Assalamualaikum,

BERITA DARI TANAH SUCI

Rasanya, mereka yang membaca blog saya sebelum ini mengetahui ibu bapa saya dan Ustazah Arbakyah ketika ini sudah pun bertolak ke Tanah Suci.

Ada berita baik dan ada berita buruknya.

Yang baiknya, mereka semua sudah selamat sampai di Madinatul Munawwarah.Syukur Alhamdulillah.

Yang tak baiknya, pesawat yang mereka naiki terlewat berlepas di KLIA. Jadual penerbangan sepatutnya pada 12.30 tengah hari Jumaat. Tapi, mereka hanya berlepas sekitar jam 5.00 petang hari yang sama.

Memandangkan mereka ada connecting flight di Karachi, mereka sudah terlepas kapal terbang dari Karachi ke Madinah. Kesannya, mereka terpaksa bermalam di Karachi satu malam.

Sebelum mereka menaiki kapal terbang lain pada hari Sabtu. Mengikut perancangan asal, kapal terbang mereka akan terus ke Madinah. Namun, kapal terbang gantian yang diberikan kepada mereka hanyalah ke Jeddah.

Maka, selepas turun di Jeddah, mereka terpaksa menaiki bas yang mengambil masa 8 jam dari Jeddah ke Madinah. Satu perjalanan yang amat memenatkan.

Malam tadi, sekitar jam 8.00 malam jam Malaysia. Barulah mereka menghubungi saya dan menceritakan masalah yang berlaku.

Apa apa pun, syukur mereka semua sudah selamat sampai di Madinah.

Semoga segala urusan mereka dipermudahkan Allah di sana nanti. Semgoa mereka bersabar dengan ujian Allah ini.

SAYA DI KL

Sekarang ini saya berada di Kuala Lumpur, di Keramat. Di rumah mertua saya.

Pagi tadi, selepas menunaikan Solat Tahjud, saya keluar menunaikan Solat Subuh di Masjid Al Islah, Taman Keramaat.

Saya keluar awal sedikit bagi memastikan saya sempat menunaikan Solat Sunat Sebelum Subuh di Masjid.

Ini kerana, saya teringat pesanan Ustaz Shamsuri dalam salah satu kuliah beliau.

"Mereka yang menunaikan Solat Sunat Sebelum Subuh dan kemudian Bersolat Subuh secara berjemaah, ganjarannya lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya"

Ia satu ganjaran yang tak wajar dilepaskan.

Malangnya, tak ramai diantara kita yang mahu merebut ganjaran yang Allah tawarkan ini.

Setiba di Masjid Al Islah, saya rasa kagum. Tak sangka, ramai juga warga Kuala Lumpur yang menunaikan Solat Subuh berjemaah di Masjid. Ramai yang menjadi INSAN TERPILIH pagi ini.Syukur.

Usai Solat Subuh, saya lihat ada sessi Tazkirah. Saya sebenarnya dah rasa lapar pada waktu ni. Rasa macam nak balik rumah untuk makan.

Dalam keadaan 50-50, terdetik di hati saya.


"Tak pa lah, aku tungguhlah sekejap di Masjd ni. Dengarlah tazkirah ni sat.Teringat kata kata Prof Kamil, kalau mahu berada dalam Taman Syurga, masuklah ke dalam Majlis Ilmu."

Dan saya tahu, pada waktu ini juga doa amat makbul. Maka saya perbanyakkan doa semasa tazkirah di sampaikan.


Ustaz hari ini membicarakan Tafsir Surah Al Munafiqun. Ustaz menceritakan ciri ciri orang munafik.

Sekadar perkongsian bersama, ciri ciri orang munafik itu adalah:

1) Apabila bercakap, dia berbohong
2) Apabila berjanji, dia tak menepati janji
3) Apabila diberi amanah, dia khinati

Semoga ciri ciri ini tidak ada pada diri kita. Dan jika ada, haruslah kita perbaiki.

Ini kerana, orang Munafik akan ditempatkan dalam neraka jahannam di tempat yang paling bawah. Di tempat yang paling panas.

Semoga kita tak termasuk dalam golongan ini.

ALLAH MAHA MENGETAHUI

Saya sebenarnya terasa sedikit lapar pagi tadi.

Habis sessi tazkirah, tidak disangka sangka. Ada jamuan kenduri di Masjid ini. Syukur Alhamdulillah. Allah mendengar dan mengetahui isi hati saya.

Saya makan Nasi Lemak yang sedap. Pagi ini saya dapat beberapa perkara.

1) Dapat menunaikan Subuh Berjemaah
2) Dapat berada di Taman Syurga dan mendengar tazkirah
3) Dapat makan percuma.

Syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan kepada saya.

Agenda hari ini, mak mertua saya ajak balik kampung dia di Ayer Molek, Melaka. Sekejap lagi nak pergi Melaka.Ada tak orang Melaka yang nak jumpa saya? Heheh..

Wassalam

4 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Terima kasih atas tunjuk ajar.

    Tawaran hujung sekali tuh, macam offer kat saya jer. :) Tapi buat masa skarang saya segan nak berjumpa Tn Haji. Insya Allah, kita akan ketemu jua. Kalau balik melaka lagi, bagitau ye.

    Semoga kedatangan Tn Haji ke bumi Melaka akan mencetuskan idea yang baru untuk bakal perternak ayam kat sini. Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Assalam,

    Semuga dalam kasih sayang Allah.

    Semuga umrah perjalanan umrah ibu dan ayah tuan haji dan ustazah di lermudahkan Allah.

    Alhamdulillah dan terima berkongsi tazkirah dengan kita warga KRTS.

    Semuga kita dijaukan dari sifat munafiq.

    Jazakaullah

    ReplyDelete
  3. Salam.

    1. Nasir, semoga Allah permudahkan usaha tuan utk menceburi bidang ini.
    2. Thanks for ur doa. Tapi blog ni bukan KRTS la. Ni blog MFUAD. Heheh.

    Wassalam

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top