betul nak uji saya masa menyiapkan lantai reban tu.

Wassalam

1 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj.. ha'ah pelik jugak kan.. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.. kejayaan bagi orang yang bersabar..

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top