Assalamualaikum,

Salah seorang pembaca blog ini telah dijemput oleh Allah untuk mengunjungi Tanah Suci pada bulan Mei akan datang. Syukur Alhamdulillah.

Beliau banyak membaca yang saya tulis melalui pengalaman Umrah 2010 di Label TRAVELOG UMRAH dan Haji 2011 di Label TRAVELOG HAJI.

Kemudian, beliau bertanya saya bagaimana caranya untuk beliau mencari orang yang mahu mengirim doa untuk beliau baca ketika di Tanah Suci nanti. Beliau berhajat untuk mendoakan para sahabat di Malaysia yang tidak berkesempatan untuk ke sana.

Lantas, saya memberi cadangan kepada beliau untuk saya iklankan hajat beliau di blog ini.

Beliau bersetuju.

Sesiapa yang berhajat untuk mengirim doa untuk dibaca oleh beliau di sana, bolehlah mengikut cara cara dibawah:

1) Sila emel secara peribadi kepada siriyaten.md.ali@monash.edu

2) Sila tulis dalam Microsoft Word 2007. Ini bagi memudahkan beliau untuk compile semua doa doa kita nanti.

3) Gunakan diri kita sebagai kata ganti diri yang ketiga. Misalnya,

"Ya Allah, Sahabatku Mohd Firdaus Mat Saad memohon kepada Mu agar Kau jadikan dia jutawan yang bertakwa sebelum berumur 35 tahun"

4) Kalau boleh, janganlah terlalu panjang. Satu muka surat seorang agak memadai untuk beliau baca.

Marilah kita sama sama mendoakan agar Allah mempermudahkan segala urusan beliau ketika berada di Tanah Suci nanti. Semoga beliau semakin hampir kepada Nya.

Wassalam

1 ulasan:

  1. Assalam,

    Semuga dimrahmati Allah.

    Terima kasih. Semuga sahabat tuan haji yang akan menunaikan umrah mendapat umrah yang mabrur dan semuga Allah permudahkan apa jua urusan.

    Jazakaullah

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top