Assalamualaikum,


"Janganlah kamu berkata kata ketika khatib sedang membaca khutbah. Sesiapa yang bercakap ketika khatib sedang membaca khutbah sekalipun dia berkata 'diam'. Maka hilanglah pahala Jumaatnya"

Dua kali berturut turut saya menunaikan Solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Kangsar.

Ia masjid yang terletak dalam sebuah kampung dalam kawasan pedalaman.

Saya sebenarnya agak geram dengan tindakan 2-3 orang jemaah di Masjid tu yang duduk dibahagian belakang masjid. Ketika khatib hendak memulakan khutbah, mereka bertiga ini asyik bersembang dengan nada yang agak kuat.

Kalau nak kata orang muda, tahanlah sikit. Tapi yang dok bersembang di belakang tu orang tua sekitar umur 60 tahun. Kesian. Dah tua tua macam ni pun tak berilmu lagi.

Kuat tak kuat mereka bersembang, bolehlah saya yang duduk di 20 saf dihadapan mereka dengar suara mereka.

Syukur. Suara mereka semakin perlahan apabila khatib semakin lama membaca khutbah.

Perkara pokok di sini.

Tidak boleh bercakap ketika khatib sedang membaca khutbah. Kalau kita bercakap, sekalipun berkata 'DIAM'. Akan hilanglah semua pahala kita menunaikan solat Jumaat. Maka sia sialah ibadah kita hari itu.

Saya merayu kepada para pembaca, tolonglah maklumkan kepada anak anak dan suami dan saudara mara anda mengenai kes ini.

Ia amat mudah. Tapi kesannya amat buruk dalam kehidupan kita. Di akhirat esok, kita akan tengok pahala kita menunaikan solat Jumaat menjadi debu debu yang berterbangan. Ia sia sia belaka.

JAHIL MURAKKAB

Teringat kisah lucu tiga muallaf yang baru masuk Islam menunaikan solat secara berjemaah.

Ketika sedang bersolat:

Muallaf A :  Fuyooo.. Besarnya cicak tu.
Muallaf B :  Oit, masa solat mana boleh bercakap.
Muallaf C :  Nasib baik aku tak bercakap


PENGAJARAN

Nak lakukan satu satu ibadah memerlukan ilmu yang mencukupi untuk ia diterima. Selepas itu, ia perlulah dilakukan dengan ikhlas. Semata mata kerana Allah. Barulah ibadah kita ini akan diterima.

Wassalam.

2 comments:

  1. assalamualaikum Tn Haji.. terima kasih atas nasihat dan peringatan

    ReplyDelete
  2. Assalam,

    Semuga dalam rahmat Allah hendaknya di samping kaluarga.

    Terima kasih atas peringatan ini.

    Semuga dalam redha Allah.

    AJ

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top